Yoo berdiri dihadapan kelas. Tajam matanya memandang
ke arah kumpulan Ariana sebelum bersuara.
“Party yang kita rancang minggu lepas will be held at hotel. Party tu akan dibuat hari Jumaat minggu depan so, aku nak semua orang bayar dengan Edrina seratus seorang. And one more thing, mesti ada partner.”
“Party yang kita rancang minggu lepas will be held at hotel. Party tu akan dibuat hari Jumaat minggu depan so, aku nak semua orang bayar dengan Edrina seratus seorang. And one more thing, mesti ada partner.”
Ariana memandang Hannah. Party pun nak buat dekat
hotel. Mengadanya diorang ni. Maki Hannah dalam hati. Nak maki depan-depan
nanti jadi lain pulak.
“Melalui apa yang aku dengar, kelas ni memang selalu buat party dekat hotel. Maklumlah anak orang kaya.” Hani memberitahu Ariana dan Hannah.
“Memang selalulah?” tanya Hannah.
“Yup. Sekadar untuk bersuka ria.” Hani mengiakan.
“Hani and your new friend. Aku just nak remind, semua orang wajib joint and seperti yang aku cakap tadi, semua mesti ada partner. Baju pun mesti sesuai ye.” Sinis suara Yoo di perdengaran Hani, Ariana dan Hannah.
Hannah hanya menjeling geram ke arah Yoo.
“Hannah, Yoo dengan Elman lah yang kau langgar dekat Riverside hari tu. Takkan tak ingat?” bisik Ariana perlahan.
“Aah lah. Baru ingat. Patutlah si Yoo tu asyik jeling aku je. Psiko betul minah tu. Tapikan Ariana, Elman tu handsome kan?” Jawab Hannah.
“Handsome memanglah handsome tapi dia tu pakwe Yoo.” Laju Ariana membalas. Hani hanya tersenyum melihat gelagat kembar tersebut.
“Kalau dia kacau kita, kita balas. Takde maknanya aku nak tunduk dengan minah gedik tu.”
Waktu rehat itu, Hani, Ariana dan Hannah pergi ke kelas Keen sebelum menjelajah kolej itu. Kolej Sri Mentari memang kolej terbaik. Hari pertama sekolah amat menyakitkan hati Ariana dan Hannah. Kalau tak sabar memang kaki kembar ni dah naik ke badan Yoo. Nak sangat merasa flying kick.
****
“Sakit betul hati aku tengok Hani dengan kembar tu. Nak je aku hempuk diorang. Bencinya aku dengan diorang. Geram!” gerutu Yoo dihadapan kawan-kawannya.
“But why, hari nikan first day diorang, takkan dah buat something kot?” Edrina menyoal.
“Kau ni Ed, kan ke Yoo dah bagitahu tadi yang kembar tu lah yang langgar dia dengan Elman dekat Riverside. Kau ni pelupalah.” Terang Shazira.
“Dia takkan aman sekolah dekat kolej ni selagi aku ada. Ni Yura Fahiza lah.” Ujar Yoo sambil mendabik dada.
Elman dan kawan-kawannya yang menghampiri kumpulan Yoo membuatkan Yoo tersenyum manis. Hilang terus perasaan marahnya dengan pasangan kembar dan Hani. Tanpa berlengah Yoo terus berjalan ke arah Elman. “Hi sayang. Lambatnya”
“cikgu Alisya panggil tadi.” Elman menjawab acuh tak acuh.
Shaizan dan Arif hanya senyum. Masak dengan perangai Yoo. Sajalah tu nak tayang boyfriend dia dengan Ariana dan Hannah. “Apa pendapat korang dengan Ariana and Hannah?” Shaizan membakar perasaan Yoo.
“There is nothing special about them.” Ujar Yoo dalam berang.
“Marah ke or kau takut Elman minat dengan salah seorang daripada kembar tu?” Elman dan Arif hanya mendengar tanpa mencelah apa-apa.
“Hahaha. Takkan lah Elman nak minat dengan anak badak tu. Or kau yang berkenan dengan kembar tu?” sengit Yoo membalas.
“Why should I? I already have Edrina.”
“And same goes to Elman. He have me!” marah Yoo.
