Wednesday, 19 February 2014

Stalker Or Lover??

Assalammualaikum.
Hey there,

Stalker Or Lover?? (SOL) mesti korang tertanya-tanyakan kenapa aku letak tajuk tu. Actually aku tengah memikirkan sama ada nak buat novel atau pun tak. Aku post cerpen SOL dalam facebook aku and my friend love it so much.

So, aku hantarlah cerpen tu dekat penulisan2u. Harap-harap diterimalah. If diterbitkan I will have to wait for a feedback from the readers. If diorang suka aku akan proceed buat novel. Harap-harap diorang suka lah. kalau boleh aku nak buat novel macam Evelyn Rose. Alah penulis novel The Wedding Breaker tu. Dapatlah aku berdakwah sambil menulis.

Tapikan cita-cita aku memang aku nak ada novel sendiri pada umur 18 tahun(this year). I hope so. Dan sekiranya readers suka aku akan buat SOL jadi novel. Mungkin impaknya lebih tinggi dari Ceritera Di Kuching..

Sekiranya aku buatkan SOL jadi novel. Rasanya takde masalah kot. In Shaa Allah. Sebabnya lepas habis SPM aku takde buat apa-apa pun. Just duduk rumah, baca novel and buat cerpen. So, kalau SOL dijadikan novel dapatlah aku bagi tumpuan.

I hope SOL will get a good feedback from the reader. Aminn.

Thats all for today.
Assalammualaikum..


Monday, 17 February 2014

Ceritera Di Kuching 5

Hari Isnin tiba lagi dan Ariana serta adik-adiknya sudah pun berada di sekolah. Tapi pergerakan mereka amat lambat. Maklumlah, semua pelajar ada Monday Blues. Masuk je makmal, cikgu Alisya sudah pun berada di tempat duduknya. Cikgu Alisya memandang mereka sekilas sebelum bersuara.

“Hari ni kita akan bedah tikus. Sebelum tu, cikgu nak bagitahu setiap kumpulan 6 orang and cikgu dah tentukan kumpulan korang. Cepat sikit kita bedah tikus ni.” Cikgu Alisya bersuara dengan penuh semangat. Teruja untuk membedah tikus mungkin.

“Teacher, its not fair.” Edrina bengang dengan tindakan cikgunya yang dianggap tidak adil.

“Cikgu dah pilih Edrina. Group pertama ialah Ariana, Hannah, Hani, Shaizan, Elman dan Arif. Group kedua pulak Yura Shazira, Edrina, Mary, Xiou Ma and Allan. Masuk dalam kumpulan sekarang!”

Apabila mendengar kata-kata Cikgu Alisya, Elman, Shaizan dan Arif terus memusingkan badan mereka untuk menghadap kumpulan Hannah. “Why must diorang ni. Aku lebih rela group dengan Mary dan yang lain lah.” Bisik Ariana ke telinga Hannah. Hannah hanya mendiamkan diri sahaja.

“So, before kita bedah tikus ni, siapa yang tahu tikus ada berapa lapisan?” cikgu Alisya mengemukakan soalan.

“Me.. fur and skin.” Yoo bangga dengan jawapannya.

“Kurang tepat.” Jawapan cikgu Alisya membuatkan Hani, Ariana dan Hannah ketawa terbahak-bahak. Sengaja bikin panas.

“The answer is fur, skin and fat layer” penuh yakin Ariana menjawab. Dia memang sukakan subject Biology berbeza dengan Hannah yang lebih sukakan Kimia

“Don’t act like you’re brilliant enough Yura Fahiza.” Hannah menyindir.

Serentak dengan itu wajah Yoo bertukar merah padam. Bengang dengan tindakan kembar itu yang menyindirnya secara terang-terangan. Belum ada lagi sesiapa yang berani mengata Yoo secara berdepan.

Tanpa mempedulikan pandangan lelaki di hadapan mereka, Hannah dan Ariana masih sibuk mengetawakan Yoo. Geli hati melihat wajah Yoo yang malu.

Apabila ketawa mereka reda, masing-masing sibuk dengan tugas sendiri. Setiap kumpulan diberi dua ekor tikus manakala tikus selebihnya disimpan oleh cikgu Alisya untuk kegunaan kelas lain.

Dari tadi Elman sibuk merenung wajah Hannah. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia sememangnya mengenali Hannah dan Ariana.

