Saturday 21 May 2016

Fate

Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi dan kelihatannya pusat aktiviti pelajar dipenuhi oleh pelajar semester 4 dari department petrokimia. Semuanya sibuk dengan handphone dan laptop masing masing.

Kayda Zara atau lebih dikenali dengan panggilan Ice merupakan salah seorang dari kelompok tersebut sibuk dengan buku sambil ditemani dengan musicnya.

“Eh.. sapa dengan Fahrain tu? Tak pernah nampak pun.” Ujar Syaz.

“Entah. Aku gerak dulu ada hal lah.” Balas Ice tanpa memandang ke arah Syaz mahupun Fahrain.

Sebaik sahaja Ice berlalu, Fahrain pun datang dengan teman barunya. “Syaz kenalkan ini Fazli tapi panggil Lee je. Budak baru kelas kita”

“Hai Syaz.” Sapa Lee.

Syaz memandang lelaki dihadapannya. Memerhati lagi tepat kut. Handsomenya dengan cap yang dipakainya secara terbalik lagi dan bag yang sengaja disandang disebelah bahunya sahaja. Coolnya. Syaz sudah jauh termenung sebelum bahunya dicuit oleh Fahrain.

“Hai Lee. Err Syazarika panggil Syaz je.” Syaz menutup malu.

Fahrain memandang sekeliling apabila sedar hanya Syaz sahaja yang berada di situ. Selalunya jarang Syaz bersendirian kecuali bila ada benda yang perlu dia selesaikan.

“Mana Ice dan Mel?” Fahrain menyoal.

“Ice pergi mana aku tak tahu. Mel pulak jumpa Sir Alex.”

“Aishh. Aku baru je nak kenalkan Ice dengan Lee. Mana tahu berjodoh.” Fahrain dah mula gelak jahat sebelum tangannya disiku oleh Lee. “Aku gurau je lah.”

Fahrain dan Lee membuat keputusan untuk duduk bersama Syaz sementara menunggu Mel. Sambil sambil tu boleh lah mengeratkan silaturrahim. Ice pulak tak payah ceritalah. Entah entah kelas kedua yang jam 2 petang nanti baru dia muncul.

Tidak lama kemudian muncullah Mel yang sarat membawa file ditangannya. Gadis yang berketurunan cina-bidayuh itu hampir sahaja melanggar orang yang berada dihadapannya. Sebaik sahaja Mel muncul, Fahrain terus memperkenalkan Lee kepadanya.

“Lee, kenalkan Melisa Davis tapi panggil Mel je. Yang ni kau tak boleh kacau sebab dah ada pakwe dan pakwe dia pulak senior kita.”

“Kau ni kan. Macam lah aku ni playboy.”

“Err.. Enough with the chit chat. Let’s head to the cafeteria I’m starving.” Shaz bersuara.

“Okay. Let’s go tapi tolong bawa file yang satu ni untuk aku. Banyak sangat benda 
yang aku nak bawa.” Mel menghulur satu file nya kepada Syaz yang mengambilnya tanpa banyak bunyi.

****
Lee memandang kawasan cafe itu sambil tangannya ligat mengacau chocholate shake yang diordernya dengan straw. Baru berberapa jam dekat university ini hati Lee dah jatuh cinta dengan tempat baru itu.

Selesa sungguh. Dapat pula kawan macam Fahrain, Mel dan Syaz memang kena dengan jiwa dia. Tapi dalam selesa itu ada jugak rasa ingin tahu siapa Ice yang namanya asyik disebut oleh tiga orang yang sedang makan dengannya tu.

“Ice dah jarang makan dengan kita sekarang ni.” Kata Mel.

“Hmm. Tak tahulah kenapa.” Shaz membalas.

“Sapa Ice sebenarnya dan kenapa Ice?” Lee tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
Fahrain memandang Lee yang duduk disebelahnya. Segaris senyuman mengambil tempat dibibirnya.

“She’s being called Ice for a reasons. Apparently, no one is good enough for her here in this university. Besides she simply throw away all of the love letters that she got without giving a second thought. And when someone confess she boldly said no.” Mel menjelaskan.

Lee hanya mengangukkan kepalanya. Damn! She’s something. I must get to know her.

“Ice tak rapat sangat dengan lelaki kecuali lelaki dari kelas kita dan yang sama semester dengan kita. Senior kita pulak dia tak kenal kecuali pakwe Mel.” Fahrain menambah.

“Kecuali Luke.” Sambung Syaz.

“Sebelum kau tanya sapa Luke biar aku jelaskan. Luke atau Luqman Haris ialah budak civil. Dia transfer dari university lain semester lepas dan sejak tu dia rapat dengan Ice tapi kitorang tak tahu sejauh mana hubungan diorang. Mungkin sebab nama bapa diorang sama kut which is Haris.” Panjang lebar Fahrain menerangkan.

Lee hanya mampu menganggukkan kepalanya. Yelah dia belum jumpa empunya diri mana tahu empunya diri tu jatuh suka dekat dia ke. Manalah tahu kan. Tapi apa nama sebenar Ice.

“Nama sebenar Ice?”

