Friday, 31 January 2014

Ceritera Di Kuching 2

Perjalanan yang memakan masa 1 jam 45 minit itu amat mengembirakan hati Ariana, Hannah dan Keen. Tercapai impian mereka untuk belajar di Kuching. Tak sabar rasa kaki mereka untuk menjejak Bumi Kenyalang itu. Atuk mereka yang sudah dimaklumkan oleh papa sudah sedia menanti kedatangan mereka.

Dato’ Firdaus dan isterinya Datin Fatihah melambai ke arah cucu-cucunya. Sebaik sahaja tiga beradik itu berada di hadapan mereka, Dato’ Firdaus dan isterinya terus memeluk mereka. Rindu sungguh dia terhadap cucu-cucunya.

“Papa dengan mama kirim salam sayang dan rindu untuk atuk dan nenek. Papa tak dapat hantar kami sebab dia dengan mama perlu pergi Taiwan malam ni.” beritahu Hannah.

“Takpe, atuk faham. Dulu atuk pun macam tu jugak.”

Dulu Dato’ Firdaus hanyalah anak seorang penoreh getah. Akibat kesukaran hidup Dato’ Firdaus telah belajar besungguh-sungguh. Dia amat berharap dapat mengubah nasib keluarganya. Dengan berusaha bersungguh-sungguh akhirnya dia berjaya mempunyai syarikat sendiri.

Namun, Dato’ Firdaus kecewa kerana dia tidak dapat membalas jasa kedua ibu bapanya yang membesarkannya. Ibu bapanya meninggal dunia sewaktu dia belajar di tahun akhir dalam jurusan seni bina.Setelah syarikat yang ditubuhnya stabil barulah dia mencari teman hidupnya iaitu Datin Fatihah, kawan seuniversitinya dulu.

Dato’ Firdaus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pasaran baru bagi meluaskan empayar perniagaannya, empayar ZYX, singkatan bagi Zang Yixing, Nama Zang Yixing itu diambil semperna nama bapanya yang merupakan cina Taiwan. Setelah kematian bapanya, Zang Yixing telah merantau ke Malaysia namun malang tidak berbau apabila dia telah dirompak dan dibelasah. Segala kekayaannya hilang begitu sahaja.

Zang Yixing telah menyara hidupnya dengan menoreh getah sehinggalah dia bertemu jodoh dengan ibu Dato’ Firdaus iaitu Siti Zaharah. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang anak yang diberi nama Firdaus. Dato’ Firdaus terkenangkan betapa susahnya dulu sewaktu ibu bapanya membesarkannya. 

Lamunan Dato’ Firdaus terhenti apabila Keen menarik tangannya. “Kami lapar lah tuk. Jom pergi makan.”

“Okay, nak makan dekat mana. Pizza Hut or KFC?” soal Dato’ Firdaus.

“Riverside. Lama dah rasanya tak makan dekat situ.” Ariana menyuarakan hasratnya.

“Demand betullah cucu nenek ni. Nak makan dekat hotel jugak. Takpelah, korang kan baru sampai. Jom.” Datin Fatihah membalas.

Kata-kata Datin Fatihah membuatkan Ariana, Hannah dan Keen melompat kegembiraan. Pak Aziz, driver atuknya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Sebaik sahaja sampai di Riverside, Dato’ Firdaus dan Datin Fatihah terus masuk sambil berpegangan tangan. 

“Marilah, apa yang korang tunggu lagi?” soal Datin Fatihah.

“Atuk dengan nenek pergi dulu, kejap lagi kami datang. Nak ambil gambar dulu.” Balas Hannah.

“Aziz, apa yang kau tunggu lagi, mari makan sekali.” Ujar Dato’ Firdaus kepada drivernya. Baginya semua orang sama sahaja. Keikhlasan yang membezakan semuanya.

“Takpe ke saya serta sekali Firdaus?” Pak Aziz nyata tidak selesa.

“Takde apalah. Takkan nak tunggu je saya makan. Jom, saya belanja.” Pak Aziz terus mengekori langkah Dato’ Firdaus.