Hannah, Keen, Ariana dan Hani yang baru masuk ke dalam canteen kolej mereka yang serupa dengan café terkejut mendengar nada suara Yoo. Sah-sah minah psiko tu lagi berangin. Ditambah lagi dengan melihat kelibat mereka. Tanpa mempedulikan mereka, Hannah berjalan terus. Perutnya yang lapar harus diisi kang tak pasal-pasal gastric menyerang. Naya je Ariana nak mengurus.
“Wow.. Look who is here?” Yoo yang masih marah bersuara.
Sambil membawa segelas air, Yoo melangkah ke arah Hannah yang tengah membeli makanan. Akibat bengang dengan kata-kata Shaizan, Yoo mengambil langkah yang terburu-buru. Air tersebut disimbahnya ke badan Hannah. Baju putih Hannah terus bertukar ke warna coklat. “Ini balasan aku sebab buat baju aku basah dekat Riverside. Ingat?”
Semua yang berada di canteen itu kaku dengan tindakan Yoo yang tidak disangka-sangka. Muka Hannah terus berubah menjadi merah padam. Tak pasal-pasal ada yang berkubur tak bertanda nanti. Tangan Hannah laju hendak menampar pipi mulus Yoo tapi belum sempat dia berbuat demikian tangannya ditahan Ariana.
“Bukan dengan tampar. Wait here!” Ariana terus mengambil dua gelas air yang diletakkan di counter. Air untuk dirinya dan Hannah. Ariana menghulurkan segelas air pada Hannah manakala segelas lagi digenggamnya dengan kuat.
Tanpa sebarang amaran Ariana dan Hannah turut menyimbah air tersebut ke baju Yoo. Edrina dan Shazira yang melihat Yoo sudah lencun akibat di simbah oleh Hannah dan Ariana terus menghampiri mereka.
“Jangan cari hal dengan adik aku. Kalau kau cari hal jugak bukan setakat ni yang aku balas Yura Fahiza. Aku boleh buat lebih dari ni.” Lantang Ariana bersuara.
Shazira terus menolak tubuh Ariana namun sempat ditahan oleh Hannah. Dengan mudah dia menepis tangan Shazira. Jangan main-main Ariana dan adik-adiknya mempunyai black belt dalam Taekwando. Ariana tersenyum sinis ke arah Shazira sebaik sahaja matanya menangkap tubuh Shazira yang tersungkur. Meletus tawa dari mulutnya sekaligus membuatkan Yoo dan Shazira malu serta marah.
****
Hari Jumaat tiba lagi dan yang pasti semua pelajar
Kolej Sri Mentari amat menantikan hari tersebut. Bolehlah mereka merancang
perjalanan untuk meneroka pust membeli belah. Seperti mana orang lain, Ariana,
Hannah dan Hani turut merancang untuk enjoy. Untuk mengelakkan mereka bertembung
dengan Yoo dan kawannya di pusat membeli belah, mereka merancang untuk main
bowling dan snooker. Permainan favorite Ariana dan adik-adiknya.
Sebelum balik ke rumah nenek mereka, Ariana telah menumpangkan Hani kerana driver ayahnya cuti tapi ayahnya pulak tak dapat ambil Hani balik sekolah. “Jangan lupa, jumpa dekat The Spring pukul dua. Kitakan nak cari baju untuk party tu” Hani mengingatkan.
“Okay. Takkan lupa punya.” Ariana membalas.
Selepas menghantar Hani, Ariana memecut dengan laju ke rumah atuknya. Perut mereka adik-beradik sudah berbunyi tanda lapar. Sebaik sahaja sampai Ariana, Hannah mahupun Keen terus meluru ke dapur. Masing-masing berkejaran ke dapur tanpa sedikit pun menyedari kewujudan dua orang makhluk Allah yang menantikan mereka.
“Astaghfirullahalazim. Cucu bertuah ni, bukannya nak tukar baju dulu.” Sergah Datin Fatihah.
“Sorrylah nek tapi kami lapar sangat ni.” Keen bersuara apabila melihat Ariana dan Hannah hanya menumpukan perhatian mereka terhadap makanan.