“Kau memang curious tentang Ice kan. Nama sebenar dia Kayda Zara Haris.” Syaz melilaukan pandangannya “and speak of a devil, she’s here together with luke which is ninety degree from your left.” Kata Syaz.

Lee memandang kekirinya dan kelihatan seorang perempuan yang memakai kemeja kotak dengan tshirt putih didalamnya. Shawl hitam terletak elok dikepalanya. Simple but nice.

Jadi lelaki dihadapannya mesti Luke. He’s looks handsome and smart. Dan kelihatannya Luke tengah memujuk Ice tapi Ice hanya menundukkan pandangannya sebelum kedengaran suara Ice. “I can’t Luke. I just can’t”.

Lee mengalihkan pandangannya dari pasangan itu tetapi segaris senyuman bermain dibibirnya. Dia tak tahu kenapa tapi yang pastinya dia gembira. Gembira dengan kata kata Ice. Walaupun dia tidak pasti perkara yang mereka bualkan tapi dia gembira. Ahhhh Lee kau dah gila.

“Kau dah kenapa Lee? Tersengih sorang sorang.” Mel yang dari tadi memerhati Lee bersuara. I smell love.

“Nope. Nothing. Kita ada sejam lagikan sebelum kelas.”

“Haah. Jom lah pegi library kalau dah habis makan.” Mel mengusulkan. Tidak lama lepas itu kumpulan itu melangkah ke library.

****
Masih ada sejam sebelum kelas Heat Transfer mula jadi Ice membuat keputusan untuk lepak sebentar dekat School’s Hill. Luke sudah pun meninggalkannya sebab ada class yang perlu dia hadir. Ice amat pasti banyak yang mempersoalkan hubungannya dengan Luke tapi dia tidak kisah.

Sejujurnya dia senang begitu because a part of her love to make fun of people who thought that Luke is her boyfriend.

Bag yang disandang dibahunya diletak disebelahnya bila dia mula duduk di rumput yang sudah dipotong pendek. Fikirannya menerawang jauh teringatkan perbualannya dengan Luke. Permintaan Luke sebenarnya. Forget him. Simple words but hard for Ice to do it.

Ice mengeluh. I can’t Luke it is not because I don’t want but I just can’t. He’s everything to me. Bertahun dia cuba melupakan tapi semakin dalam rasa yang ada buat lelaki itu. Mike. Hanya Mikail Azfar yang ada dalam hatinya.

Air mata mula mengalir ke pipinya. Tangan dibawa ke pipi dan kasar tangannya mengelap air mata yang masih mengalir. Bibir diketap bila dia cuba menahan rasa. Bila dia dah mula tenang duduknya mula bertukar menjadi baringan. Dia senang begitu baring diatas rumbut dengan berbumbungkan langit.

Tanpa dia sedari ada seseorang yang memerhati tingkahnya dari mula dia sampai ke tempat itu tadi. Dan beberapa keping gambarnya juga sudah dirakam oleh lelaki itu dengan camera polaroidnya.

Lelaki itu berjalan kearah Ice yang sudah terlelap. Ditangannya terdapat dua keping gambar Ice dan sebotol air minuman. Dicoretnya sesuatu diatas gambar itu sebelum berlalu.

Deringan handphonenya membangunkan Ice dari lenanya. Crap! I’m late for Sir Harold class.

“Ice where are you?” kedengaran suara Syaz dari handphonenya.

“Err.. no where.”

“I just want to inform you that our class will start at two thirty. Sir Harold has something that he have to take care of.”

“Thanks Syaz. I’ll be right there after this.” Ice mengakhiri perbualan.
Ice mengambil bagnya bila matanya perasan ada sebotol air yang sengaja ditinggalkan untuknya dengan satu gambarnya dilekatkan di botol itu. Gambarnya yang tengah mengelap pipinya.

Di belakang gambar itu tertulis beberapa patah perkataan yang membuahkan senyumannya. ‘Tears don’t suit you as smile works better on your face. Your smile brighten up my day so please smile.’

Gambar kedua sengaja diletakkan di sebelahnya. Gambar dia tengah terlena dan dibelakang gambar itu juga terdapat perkataan. ‘Have you ever listened to Somebody To You by The Vamps? If yes then you should have known my intention.’

You want to be somebody to me? Ice hanya memandang gambar itu sebelum menyimpannya dalam bagnya. Air minuman dicapainya sebelum dia berlalu dari kawasan itu. Dia perlu ke kelas.

****
“Good morning papa!” Encik Haris mengangkat kepalanya sebelum senyuman terbit dibibirnya.

“Good morning Luke. Ada class ke pagi ni?”

“Takda pukul 11 nanti baru ada tapi Zara ada. Tak tahu lah dia dah bangun ke tak.”

“Aisshh wake your twin up Luke.” Luke hanya menganggukan kepalanya sebelum pergi ke bilik kembarnya.

Luke mengetuk pintu bilik kembarnya. Bila tiada jawapan dia sudah tahu yang kembarnya mesti masih tidur. Dia melangkah masuk ke dalam dan ya apa yang disangkakannya tepat.

“Zara bangun.” Luke menggerakkan bahu kembarnya tapi tiada reaksi yang dia inginkan. “Kayda Zara Ice Haris bangun sekarang jugak.”