Ariana, Hannah dan Keen sibuk mengambil gambar. Setelah puas barulah mereka masuk ke dalam Riverside. Argh. Lama gila tak makan dekat sini. Detik hati Hannah. Keen dan Ariana yang sibuk berbual sesama mereka terkejut dengan jeritan seorang perempuan.
Masing-masing mengurut dada. Terkejut dengan jeritan yang sebijik macam mak lampir tengah menangis. “Kenapa Hannah?” Ariana pantas menghampiri Hannah.

“Argh, what have you done?” tengking gadis itu kepada Hannah.

“Aku tak sengaja. Aku terlanggar dia dengan lelaki tu. Sebab tu baju dia basah.” beritahu Hannah kepada Ariana.

“Sorry, aku tak nampak tadi?” balas Hannah dengan harapan dapat meredakan perasaan gadis dihadapannya.

“Are you blind?” tengking gadis itu lagi.

“And are you deaf? Dia dah minta maafkan.” Sengit Ariana membalas. Orang dah minta maaf dia mengada-ngada pulak. Aku bagi flying kick karang. Sia-sia je. Maki Ariana dalam hati.

“Dahlah tu Yoo. Dia dah minta maafkan.” Sampuk lelaki itu.

“But sayang baju I ni dah basah sebab dia ni.” Hannah dan Ariana berpandangan sesama sendiri apabila mendengar nada yang dituturkan perempuan itu. Gedik yang amat. Nak termuntah sesiapa yang mendengarnya.

Tak kuasa aku nak melayan minah gedik macam ni. Ariana yang mual dengan perangai gadis itu terus menarik tangan kembarnya dan Keen. “Blah lagi bagus. Kita minta maaf dia pulak nak tunjuk bagus. Takde maknanya adik aku nak tunduk dekat kau.” Bicara Ariana sebelum meninggalkan tempat tersebut dengan adik-adiknya.

“Argh. Siap kau kalau aku jumpa minah tak betul.” Lantang gadis itu bersuara.
Hannah langsung tidak menoleh. Malas nak menghadap wajah gadis gedik tu. Sekali pandang kemain lagi hati Hannah memuji kecantikkan gadis tersebut tapi sebaik sahaja gadis itu bersuara, Hannah menarik kembali pujiannya.

****
Sudah tiga hari Ariana, Hannah dan Keen duduk di Kuching. Hari ni mereka akan masuk ke sekolah baru, Kolej Sri Mentari. Awal pagi lagi tiga beradik itu sudah bersiap sedia untuk masuk ke sekolah baru. Mereka hanya perlu mendaftar sahaja kerana semuanya papa mereka sudah uruskan.

Ariana berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh papanya untuk membawa kereta ke sekolah. Ariana dan Hannah sudah mempunyai license kereta kerana sebaik sahaja mereka sudah genap 17 tahun Tan Sri Haikal terus menyuruh anak-anaknya mengambil license.

Masuk sahaja perkarangan sekolah itu, tiga beradik itu berpandangan sesama sendiri penuh kegaguman. Ariana terus memarkir keretanya di belakang parkir motorsikal.

“Cantiknya sekolah ni.” Hannah bersuara penuh kagum.

“Pandai papa pilih sekolah baru untuk kita.” Sampuk Keen sambil disetujui oleh Hannah dan Ariana.

Ariana, Hannah dan Keen terus melangkah ke pejabat untuk mendaftar. Setelah hampir dua jam duduk dalam bilik pengetua kolej itu, mereka terus dibawa ke kelas baru mereka. Hannah dan Ariana ditempatkan di kelas 5 Emmerald manakala Keen di 3 Emmerald.

Pengetua kolej itu, Cikgu Radzak Yusuf memperkenalkan Ariana dan Hannah kepada guru kelas 5 Emmerald. “Cikgu Alisya, ni transfer student from KL.” Kata pengetua tersebut kepada Cikgu Alisya.

“Okay class, we have a new students today. You two, please introduce yourself.” Arah Cikgu Alisya.

“Err hi, my name is Izz Ariana Binti Haikal but I prefer people call me Ariana. She is my twin.” Ariana mengugurkan pangkal nama Tan Sri di hadapan nama papanya.

“And me Izz Hannah Binti Haikal. Just Hannah.”
Setelah memperkenalkan diri, Ariana dan Hannah diarahkan duduk di sebelah seorang budak perempuan. “You two can sit beside Hani. Hani pun budak baru jugak di sekolah ni. Baru je seminggu, transfer student from Sabah.” Ujar Cikgu Alisya.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung Ariana terus menghulurkan tangannya kepada Hani tanda persahabatan. “Ariana and my sister Hannah. Nice to meet you Hani.” Ariana memecah kesunyian.