“Nenek faham korang lapar tapi apa salahnya ajak tetamu makan sekali. Korang ni datang-datang je terus serbu dapur bukannya nak bertegur sapa dengan tetamu.”
“Kita ada tetamu? Siapa?” Ariana menyuarakan rasa ingin tahunya.
“Pergi tengok sendiri dekat ruang tamu. Terpegun diorang tengok perangai korang.”
Mendengar sahaja kata-kata Datin Fatihah, Hannah terus berlari kembali ke ruang tamu tanpa mencuci tangannya terlebih dahulu. Perbuatannya menjadi ikutan Ariana dan Keen. Tak senonoh betul diorang ni.
Masing-masing curiga dengan kehadiran tetamu Datin Fatihah. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu, Hannah menjerit terkejut. “Alex, Rash! Apa yang korang buat dekat sini?”
“Kami rindu atuk dengan nenek sebab tu kami decide nak habiskan cuti dekat sini.” Firash Harris yang dikenali sebagai Rash menjawab.
Ariana tersenyum gembira. Rindu dengan sepupu-sepupunya yang tua tiga tahun darinya. Tu lah yang korang pergi belajar dekat Singapore tu kenapa?
“Tapi cousin kami yang macam anak badak ni tak
perasan pun kami duduk di sini walaupun dari tadi kami tunggu korang.” Ariz
Alexander menambah. Pemuda kacukan cina itu memang gemar mengusik sepupunya
sebab itu dia dapat berkawan rapat dengan Rash yang juga sepupunya.
Anak badak dipanggilnya kami. Memang nak kena si Alex ni. Gumam Hannah perlahan.
“Argh. Lepas ni kita berbual okay. Aku lapar, jom sambung makan.” Ariana memotong percakapan mereka.
Selesai sahaja selesai makan, Ariana, Hannah, Keen, Alex dan Rash terus duduk bersenang lenang di ruang tamu. “Korang nak cakap sampai malam pun nenek tak kisah tapi pergi mandi dulu lepas tu sembahyang. Alex, imamkan cousin kamu ni.” Datin Fatihah amat tegas dengan cucunya mengenai hal agama. Kalau hal lain sporting je.
“Nenek ni potonglah. Kami baru je nak borak.” Muncung Kee.
“Now! Tak elok melambat-lambatkan solat.” Tegas Datin Fatihah. Keen dan yang lain mula bergerak ke tingkat dua namun pergerakan mereka amat lemah.
****
Hannah, Ariana dan Keen sudah bersiap-siap untuk
keluar. Awal-awal lagi Ariana sudah menerima message dari Hani yang mengatakan
dia sudah ada di The Spring. “Atuk, Nek, kami nak keluar sekejap. Cari barang.”
Keen menjerit memberitahu Datin Fatihah.
“Korang nak pergi mana” Rash menyoal.
“Pergi The Spring, cari baju. Why?” Ariana menjawab.
Mendengar sahaja jawapan Ariana, Alex dan Rash turut ingin serta. Takkanlah diorang nak stay je dekat rumah. Diorang pun nak jugak merayau.
Sebaik sahaja sampai di pusat membeli belah, Hannah dan Ariana terus berlari ke arah pasangan yang sedang asyik ketawa. “Sorry lambat Hani, kitorang lagi ada hal tadi.” Hannah memberitahu tanpa ditanya.
“Its okay, lagi pun ada orang yang dengan aku.” Ujar Hani sambil tersenyum. “Eri, ni kawan aku dekat Kolej, and Hannah, Ariana, ni partner aku untuk pergi party tu.”
“Hi Eri. Partner?” Hannah menepuk dahinya. Macam mana pulak aku boleh lupa ni.
“Partner merangkap boyfriend aku.” Bisik Hani kepada Hannah dan Ariana.
“Hani, Eri, perkenalkan cousin kitorang yang paling menyakitkan hati, Alex dan Rash.”
Ariana memperkenalkan. Setelah berkenalan mereka semua terus pergi ke butik yang menjual gaun labuh. Dimindanya sudah merancang untuk membawa Alex dan Rash ke party tersebut untuk dijadikan partner dirinya sendiri dan juga Hannah.
No comments:
Post a Comment