Luke menarik tangan Ice. Comforter yang membalut tubuh Ice ditariknya. Tak cukup dengan itu langsir yang menghalang cahaya dari masuk ke biliknya pun ditarik.

“Fine Luke. Thanks for wake me up by the way.” Luke hanya ketawa mendengar bicara sinis Ice.

“Papa suruh bangunkan Zara. Papa nak kita breakfast sama lagi pun kelas Zara pukul 8 kan?”

“Hmm.” Ice berlalu ke bilik airnya sebelum tangannya ditarik Luke.

Wajahnya diperhatikan Luke sebelum kepalanya diusap lembut. “You’ve been crying right Zara? Why?”

“You know the answer Luke and now let me go. I need to take my shower.” Luke melepaskan Ice.

Hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya hatinya bila melihat Ice dalam kesedihan. Hanya Ice je adik yang dia ada dan setengah dari dirinya membenci orang yang membuatkannya sedih tapi dia juga pasti yang orang itu ada sebab tersendiri.

Luke meramas rambutnya. Ice macam mana Ice nak hadapi hari ini. Dia tidak tahu apa yang akan jadi dengan Ice sekiranya Ice bertembung dengan Mike. Chill Luke. She’s a grown up girl.

****
Crap! Aduhh jam dah pukul 7.30 pagi bila Ice masuk ke biliknya. Bergegas dia bersiap. Sebaik sahaja siap bag sandangnya ditarik dan dia dah bersedia nak pergi kelas.

“Zara I have something to tell you. Important!.” Luke menahan Ice.

“Later Luke, Zara dah lambat. Lunch sama nanti okay” Zara mencium pipi Luke. 

“Jumpa tengahari nanti Luke.”

Tanpa menunggu balasan dari Luke, Ice terus berlari keluar dari biliknya meninggalkan Luke yang termanggu-manggu. Luke memicit kepalanya, bingung dengan Ice.

He will attending our university Zara. Luke mengeluh untuk kesekian kalinya sebelum gambar yang ada diatas meja Ice menarik perhatiannya. Gambar yang Ice dapat sebulan yang lepas sewaktu duduk bersantai di School’s Hill.

****
Sudah sebulan Lee mula menuntut dekat university itu dan dalam tempoh itu Lee memang sudah rapat dengan budak semesternya. Yang lebih mengembirakannya ialah bila dia mula rapat dengan Ice.

Semuanya bermula bila Ice diarahkan untuk jadi partnernya menguruskan program ketahanan diri anjuran department mereka. Pada pandangannya Ice jenis yang happy cuma a bit mystery. Kadang kadang jealous jugak dia dengan Luke sebab Luke selalu je muncul bila dia berdua dengan Ice.

Sebaik sahaja kelas mereka tamat tadi dia ingat nak ajak Ice lunch sama alih alih Ice cakap dia lunch dengan Luke. Hmm Lee hanya mampu mengeluh. Apa yang ada pada Luke yang takda pada dia?

Lee kemudiannya pergi ke Taman Cendawan dan dalam dia memikirkan tentang Luke dan Ice, kelihatannya pasangan itu berada tidak jauh dari tempat Lee duduk. Lee tidak dapat menahan dirinya dari memerhatikan Ice.

“What happened to you Ice?” gumam Lee perlahan bila melihat Luke menarik Ice pergi dari situ. Sempat dia melihat arah pandangan Ice. Siapa lelaki itu? Lelaki yang lengannya sedang dipegang oleh perempuan yang berada di sebelahnya.

Siapa dia? Apa kaitannya dengan Ice? Lee menarik topi yang menutup rambutnya. Dia nak jumpa Ice tapi hajat Lee terbantut bila lecturer memanggil dirinya. Meminta pertolongan mungkin,

****
Luke membawa Ice ke School’s Hill sebab dia tak nak sesiapa pun melihat betapa lemahnya Ice yang berada dihadapannya sekarang ini. Ice, she may looks tough from the outside but she’s fragile inside.

“Zara, are you okay?” Tanya Luke walaupun dia sudah maklum jawapannya.

“Dia dah ada girlfriend Luke. Setahun Zara tunggu balasan dari dia dan dia tak pernah 
balas. Dia tak pernah cintakan Zara. Dia bencikan Zara Luke.” Luke memeluk Ice yang sudah basah mukanya dengan tangisan.

“Dia tak bencikan Zara. Bagi dia masa Zara dan perempuan tu belum tentu girlfriend dia” Luke memujuk Ice yang masih menangis. Bahunya sudah basah dengan tangisan Ice. Lama Ice menangis dan seujurnya bahunya sudah penat dengan kepala Ice. Tapi dia tidak berniat nak membangunkan Ice.

Luke mengajak Ice balik bila jam di pergelangan tangannya dah menunjukkan jam 5.30 petang. Dia dah ponteng dua kelas tapi dia tak kisah sebab dia akan dahulukan  
Ice dalam setiap apa yang dia lakukan. Luke tahu Ice amat perlukan dia.

Sebaik sahaja sampai di rumah Luke terus menghidangkan fresh orange untuk Ice. Diperhatinya muka Ice yang sembab dan Ice perasan Luke memerhatikan dirinya menundukkan kepalanya. “Zara dah okay Luke. Thanks for always be there whenever I need you Luke.”