“Err..Hannah, passkan pisau tu.” Elman cuba berbual dengan Hannah. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

“Ya Allah. Handsomenya ciptaan Tuhan.” Hannah terpegun dengan ketampanan Elman.

“Hah? Apa?”

“Eh tak. Tikus ni handsome. Rasa nak peluk je.” Kalut Hannah membalas. Terlepas pulak pujian untuk Elman.

“Hahahaha. Bergurau pulak.” Ketawa Elman mengundang jelingan Yoo terhadap Hannah. Dia sebenarnya takut Elman akan berpaling pada Hannah.

“Dah tak payah nak bercengkerama. Bila nak start bedah tikus ni?” Shaizan mengusik. Usikannya mengakibatkan kepalanya diketuk oleh Elman.

Hannah sedaya upaya memastikan wajahnya kekal bersahaja. Ariana yang perasan perubahan wajah Hannah tersenyum. Faham dengan riak yang ditunjukkan Hannah. Hati tengah berbungalah tu. Ada pulak cakap tikus handsome tak logic betul Hannah ni.

Apabila melihat Cikgu Alisya keluar dari makmal, Yoo terus pergi ke meja kumpulan Ariana. Berani dia kacau Elman aku. Takde siapa pun boleh kacau Elman aku. Tak guna punya kembar. Lepas ni tahulah nasib korang. Desis Yoo perlahan.

“Cikgu suruh bedah tikus bukannya menggatal dengan boyfriend aku.” Tengking Yoo. Semua mata memandang ke arah mereka. Drama queen betul Yoo ni.

“Wei psiko. Mata kau ada problem ke? Diorang bedah tikus okay.” Ariana menyampuk. Pantang baginya melihat adiknya ditengking sesuka hati.

Yoo menjeling tajam wajah Ariana. Kalau ada api dah lama Ariana terbakar dek tajamnya pandangan mata Yoo. Yoo menapak perlahan-lahan ke arah Ariana. Tangannya terus menunjal kepala Ariana. Suhu kemarahan Ariana kembali melonjak. Semenjak balik Kuching, suhu kemarahan Ariana dan Hannah sentiasa melonjak naik.

“Aku declare war dengan korang, Izz Hannah Haikal, Izz Ariana Haikal dan Kyra Hani Dato’ Fikri.”

“Tak payah nak sebut nama penuh kami. Kami tahu nama kami cantik bukan macam kau ikan yu.” Hani bersuara sekaligus membuatkan Hannah dan Ariana terpaku. Belum pernah mereka mendengar Hani menjawab kata-kata Yoo.

Kata-kata Hani membuatkan, semua yang berada dalam makmal itu ketawa. Elman tidak terkecuali. Diantara mereka, Hannah dan Ariana lah yang paling kuat ketawa.

Nasib hari ni pakai baju sukan senang sikit kalau nak bergaduh. Hannah menendang kaki Yoo. Yoo hilang keseimbangan lantas jatuh terjelopok di atas lantai. Hannah dan Ariana bantai gelak.

“Kau tak penat ke Yoo. Sekali kau kacau kami berkali-kali kami akan balas. Cara halus atau kasar, kau pilih je.” Hannah tersenyum sinis ke arah Yoo.

Yoo bangkit perlahan-lahan. Mukanya merah padam menahan malu dan marah. “Hal ni takkan berhenti dekat sini. Aku takkan menyerah kalah dengan korang. Yura Fahiza Imran Asyrah takkan pernah kalah. Bare it in your mind.” Yoo pantas berlalu.

Sebaik sahaja cikgu Alisya masuk, semua berpura-pura menumpu perhatian dengan tikus. Apabila cikgu Alisya selesai membedah tikus, kumpulan Elman dan kumpulan Yoo pulak mula membedah. Masing-masing sibuk meneliti organ-organ dalaman tikus.

****

“Arghhh!!” jeritan Hannah membuatkan pelajar yang berada di loker milik masing-masing terkejut. Yoo, Edrina dan Shazira yang berada tidak jauh dari loker ketawa terbahak-bahak. Seronok kerana dapat menakut-nakutkan Hannah.

Ariana berkejaran mendapatkan adiknya. Risau hatinya apabila mendengar jeritan Hannah. Kalau Yoo dan gengnya yang punya angkara siaplah. “Kenapa?” soal Ariana kepada Hannah.