“My job sweety and now pergi atas dan mandi okay.”

“Luke tahu ke dia pindah ke uni kita?” Ice mengetap bibirnya.

“Tahu. Luke nak bagitahu Zara pagi tadi tapi Zara nak cepat.”

Bukan salah Luke dia yang tak nak mendengar dulu sebab dia dah lambat. Dan sekarang dia yang menanggung padahnya.

“Ambil mechanical ke?”

Luke mengangukkan kepalanya sebagai jawapan kepada Ice. Ice tahu semua tentang Mike cuma dia berhenti ambil tahu sejak setahun yang lepas. Sejak dia tidak dapat apa-apa balasan dari Mike. Ice tersenyum pahit.

Selepas Isyak, Ice baring di atas katilnya sambil tangannya ligat mencari handphone yang diletakkan dalam bag sandangnya. Bila dibuka terbeliak mata Ice melihat missed calls nya. Banyaknya. 20 lebih missed calls dari Mel, Syaz, Fahrain dan Lee. Hanya 2 missed calls dari Lee selebihnya milik diorang Mel.

Punat call ditekan dan Ice menunggu panggilan nya disahut orang sebelah sana. Belum sempat dia menyebut Hello, Syaz sudah menjerit ke arahnya.

“Where have you been Ice? You just don’t know what you get yourself into.”

“Sorry lah Syaz. Aku ada hal tadi. Kenapa?”

“Sir Harold bengang habis dengan kau dan Lee sebab tak ambik test dengan quiz dia hari ini. And by the way dia nak kau jumpa dia esok kalau kau nak ambik quiz dengan test tu hari jumaat ni.”

“Oh shit! Serius aku lupa tapi kenapa Lee tak ambil jugak. Sempat lagi Ice menyoal tindakan Lee.

“Entah dia tak masuk semua kelas petang tadi sama macam kau.”

“ohhh” Ice menganggukkan kepalanya walaupun Syaz tidak boleh nampak apa yang dilakukannya. “Err okaylah Syaz aku letak dululah ye.”

Pangilannya dihentikan tanpa menunggu balasan dari Syaz. Ice memandang siling biliknya. Berkira-kira sama ada nak call Lee ataupun tidak. Sudahnya handphone nya diletak kembali ke mejanya. Takpalah esok boleh jumpa dia.
****

Ice menolak pintu kayu yang menghubungkannya dengan office petrokimia. Matanya melilau mencari Sir Harold. ‘Aishh mana pulak orang tua ni. Aku dah lah takda mood ni’ gumam Ice perlahan. Matanya masih memerhati sekeliling. Hahh tu dia dengan Lee.

“Sir” sapa Ice.

“Hah, awak Kayda. Kenapa awak tak ambik test dengan quiz semalam?” Ice hanya tersenyum cukup untuk bagi lesung pipinya nampak. Kadang kadang dia keliru dengan namanya sendiri. Mana taknya lecturer panggil Kayda, keluarga panggil Zara. Kawan-kawan pulak panggil Ice.

“Sorrylah sir, ada hal penting semalam.”

“Hmm takpa. Awak boleh ambil test dengan quiz itu hari jumaat ni dengan Fazli tapi ada syaratnya. Awak berdua pergi dewan jubli sekarang dan kalau ada lecturer yang tanya pasal awak berdua cakap saya yang hantar. Okay?” matanya memandang Ice dan Lee .

Ice memandang Lee yang memang tengah memandangnya sebelum pandangannya dialih kepada Sir Harold. “No choice sir.” Serentak keduanya membalas.
Lee menunggu Ice yang masih berada di dalam office. Senyumannya lebar dan dalam hati amat berterima kasih dengan Sir Harold boleh berdua dengan Ice lepas ni.

“Eh Lee.”

“Jom pergi sama Ice” ajak Lee.
Ice mengganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Elok jugak dengan Lee dah lah dewan tu jauh ke belakang.

“Ice” Ice memandang muka Lee. Menunggu Lee menghabiskan ayatnya. “Err… apa hubungan awak dengan Luke? Sapa Luke dekat awak.”

Ice membulatkan pandangannya. Terkejut dengan soalan Lee sebenarnya. “Luke he’s like a brother, boyfriend and someone very important to me.”

“Jadi awak couple dengan Luke?” Soalan Luke membuatkan Ice ketawa.

“Taklah dan saya takkan pernah couple dengan dia. No! Never!”

Lee berhenti dari melangkah. Matanya memerhatikan Ice yang tengah turun tangga. Setengah dari dirinya gembira dan setengah lagi pelik. Pelik dengan jawapan Ice.

“Habis kenapa awak boleh rapat dengan Luke tapi tak rapat dengan yang lain macam saya.” Ice menoleh ke arah Lee sedikit terkejut.

“Let me tell you something Lee, actually Luke is my twin. He is my biological brother tapi tak ramai yang tahu.”

Perbualan mereka tamat sebaik sahaja sampai si dewan. Ice melangkah masuk meninggalkan Lee yang tersengih sorang diri. Kenapa lah dengan Lee ni. Kaki nya berjalan mendekati seorang lecturer yang berada di atas pentas. Ingin memberitahu tujuan kedatangannya dan Lee.

Diperhatinya sekeliling. Hmm ramai jugak budak budak lain dalam dewan ni. Semuanya sibuk mengemas dewan untuk festival makanan yang akan diadakan beberapa hari lagi
“Awak yang tudung kelabu tu. Sini kejap” Ice menoleh ke arah seorang lecturer perempuan yang tidak diketahui namanya.

“Saya ke?” Ice menunjuk ke arah dirinya.

“Ye awak, saya nak awak tolong lelaki yang tengah susun meja tu.” Kata lecturer tu sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang membelakangkan Ice.
Ice mengganggukkan kepalanya tanda patuh dengan arahan lecturer tersebut. Matanya memandang lelaki tersebut dari atas sampai ke bawah. Baju hitam, seluar hitam dan kasutnya pun hitam. Berkabung ke apa dia ni.

“Hai. Lecturer tu suruh saya tolong awak.” Sapa Ice.
Lelaki yang tadi nya tunduk kini mengangkat kepalanya untuk memandang gerangan yang berdiri di hadapannya.

“Zara” Ice membuntangkan matanya sebaik mendengar suara itu. No way! It’s him!

“Mike” perlahan suaranya menuturkan nama itu.

“sorry Zara.” Ucap Mike

“Sorry?” sinis Ice membalas sambil keningnya diangkat.

“Yup sorry. Sorry for everything that I’ve done.”

“Sorry for what? What did you do? Ohh let me guess it must be for the hard time you cause me right?” balas Ice sambil matanya menentang pandangan Mike.

Sedikit pun Ice tidak perasan keberadaan Lee yang tidak jauh dari mereka berdua. Hanya dipisahkan satu meja sahaja.

Mike mengeluh perlahan. Tak tahu nak cakap apa dengan Ice yang sedang memandangnya.

“Zara” Mike memanggil namanya sebelum Ice memotong percakapan nya.

“First, you ignored me. Second, I confessed and got rejected by you. Third, I heard you’ve got yourself a girlfriend and lastly you transferred here. What is your plan actually?”

“It not what you think actually….”

“I’ve had enough Mike.”  Dan dengan itu, Ice melangkah keluar dari dewan.

Bibirnya diketap kuat. Tubir mata yang mula rasa panas membuatkannya laju melarikan diri ke School’s Hill. Tangisan Ice pecah di bukit itu. Dia tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia sentiasa sensitive kalau perkara itu melibatkan Mike.

Ice menahan suaranya. Tidak mahu tangisannya didengar orang lain. Mukanya disembamkan ke lututnya. Seluar yang sudah basah dengan air mata dia hiraukan dan dia sama sekali tidak kisah dengan kelas yang sepatutnya dihadirinya. Fikirannya kosong.

“Menangis je lah. Tak payah tahan air mata awak tu.” Ice tersentak. Kepalanya diangkat dan dia amat terkejut bila melihat Lee duduk disebelahnya.

“Lee, apa awak buat dekat sini? Dah lama ke awak dekat sini?” Serak suaranya membalas.

“Saja nak perhatikan awak menangis dan saya dah lama dekat sini dekat nak dua jam. 
Awak je yang tak perasan. Saya ikut awak dari dewan tadi.”

Ice kembali memandang kehadapan. Mengelak dari memandang muka Lee sebab dia pasti Lee tahu apa yang membuatkannya menangis. Lee tahu kisahnya. Kisah yang tiada siapa pun tahu kecuali Luke. Kalaulah dia boleh undurkan masa segala punca perselisihan faham antara dia dengan Mike akan dia elakkan. Hanya kalau.

“Awak sayangkan dia Ice?”
Ice mengganggukan kepalanya. “Sangat” Pendek jawapannya tapi mampu membuat Lee diam.

“Kalau ye dengar penjelasan dari dia. Saya lelaki dan saya tahu dia ada sebab yang tersendiri. Lelaki kalah dengan ego Ice.” Nasihat Lee

Lee bangkit dari duduknya. Perlahan kakinya melangkah meninggalkan Ice. Tipulah kalau dia cakap dia tak kecewa tapi dia tahu betapa sayangnya Ice dengan lelaki tersebut. Ice pulak tidak menahan Lee. Dia hanya nak bersendirian di situ tanpa sebarang gangguan.

****
Ice melihat jam di pergelangan tangannyanya. Hmm dah pukul tiga. Awal awal lagi dia dah hantar message dengan Syaz cakap dia tidak masuk kelas. Alasannya malas dan Syaz pun tidak menyoalnya.

“Hah sini pun Zara. Puas saya cari.” Ice menoleh ke arah suara itu. Mike.

“Awak nak apa?”

“Saya nak jelaskan semuanya. Bertahun dah saya simpan dan saya penat.”

Ice memandang Mike. Memerhati sebenarnya. Baru dia perasan Mike datang dengan guitarnya sekali. Gitar yang ada tertulis namanya disitu. Nama Kayda Zara Haris.