Hannah tidak menjawab sebaliknya menunduk untuk melihat benda yang terjatuh di kakinya. Dia sama sekali tidak tahu apa yang jatuh dikakinya. “Lah bangkai tikus rupanya. Buang masa aku je menjerit. Aku ingatkan apa tadi.” Hannah menggumam perlahan.

“Hahahaha. Lawaklah kau Hannah. Dengan bangkai tikus pun takut ke?” Ariana mengusik kembarnya.

“Bukan takut. Aku just terkejut je. Ingatkan apalah yang jatuh dekat kaki aku rupa-rupanya bangkai tikus. Buang karan je aku menjerit.”

“Marah ke?”

“Maunya aku tak marah. Kalau aku tahu siapa yang punya angkara siaplah.” Hannah ternyata bengang dengan perbuatan orang yang mengenakannya.

“Nak balas tak? Takde orang lain yang nak prank kita melainkan geng mak lampir tu.” Mata Ariana bersinar menanti balasan Hannah.

“Mestilah nak. Macam mana?”

“Diorang gunakan bangkai tikus tapi kita nak guna apa?”

“Tikus hiduplah. Kita curi tikus dekat makmal tiga ekor lepas tu kita letak dalam loker diorang.” Kalau idea untuk mengenakan orang bagi je dengan Hannah dan Ariana yang nakal mengalahkan anak jin confirm bernas idea yang diberikan.

“Bagus. Nanti kita tangkap gambar diorang. Kalau berjaya kita sebar gambar diorang satu sekolah.” Hannah nyata bersetuju dengan cadangan Ariana.

“Okay, aku spot Yoo. Kau dengan Hani spot Edrina dengan Shazira. Amacam?”

“On.” Mata Ariana dan Hannah bersinar teruja dengan plan mereka sendiri.

Ariana dan Hannah beriringan ke canteen. Mereka sudah membuang sepuluh minit dari masa rehat mereka. Masing-masing sibuk berkejaran ke arah Hani yang sedang memesan makanan. Kalau pasal makan laju je kembar ni.

“Kak, nak mee rebus 3 mangkuk, 3 biji burger, 3 teh ais and 3 chicken wing.” Ariana pantas memesan makanan. Hannah dan Keen pulak sibuk dengan handphone masing-masing.

Itulah sebab mereka suka Kolej Sri Mentari kerana mereka boleh menggunakan handphone mereka selagi bukan sesi pembelajaran.

“Banyaknya kau order?” Hani bertanya kepada Ariana.

“Lapar. Lagi pun aku order untuk Hannah dan Keen sekali.”

Sebaik sahaja makanan mereka siap dimasak, mereka terus duduk di meja yang dekat dengan tempat mencuci tangan. Hannah menadah tangan untuk membaca doa. Memang gilirannya untuk membaca doa.

“Say cheese.” Keen mengambil gambar Hannah, Ariana dan Hani untuk diupload di instagram miliknya. Edrina yang memandang ke arah mereka membuat muka meluat.

Wednesday, 12 February 2014

Ceritera Di Kuching 4

Yoo menelefon Edrina dan Shazira. “Korang, malam ni tidur rumah aku okay?. Daddy aku outstation and my mom follow him. So tinggal aku je lah dekat rumah.”

“No hal. Bolehlah kita keluar malam ni kan. Pergi tengok wayang ataupun bowling.” Edrina setuju dengan cadangan Yoo.

“That’s great. Bolehlah ajak boyfriend kita sekali.” Shazira membalas.

****

“Arghhh. Boring.” Jerit Hannah.

Alex memandang Hannah geram. Cousin yang muda tiga tahun tu memang nakal. Bukan setakat nakal tapi ganas mengalahkan anak harimau. “Apahal kau wei. Tersampuk ke apa?”

“Lagi nak tanya ke? Boring lah ngok.” Alex terus mencapai sebiji kusyen lalu melemparkannya ke arah Hannah. Sakit hati apabila Hannah menggelarnya ngok.

“Keluar jom. Pergi tengok wayang.” Hannah mengutarakan ideanya. Ariana dan Keen terus menganggukkan kepala tanpa mempedulikan Alex mahupun Rash.

“Gila ke apa. Cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa. Aku rasa otak korang dah tak betul.” Rash nyata tidak bersetuju dengan Hannah

“Baru pukul sepuluh. Awal lagilah. Jomlah keluar, kalau tak kita putus saudara.” Keen mengugut.

Setelah dirayu oleh Ariana, Hannah dan Keen, akhirnya Rash dan Alex bersetuju. Sukar untuk mereka menolak rayuan cousin mereka yang perangainya macam anak jantan. Tak pasal-pasal ruang  tamu tu bertukar jadi wrestling arena pulak nanti.

“Err Alex, kita guna kereta kau lah. Kereta kami takde minyak.” Ariana bersuara.

“Kami datang dari Singapore Ariana sayang mana ada kereta. Kami datang tadi pun guna taxi.” Alex tersenyum melihat gelagat cousinnya.

“Aha. Pinjam kereta atuk. Abang Rash pinjamlah kereta atuk.” Arah Keen. Mulanya Rash mengelak tapi setelah didesak akhirnya dia setuju.

Macam-macam soalan ditanya oleh atuk dan nenek sebelum membenarkan cucu-cucunya menggunakan kereta. Sakit jiwa Rash menjawab soalan Datin Fatihah. “Jom, sapa lambat tinggal.” Alex mengugut.

Ariana, Hannah dan Keen terus berlari ke bilik masing-masing untuk mengambil tudung dan bag duit. Tak sampai seminit mereka sudah berdiri di hadapan Rash dan Alex.Mana tak cepat kalau Hannah, Ariana dan Keen hanya memakai tudung tanpa menukar tracksuit dan baju lengan panjang yang dipakai oleh mereka.

“Jom” ujar Hannah sambil tersengih. Alex hanya memandang tanpa mengungkap sepatah kata pun.

****

“Tu ada parking abang Alex.” Keen memberitahu.

“Sejuk hati aku dengar Keen bahasakan aku dengan Rash abang. Pandai Keen ni berbahasa bukan macam kakak dia tu.” Bersahaja Alex berkata. Tiba-tiba Alex mengaduh kesakitan apabila kepalanya diketuk oleh Hannah.

“Aku tua dari kau lah Hannah.” Jerit Alex.

“Whatever. Tiga tahun je kot.” Ariana menjawab bagi pihak Hannah.

Rash dan Keen yang malas nak ambil peduli terus keluar. Sebaik sahaja Hannah membuka pintu kereta masing-masing terpaku. Kereta di sebelah kereta mereka adalah kereta Shazira dan rakan-rakannya.

 Shazira memandang Ariana dan Hannah dari atas ke bawah. Tersungging senyuman kecil di bibirnya. Geli hati dengan pakaian mereka mungkin.

Yoo yang melihat gelagat Shazira terus mara ke depan. Handsomenya. Hati Yoo memuji ketampanan yang dimiliki oleh Rash dan Alex. Elman yang berdiri tidak jauh darinya langsung tidak dilihatnya. Yang berada di matanya sekarang ialah dua orang lelaki handsome yang bersama dengan Ariana dan Hannah.

“Apa yang kau tercegat lagi ni Hannah. Kau dah apply nak jadi patung cendana pulak ke? Tadi cakap nak tengok wayang. Jom.” Alex menarik tangan Hannah. Rash turut berbuat demikian terhadap Ariana apabila melihat pandangan mata Ariana berbeza sewaktu melihat kumpulan remaja tersebut. Ariana, Hannah dan Keen hanya mengikut langkah Alex dan Rash

“Siapa tu Ariana?” tanya Rash.

“Classmate aku yang psiko. Apa yang diorang buat dekat sini entah? Buat semak mata je. Sakit mata aku tengok kumpulan diorang tu.” Ariana menjawab sambil kaki mereka melangkah masuk ke dalam lift.

Belum sempat lift itu tertutup sepenuhnya kedengaran jeritan seorang perempuan. 

“Wait!” Alex terus membuka semula pintu lift itu. Jelas kedengaran di telinganya Ariana dan Hannah merungut.

Masing-masing mendiamkan diri terutamanya Ariana dan Hannah. Mereka berdua masih bengang dengan insiden di canteen hari tu. Kalau mereka je yang ada dekat situ memang lunyai Yoo dan kawannya kena belasah.

Ada jugak yang aku cucuk mata tu karang. Asyik nak menjeling orang je kerja dia. Gumam Ariana perlahan. 

“Aku ingatkan baik sangat tapi tak sangka boleh pulak keluar dengan lelaki waktu malam macam ni kan Hannah. Betul tak Shaz?” Sinis Yoo bersuara.

“Betul cakap kau Yoo. Kemain lagi pakai tudung labuh. Aku ingatkan alim sangat rupa-rupanya…” Shazira membiarkan ayatnya tergantung sambil matanya melirik ke arah kembar yang dibencinya.