“First saya sengaja ignore awak sebab pun pernah ignore saya jugak masa kita form two dulu. Second, saya tak pernah reject awak bila awak confess dengan saya, saya hanya tak respond. Tiga, saya takda girlfriend dan saya pindah dekat uni ini sebab nak 
dekat dengan awak. Lastly, I love you. I love you Zara.”

Ice tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum bila mendengar ayat terakhir dari Mike. Hmm.. bila pulak aku ignore dia masa form two. Menipu Mike ni.

“Bila pulak saya ignore awak masa form two dan kenapa awak tak respond dengan confession saya?” Ice menyoal.

“Dulu waktu saya confess dengan awak. Saya cakap awak special dekat hati saya dan awak tak macam perempuan lain yang saya kenal. Saya minta awak jangan tinggalkan saya tapi awak pergi dekat Hafiz. Dan yang lebih menyakitkan hati saya bila Hafiz peluk awak. Memanglah dekat bahu tapi still jugak peluk.” Panjang lebar Mike menjelaskan.

Ketawa kecil keluar dari mulut Ice. Mike ni comel betullah ada ke itu dikira sebagai confession. Mana lah saya tahu kalau awak tak cakap dengan betul. Mata Ice memerhati tingkah Mike yang yang sedang menguis rumbut tu. Malulah tu. Mike yang macam ni amat comel di pandangan matanya.

“Itu consider sebagai confession ke Mike? Awak hanya cakap saya special dan lain dari yang lain. No I love you jadi macam mana saya nak tahu. Saya tak pergi dekat Hafiz sebab saya nak tapi cikgu nak saya tolong dia. Dan untuk part peluk tu, saya tak sangka dia yang peluk saya tak tahu.”  Ice membalas.

“Saya hanya nak awak tahu apa yang saya rasa and I’m sorry for the hard time I cause you Zara. I love you and I really do.”

Mike memandang Ice tepat ke matanya. Nampak di matanya pipi Ice yang mula merah menahan malu mungkin. Zara saya cintakan awak. Sangat-sangat. Dari kita form two sampailah sekarang. Ucap Mike di dalam hatinya. Mike mengambil gitar yang diletaknya di bawak pokok sebelum kembali duduk berhadapan dengan Ice.

Tidak lama kemudian bergema suara Mike di tempat yang sunyi itu. Lagu call you mine daripada Jeff Bernat itu dinyanyikan khas untuk Ice. Can I call you mine Kayda Zara Haris? Sebaik sahaja Mike habis menyanyikan lagu itu, Ice bertepuk tangan dengan gembiranya.

“Will you be my girlfriend Kayda Zara Haris?” soal Mike kepada Ice sambil tangannya memegang seutas gelang bewarna silver. Gelang yang ada huruf M dan A yang membawa maksud nama Mike, Mikail Azfar.

Ice mengangukkan kepalanya dengan laju. Gembira sangat sampai dah tak mampu nak berkata kata. “I will Mike!” Gelang itu dipakaikan terus ke tangan Ice. Tanda Ice sudah menjadi kekasihnya.

“I love you Zara!” ucap Mike perlahan tapi cukup untuk Ice mendengarnya.

“I love you too Mike.” Ucap Ice sambil matanya memandang mata lelaki yang berada di hadapannya.

****
Keesokkan harinya, Ice pergi kelas macam biasa cuma sedikit lewat. Lewat sebab berbual dengan Luke yang asyik mengusik dirinya dan Mike. Dan dia hanya tersenyum ceria.

Ice melangkah masuk ke kelasnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Setiap kali matanya singgah ke gelang yang terletak elok di tangannya setiap kali itulah dia tersenyum. Perlakuannya menjadi tumpuan Mel dan Syaz.

“Ice kau tahu tak department mechanical ada budak baru masuk. Lelaki dan handsome jugak lah aku dengar.” Syaz memberitahu.

“Ohhh. Sapa? Macam mana korang tahu?” Ice menyoal walaupun dia sudah ada idea sapa gerangannya.

“Mikail namanya. Alah budak mechanical kan guna kelas sebelah kita ni. Waktu tu lah kitorang tengok dia. Dan yang bestnya dia tak melayan budak perempuan yang usha dia. Memang boyfriend material lah dia tu.” panjang Mel memuji.

Ice tersenyum. Dah agak dah mesti Mike. “Ohhh. Baguslah dia tak layan perempuan lain.”

“Kau kenal dia ke Ice?” soal Syaz. Belum sempat Ice menjawap Fahrain yang baru masuk terus mengucap tahniah kepada Ice.

“Congrats! Aku dengar kau couple dengan budak mechanical baru tu. Errm apa nama dia Miza rasanya.”

Syaz dan Mel memandang wajah Ice. Bukan mereka sahaja tapi budak kelas mereka yang lain juga. Semua sibuk nak ambil tahu. Fahrain ni kan kecoh betullah.gumam Ice perlahan.

“Mike lah, Mikail. Yup. Aku couple dengan dia.” Ice memberitahu sambil tangannya diangkat. Sengaja nak menunjuk gelang yang dihadiahkan Mike buatnya.