“Tak payah nak sindir kami. Kalau tak puas hati, cakap depan-depan. Tak payah nak berselindung dengan orang lain. coward” sengit Hannah membalas.

Apahal lambat sangat lift ni. Desis Rash perlahan. Apabila menyedari sesuatu Rash terus memberitahu Alex. “Aku rasa lift ni stuck”

“Betul kata kau Rash. Dari tadi lagi macam ni. Lift ni memang stuck.” Semua mata tertumpu ke arah Alex.

“Memanglah stuck kalau ada anak badak dalam ni.” Selamba sahaja Edrina menuturkan kata. Kata-katanya membuatkan, Shaizan dan Arif ketawa. Yoo senang dengan keadaan itu. Senang hatinya apabila melihat Hannah dan Ariana dimalukan depan lelaki handsome yang mencuri perhatiannya.

Ariana yang baru hendak bersuara berhenti berbuat demikian apabila Alex menggelengkan kepalanya. Telefon Alex bebunyi nyaring. Sebaik sahaja melihat nama pemanggilnya, Alex bertindak memasingkan handphonenya kepada Rash. Rash pulak pasing ke Hannah sampai lah ke Keen. Masing-masing tidak mahu menjawab sehinggalah deringan itu berhenti.

Telefon Rash pulak yang berbunyi. Seperti tadi apabila melihat nama pemanggil Rash terus memberi handphonenya kepada Ariana. Yoo dan kawannya yang terganggu dengan bunyi tersebut memberi jelingan maut pada Ariana. Akibat kalut, handphone tersebut jatuh tepat di kaki Yoo.

“Oh my god.” Yoo bersuara penuh kagum sewaktu mengambil handphone tersebut.

“Your phone.” Yoo bersuara dengan nada yang minta pelempang sambil memberi handphone tersebut kepada Alex.

“Thanks” balas Alex bersama senyuman.

Kali ini handphone Ariana pulak yang berbunyi. Nampak gayanya pemanggil tersebut masih belum berputus asa menghubungi mereka. Samsung Galaxy Note 3 dikeluar sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

“Waalaikummussalam. Kami masih dekat mall ni nek. Kami takkan balik akhir punya. Promise. Err.. bye.”

Setelah hampir 20 minit stuck dalam lift akhirnya, lift itu kembali berjalan. Ariana dan Hannah menarik nafas lega. Lega sebab tak perlu menghadap wajah Yoo dan kawannya yang menyakitkan hati. Sebaik sahaja keluar,  Hannah terus menarik tangan Alex. Bengang dengan tindakan Alex yang senyum dengan Yoo.

Yoo yang melihat tangan Alex ditarik oleh Hannah menyumpah dalam diam. Sakit hatinya dengan Hannah dan Ariana semakin menjadi-jadi. Macam mana pulak mereka boleh berkenalan dengan lelaki handsome macam tu. Bukan setakat handsome, dari rupanya sahaja Yoo tahu lelaki kaya. Bermacam persoalan bermain di minda Yoo.

Bagi Yoo, lelaki macam Alex dan Rash layak bergandingan dengannya bukan dengan anak badak macam Hannah dan Ariana. Sebaik sahaja mereka pergi, Yoo kembali memeluk tangan Elman. Elman hanya membiarkan sahaja. “Kenapa aku rasa aku pernah jumpa Hannah dan Ariana hah?” Hati Elman mula berbicara.

****

Selepas wayang tamat, Hannah menarik tangan Alex ke Mc.Donald. kalau keluar dengan Hannah tak sah kalau tak makan. Masuk sahaja Mc.Donald suhu kemarahan Hannah dan Ariana kembali melonjak naik. 

“Aku hairanlah, The Spring ni besar tapi kenapa kita asyik terserempak dengan langau je. Bosanlah.” Hannah bersuara dengan bengang.

Perasaan Hannah semakin membara apabila Rash mengambil meja di sebelah meja Yoo dan rakan-rakannya apabila meja lain sudah penuh dengan pelanggan. Keen memecah kesunyian apabila melihat kakaknya bungkam tanpa sebarang kata. “Abang Rash, kenapa bercuti dekat Kuching? Selalunya melancong dengan abang Alex.”

“Saja je. Rindu dengan atuk dan nenek. Lagipun kami dah lama tak balik Kuching.” Rash menjelaskan.

“The next holiday nanti kami nak rancang pergi Hong Kong pulak. Nak jumpa dengan giant panda.” Alex menambah.

Ariana yang sedari tadi diam menghulurkan handphonenya kepada Alex. Sengaja menayangkan gambarnya, Hannah dan Keen di Hong Kong.  Hannah senyum dengan gelagat Ariana yang bangga menunjukkan gambar mereka kepada Rash dan Alex.

“Bila korang pergi Hong Kong, aku tak tahu pun.” Alex dan Rash nyata tidak berpuas hati.

“Memanglah, Ni waktu awal tahun. Lagipun waktu tu korang dekat Ausi.” Hannah tersengih.

Pada saat itu Hannah sama sekali tidak menyedari akan pandangan Elman terhadapnya. Mereka terus berbual tanpa mengendahkan pandangan Yoo. Telinga Yoo pulak sibuk mencuri dengar perbualan Ariana dan rakan-rakannya.


Saturday, 8 February 2014

Ceritera Di Kuching 3

Yoo berdiri dihadapan kelas. Tajam matanya memandang ke arah kumpulan Ariana sebelum bersuara. 

“Party yang kita rancang minggu lepas will be held at hotel. Party tu akan dibuat hari Jumaat minggu depan so, aku nak semua orang bayar dengan Edrina seratus seorang. And one more thing, mesti ada partner.”

Ariana memandang Hannah. Party pun nak buat dekat hotel. Mengadanya diorang ni. Maki Hannah dalam hati. Nak maki depan-depan nanti jadi lain pulak.

“Melalui apa yang aku dengar, kelas ni memang selalu buat party dekat hotel. Maklumlah anak orang kaya.” Hani memberitahu Ariana dan Hannah.

“Memang selalulah?” tanya Hannah.

“Yup. Sekadar untuk bersuka ria.” Hani mengiakan.

“Hani and your new friend. Aku just nak remind, semua orang wajib joint and seperti yang aku cakap tadi, semua mesti ada partner. Baju pun mesti sesuai ye.” Sinis suara Yoo di perdengaran Hani, Ariana dan Hannah.

Hannah hanya menjeling geram ke arah Yoo.

“Hannah, Yoo dengan Elman lah yang kau langgar dekat Riverside hari tu. Takkan tak ingat?” bisik Ariana perlahan.

“Aah lah. Baru ingat. Patutlah si Yoo tu asyik jeling aku je. Psiko betul minah tu. Tapikan Ariana, Elman tu handsome kan?” Jawab Hannah.

“Handsome memanglah handsome tapi dia tu pakwe Yoo.” Laju Ariana membalas. Hani hanya tersenyum melihat gelagat kembar tersebut.

“Kalau dia kacau kita, kita balas. Takde maknanya aku nak tunduk dengan minah gedik tu.”

Waktu rehat itu, Hani, Ariana dan Hannah pergi ke kelas Keen sebelum menjelajah kolej itu. Kolej Sri Mentari memang kolej terbaik. Hari pertama sekolah amat menyakitkan hati Ariana dan Hannah. Kalau tak sabar memang kaki kembar ni dah naik ke badan Yoo. Nak sangat merasa flying kick.

****

“Sakit betul hati aku tengok Hani dengan kembar tu. Nak je aku hempuk diorang. Bencinya aku dengan diorang. Geram!” gerutu Yoo dihadapan kawan-kawannya.

“But why, hari nikan first day diorang, takkan dah buat something kot?” Edrina menyoal.

“Kau ni Ed, kan ke Yoo dah bagitahu tadi yang kembar tu lah yang langgar dia dengan Elman dekat Riverside. Kau ni pelupalah.” Terang Shazira.

“Dia takkan aman sekolah dekat kolej ni selagi aku ada. Ni Yura Fahiza lah.” Ujar Yoo sambil mendabik dada.

Elman dan kawan-kawannya yang menghampiri kumpulan Yoo membuatkan Yoo  tersenyum manis. Hilang terus perasaan marahnya dengan pasangan kembar dan Hani. Tanpa berlengah Yoo terus berjalan ke arah Elman. “Hi sayang. Lambatnya”

“cikgu Alisya panggil tadi.” Elman menjawab acuh tak acuh.

Shaizan dan Arif hanya senyum. Masak dengan perangai Yoo. Sajalah tu nak tayang boyfriend dia dengan Ariana dan Hannah. “Apa pendapat korang dengan Ariana and Hannah?” Shaizan membakar perasaan Yoo.