Lee hanya mendengar percakapan mereka. Tidak berhasrat untuk menyambung. Dia dah agak semuanya sebab semalam dia ada nampak Mike berlari ke arah School’s Hill. Kau bertuah Mike. Bertuah sebab dapat Ice yang aku sayang.

****
Sudah tiga bulan Ice dan Mike couple. Ice sangat gembira. Hari tu Mike bawa dia jumpa keluarganya. Keluarganya pulak terima Ice dengan baik. Semuanya setuju dengan pilihan Mike dan mengatakan yang Mike pandai memilih.

Ice memandang jam di pergelangan tangannya. Jam dekat nak pukul 11.30 pagi. ‘Mana Mike ni’ detik hati Ice. Dia dengan Mike dah janji nak pergi tengok wayang. Tengok cerita Dilwale tapi bayang Mike pun masih belum muncul. Dekat sejam dah dia menunggu Mike.

Lagu call you mine mematikan lamunan Ice. Hmm Intan, adik Mike yang call. Kenapa? Mike tak jadi nak keluar dengan dia ke? Mike ada hal ke? Macam macam persoalan bermain di mindanya.

“Hello” sapa Ice

“Kakak. Mike kakak” jantung Ice berdegup kencang bila mendengar tangisan adik Mike. Apa yang dah jadi.

“Kenapa? Kenapa dengan Mike?” bergetar suaranya menyoal.

“Mike accident kakak. ICU. Kereta dia kena langgar dari depan oleh pemandu yang mabuk…” Intan menjelaskan.

“Kakak datang sekarang!” Ice memotong percakapan Intan.

Air mata Ice dah mula mengalir. Ice terus berlari ke arah keretanya. Ingin cepat sampai ke hospital. Dalam hatinya tidak putus putus mendoakan Mike. Ya Allah jangan ambil dia dari aku. Aku cintakan dia. Doa Ice dalam hati.
****
Sampai sahaja di hospital, Ice melihat mommy dan daddy Mike masih duduk menunggu. Intan pulak menangis dan bila dia muncul Intan terus meluru memeluknya. 
Ice mengusap lembut kepala Intan. Air mata yang mengalir tidak dia hiraukan.

Beberapa jam kemudian, doctor yang merawat Mike pun keluar. Dia berjalan ke arah mommy dan daddy Mike.

“Maafkan saya. Mikail tidak dapat diselamatkkan.” Kata doctor itu perlahan.

Terduduk mommy Mike sebelum dia dipeluk oleh daddy Mike. Kelihatannya stretcher yang membawa tubuh Mike dibawa keluar dari unit itu. Ice berlari mendapatkan Mike. 

Dipeluknya tubuh Mike yang dibaluti selimut putih itu.

“Mike jangan tinggalkan Zara, Zara sayangkan Mike, cintakan Mike. Tolonglah bangun Mike.” Teriak Ice sambil mengoncang tubuh kaku milik Mike.

Intan menarik Ice jauh dari jasad kaku Mike. Intan memeluk Ice yang meronta minta dilepaskan. Semuanya sedih dan sakit dengan permegian mengejut Mike dan dia tidak terkecuali. Hanya Mike seorang saja abang yang dia ada dan sekarang abang nya sudah pergi. Pergi meninggalkannya untuk selama lamanya.
****
Tanah perkuburan itu sepi. Yang tinggal hanya mommy dan daddy Mike, adiknya, Luke dan dirinya sendiri. Ice sama sekali tidak sangka panggilan telefonnya dengan Mike pagi tadi adalah yang terakhir. Kali terakhir dia mendengar suara Mike.

‘Mike damailah awak disana. Tunggu Zara, Mike, satu masa nanti Zara pun akan menyertai awak. Zara cintakan awak.’ Ucap Ice dalam hati.

Perlahan mereka bangkit dan melangkah meninggalkan tanah perkuburan Islam itu. Ice menoleh untuk kesekian kalinya walaupun dia tahu Mike dah takda. Mike dah meninggal. Meninggalkan dirinya dan dunia ini.
‘Tunggu Zara, Mike.’

Intan menyusul Ice balik ke rumahnya. Ada benda yang ingin dia sampaikan. Teringat dia perbualannya dengan Mike pagi ni. Mike yang ceria sebab nak berjumpa dengan Ice yang dicintainya sejak form two. Ya dia tahu semua cerita Mike dan Ice.

“Kakak.” Perlahan Intan memanggil Ice.

“Kenapa Intan.” Ice cuba senyum walaupun dia tahu senyuman yang dia lemparkan itu pahit sekali.

Intan mengambil rantai yang tersimpan dalam kotal baldu merah itu sebelum meletakkannya ke tangan Ice. Ice melihat rantai itu, rantai yang ada huruf M dan Z ditengahnya dan luarannya dikelilingi bintang.

“Abang nak hadiahkan ini untuk kakak pagi tadi. Sebab dia nak kakak tahu yang kakak sentiasa dalam hati dia. Lagipun dia cakap kakak suka tengok bintang sebab tu dia design rantai tu macam ni. Abang sangat cintakan kakak.”

Ice tidak dapat menahan tangisannya. Dipeluknya Intan sebelum tangisannya pecah sekali lagi. Ice dan Intan berpelukan sambil menangis. Luke yang melihat kedua duanya pun menitiskan air mata. Sabarlah Ice.