“There is nothing special about them.” Ujar Yoo dalam berang.

“Marah ke or kau takut Elman minat dengan salah seorang daripada kembar tu?” Elman dan Arif hanya mendengar tanpa mencelah apa-apa.

“Hahaha. Takkan lah Elman nak minat dengan anak badak tu. Or kau yang berkenan dengan kembar tu?” sengit Yoo membalas.

“Why should I? I already have Edrina.”

“And same goes to Elman. He have me!” marah Yoo.

Hannah, Keen, Ariana dan Hani yang baru masuk ke dalam canteen kolej mereka yang serupa dengan café terkejut mendengar nada suara Yoo. Sah-sah minah psiko tu lagi berangin. Ditambah lagi dengan melihat kelibat mereka. Tanpa mempedulikan mereka, Hannah berjalan terus. Perutnya yang lapar harus diisi kang tak pasal-pasal gastric menyerang. Naya je Ariana nak mengurus.

“Wow.. Look who is here?” Yoo yang masih marah bersuara.

Sambil membawa segelas air, Yoo melangkah ke arah Hannah yang tengah membeli makanan. Akibat bengang dengan kata-kata Shaizan, Yoo mengambil langkah yang terburu-buru. Air tersebut disimbahnya ke badan Hannah. Baju putih Hannah terus bertukar ke warna coklat. “Ini balasan aku sebab buat baju aku basah dekat Riverside. Ingat?”

Semua yang berada di canteen itu kaku dengan tindakan Yoo yang tidak disangka-sangka. Muka Hannah terus berubah menjadi merah padam. Tak pasal-pasal ada yang berkubur tak bertanda nanti. Tangan Hannah laju hendak menampar pipi mulus Yoo tapi belum sempat dia berbuat demikian tangannya ditahan Ariana.

“Bukan dengan tampar. Wait here!” Ariana terus mengambil dua gelas air yang diletakkan di counter. Air untuk dirinya dan Hannah. Ariana menghulurkan segelas air pada Hannah manakala segelas lagi digenggamnya dengan kuat.

Tanpa sebarang amaran Ariana dan Hannah turut menyimbah air tersebut ke baju Yoo. Edrina dan Shazira yang melihat Yoo sudah lencun akibat di simbah oleh Hannah dan Ariana terus menghampiri mereka.

“Jangan cari hal dengan adik aku. Kalau kau cari hal jugak bukan setakat ni yang aku balas Yura Fahiza. Aku boleh buat lebih dari ni.” Lantang Ariana bersuara.

Shazira terus menolak tubuh Ariana namun sempat ditahan oleh Hannah. Dengan mudah dia menepis tangan Shazira. Jangan main-main Ariana dan adik-adiknya mempunyai black belt dalam Taekwando. Ariana tersenyum sinis ke arah Shazira sebaik sahaja matanya menangkap tubuh Shazira yang tersungkur. Meletus tawa dari mulutnya sekaligus membuatkan Yoo dan Shazira malu serta marah.

****
Hari Jumaat tiba lagi dan yang pasti semua pelajar Kolej Sri Mentari amat menantikan hari tersebut. Bolehlah mereka merancang perjalanan untuk meneroka pust membeli belah. Seperti mana orang lain, Ariana, Hannah dan Hani turut merancang untuk enjoy. Untuk mengelakkan mereka bertembung dengan Yoo dan kawannya di pusat membeli belah, mereka merancang untuk main bowling dan snooker. Permainan favorite Ariana dan adik-adiknya.

Sebelum balik ke rumah nenek mereka, Ariana telah menumpangkan Hani kerana driver ayahnya cuti tapi ayahnya pulak tak dapat ambil Hani balik sekolah. “Jangan lupa, jumpa dekat The Spring pukul dua. Kitakan nak cari baju untuk party tu” Hani mengingatkan.

“Okay. Takkan lupa punya.” Ariana membalas.

Selepas menghantar Hani, Ariana memecut dengan laju ke rumah atuknya. Perut mereka adik-beradik sudah berbunyi tanda lapar. Sebaik sahaja sampai Ariana, Hannah mahupun Keen terus meluru ke dapur. Masing-masing berkejaran ke dapur tanpa sedikit pun menyedari kewujudan dua orang makhluk Allah yang menantikan mereka.

“Astaghfirullahalazim. Cucu bertuah ni, bukannya nak tukar baju dulu.” Sergah Datin Fatihah.

“Sorrylah nek tapi kami lapar sangat ni.” Keen bersuara apabila melihat Ariana dan Hannah hanya menumpukan perhatian mereka terhadap makanan.

“Nenek faham korang lapar tapi apa salahnya ajak tetamu makan sekali. Korang ni datang-datang je terus serbu dapur bukannya nak bertegur sapa dengan tetamu.”

“Kita ada tetamu? Siapa?” Ariana menyuarakan rasa ingin tahunya.

“Pergi tengok sendiri dekat ruang tamu. Terpegun diorang tengok perangai korang.”

Mendengar sahaja kata-kata Datin Fatihah, Hannah terus berlari kembali ke ruang tamu tanpa mencuci tangannya terlebih dahulu. Perbuatannya menjadi ikutan Ariana dan Keen. Tak senonoh betul diorang ni.

Masing-masing curiga dengan kehadiran tetamu Datin Fatihah. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu, Hannah menjerit terkejut. “Alex, Rash! Apa yang korang buat dekat sini?”

 “Kami rindu atuk dengan nenek sebab tu kami decide nak habiskan cuti dekat sini.” Firash Harris yang dikenali sebagai Rash menjawab.

Ariana tersenyum gembira. Rindu dengan sepupu-sepupunya yang tua tiga tahun darinya. Tu lah yang korang pergi belajar dekat Singapore tu kenapa?

“Tapi cousin kami yang macam anak badak ni tak perasan pun kami duduk di sini walaupun dari tadi kami tunggu korang.” Ariz Alexander menambah. Pemuda kacukan cina itu memang gemar mengusik sepupunya sebab itu dia dapat berkawan rapat dengan Rash yang juga sepupunya.

Anak badak dipanggilnya kami. Memang nak kena si Alex ni. Gumam Hannah perlahan. 

“Argh. Lepas ni kita berbual okay. Aku lapar, jom sambung makan.” Ariana memotong percakapan mereka.

Selesai sahaja selesai makan, Ariana, Hannah, Keen, Alex dan Rash terus duduk bersenang lenang di ruang tamu. “Korang nak cakap sampai malam pun nenek tak kisah tapi pergi mandi dulu lepas tu sembahyang. Alex, imamkan cousin kamu ni.” Datin Fatihah amat tegas dengan cucunya mengenai hal agama. Kalau hal lain sporting je.

“Nenek ni potonglah. Kami baru je nak borak.” Muncung Kee.

“Now! Tak elok melambat-lambatkan solat.” Tegas Datin Fatihah. Keen dan yang lain mula bergerak ke tingkat dua namun pergerakan mereka amat lemah.

****
Hannah, Ariana dan Keen sudah bersiap-siap untuk keluar. Awal-awal lagi Ariana sudah menerima message dari Hani yang mengatakan dia sudah ada di The Spring. “Atuk, Nek, kami nak keluar sekejap. Cari barang.” Keen menjerit memberitahu Datin Fatihah.

“Korang nak pergi mana” Rash menyoal.

“Pergi The Spring, cari baju. Why?” Ariana menjawab.

Mendengar sahaja jawapan Ariana, Alex dan Rash turut ingin serta. Takkanlah diorang nak stay je dekat rumah. Diorang pun nak jugak merayau.

Sebaik sahaja sampai di pusat membeli belah, Hannah dan Ariana terus berlari ke arah pasangan yang sedang asyik ketawa. “Sorry lambat Hani, kitorang lagi ada hal tadi.” Hannah memberitahu tanpa ditanya.

“Its okay, lagi pun ada orang yang dengan aku.” Ujar Hani sambil tersenyum. “Eri, ni kawan aku dekat Kolej, and Hannah, Ariana, ni partner aku untuk pergi party tu.”

“Hi Eri. Partner?” Hannah menepuk dahinya. Macam mana pulak aku boleh lupa ni.

“Partner merangkap boyfriend aku.” Bisik Hani kepada Hannah dan Ariana.

“Hani, Eri, perkenalkan cousin kitorang yang paling menyakitkan hati, Alex dan Rash.” 

Ariana memperkenalkan. Setelah berkenalan mereka semua terus pergi ke butik yang menjual gaun labuh. Dimindanya sudah merancang untuk membawa Alex dan Rash ke party tersebut untuk dijadikan partner dirinya sendiri dan juga Hannah.