****
Sudah seminggu Mike meninggalkan dunia ini dan seminggu itu jugalah Ice tidak pergi kelas. Sudah puas Luke memujuk tapi Ice hanya pandang endah pujukan Luke. 

Baginya dia dah hilang segalanya.. Hilang Mike hilanglah segalanya. Dia sudah putus harapan.

Luke tidak memarahi Ice. Dia tahu Ice sedih yang amat dengan apa yang terjadi. Bertahun dia menunggu Mike dan baru tiga bulan mereka couple, dan Mike sudah meninggalkan dirinya.

“Zara, makan sedikit, Zara dah berapa hari tak makan hanya minum air je. Tak elok untuk kesihatan.” Ujar Luke kepada Ice sambil mengambil sudu. Bersedia untuk menyuap Ice.

“Tak nak. Zara tak nak.” Keras suara Ice membalas.

“Tolonglah Zara. Zara ingat Zara berperangai macam ni Mike boleh hidup balik ke. Kalau Mike masih ada dia pun tak suka tengok Zara macam ni.” Pujuk Luke

“Zara rindukan dia Luke.” Sayu Ice membalas.

“Tahu. Zara kena pergi kelas. Tunaikan permintaan Mike. Mike nak Zara berjayakan. Kalau Zara sayangkan Mike, sayangkan Luke, tolong makan dan tunaikan permintaan Mike.” Pujuk Luke lagi.

Ice hanya diam. Ya dia tahu itu. Mike nak dia berjaya. ‘Maafkan Zara, Mike. Zara tak dengar cakap Mike. Zara dah kecewakan Mike.’ Ice mengeluh untuk kesekian kalinya. ‘Zara akan dengar cakap Mike dan Luke.’ Ice tekad untuk bangkit dari kesedihannya.

****
Sudah sebulan lebih Ice kembali ke uni. Dia berusaha pergi ke kelas demi menunaikan permintaan Mike. Dalam tempoh itu, semua kawannya memberi dorongan untuknya terutamanya Lee, Mel, Syaz dah Fahrain. Dia bersyukur dikurniakan kawan sebegitu.

Ice membuat keputusan untuk pergi ke School’s Hill. Lama dah dia tidak pergi ke situ, sejak Mike meninggal. Dia sebolehnya tak nak ke situ sebab banyak kenangan dia dan Mike tapi dia amat rindukan Mike. Rindukan kenangan mereka berdua.

Ice duduk dibawah pokok yang menjadi tempat Mike meluahkan rasa cintanya kepada dirinya. Terngiang-ngiang suara Mike menyanyikan lagu call you mine untuknya. Ice memandang bangku yang tidak jauh dari tempatnya. Bangku yang berada dibawah pokok besar. Disitulah dia dan Mike berteduh sewaktu hujan rintis dulu.

Tak dapat dia lupakan waktu itu. Waktu dia dan Mike gembira bersama. Selepas hujan berhenti dulu, pelangi muncul dan Mike menyamakan dirinya dengan pelangi itu. Mike yang sweet, Mike yang cool, yang kelakar amat dirindunya. Ice menangis lagi.

“Jangan menangis Ice.” Ice mendongakkan kepalanya. Muka yang basah dengan air mata dilap dengan tisu.

“Apa yang awak buat dekat sini Lee?”

“Tears don’t suit you as smile works better on your face. Your smile brighten up my days so please smile.” Terbuntang mata Ice. Ayat tu, ayat yang dicoret belakang gambar nya.

Ice memandang Lee. “Awak?”

“Ye, sayalah orang tu. Orang yang tinggalkan gambar dan air minuman untuk awak beberapa bulan yang lepas. I fall in love with you the first time I saw you. Awak menarik perhatian saya.”

“Tapi saya..”

“Saya tahu awak cintakan Mike dan saya tak minta lebih dari awak. Beri saya peluang untuk sentiasa bersama dengan awak masa awak susah dan senang. Saya tak minta awak lupakan Mike saya cuma nak bersama awak. I want to be somebody to you Ice” Potong Lee

Ice mendiamkan dirinya. Gelang yang berada di tangannya dipegang perlahan.

“Saya tak kisah apa perasaan awak terhadap saya. Awak boleh anggap saya kawan dulu sebab saya tahu payah untuk awak lupakan Mike. Saya cintakan awak Ice.” Rayu Lee lagi.

Ice menggelengkan kepalanya. “Maafkan saya Lee. Saya tak dapat terima awak. Bertahun saya mencintai dan menunggu Mike dan tak mudah untuk saya melupakan dia dan kenangan kami. Kalau suatu masa nanti awaklah yang ditakdirkan untuk saya, saya akan terima awak. Tapi sekarang maafkan saya Lee.”

Perlahan Ice menuturkannya. Ice memandang wajah Lee yang mengharapkannya. Hatinya hanya mampu menuturkan kata maaf buat Lee. Ice mengambil barangannya sebelum pergi dari situ.


Maafkan saya Lee tapi saya tak mampu. I believe in fate and let fate do it’s job. Biar takdir yang bawa saya ke awak dan masa itu saya tahu awak lah untuk saya.