Hannah melilaukan pandangannya ke segenap penjuru kelas. Pandangan Hannah bertembung dengan pandangan tajam sekumpulan budak perempuan. Hannah perasan wajah salah seorang daripada budak perempuan itu macam tak puas hati sahaja lagaknya.

Depan  tempat duduk Hannah pula merupakan tempat duduk sekumpulan budak lelaki. Tiga orang kesemuanya. Hannah tidak berhasrat untuk bertegur dengan mereka. Kang tak pasal-pasal dicop gatal. Tak kuasa aku. Hati Hannah berbicara.
Hannah amat sukakan suasana kelas Emmerald kerana mereka tidak perlu duduk berpasangan sebaliknya mereka duduk dalam kumpulan. Setiap kumpulan tiga orang.

“Hani, siapa budak perempuan yang duduk dekat depan tu?” tanya Hannah.

“Yang tengah pandang sini tu Yura Fahiza tapi orang panggil dia Yoo..” jawab Hani.

“Hah. Ikan yu?” Ariana menyampuk. Hannah hanya ketawa.

“Kau ni lawaklah Ariana, bukan ikan yu tapi Yoo. Dikiri dia pulak Shazira and dikanan dia Edrina. Diorang tu couple dengan kumpulan lelaki dekat depan kita.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hani, Hannah memusingkan badannya, ingin melihat ke hadapan.

“Nama? Okay tak?” pantas Ariana menyoal.

“Yang dekat hujung sekali tu Elman, pakwe si Yoo tu. Dekat tepi dia pulak Arif and Shaizan pakwe si Shazira and Edrina. Aku pun tak tahu diorang okay ke tak sebab aku tak pernah bercakap dengan diorang.”


Hannah dan Ariana terus berbual mesra dengan Hani. Melalui itu mereka tahu bahawa Hani merupakan anak tunggal seorang ahli perniagaan terkenal Sabah. Kalau tak macam manalah Hani nak belajar dekat kolej itu kerana kolej itu ialah tempat belajar anak orang kaya. Walaupun anak orang kaya Hani tidak sombong sebaliknya merendah diri. 

Wednesday, 29 January 2014

Ceritera Di Kuching 1

“Wei korang, papa nak jumpa kita dekat ruang tamu.” kata adik bongsu Hannah dan Ariana, Izz Asyikin.

Izz Hannah dan Izz Ariana yang selesa dengan panggilan Hannah dan Ariana lagi bersenang-lenang di atas katil sambil membaca novel yang baru dibeli. Hannah dan Ariana yang merupakan adik-beradik kembar berpandangan sesama sendiri. Kenapa papa nak jumpa kita? Terdetik rasa ingin tahu kenapa papa mereka hendak berjumpa dengan mereka.

“Kenapa?” hampir serentak Hannah dan Ariana bertanya kepada adik bongsu mereka, Izz Asyikin yang lebih senang dipanggil Keen.

“I don’t have any idea. Mungkin pasal kita nak belajar dekat Kuching.” Mendengar jawapan Keen, Ariana dan Hannah terus memecut ke ruang tamu. Masing-masing berdoa agar papa mereka akan bersetuju dengan cadangan mereka.

Sejujurnya, Hannah, Ariana, dan Asyikin amat mengharapkan persetujuan papanya. Walaupun sebelum ini mama mereka tidak setuju tapi sekiranya papa mereka dah bagi green light tiada apa yang mama mereka boleh buat.

Hannah dan adik-beradiknya lebih suka belajar di Kuching berbanding di Kuala Lumpur kerana di sini mereka tidak mempunyai ramai kawan dan pergerakan mereka juga terbatas. Berlainan dengan di Kuching hampir semua tempat sudah dijelajah oleh mereka.

Papa mereka, Tan Sri Haikal, merupakan anak jati Kuching. Begitu juga dengan mama mereka, Puan Sri Azrina. Oleh kerana perniagaan mereka berkembang dengan pesat di Kuala Lumpur maka mereka sekeluarga berhijrah.

“Kenapa nak jumpa kami papa. Nak cakap hal tu ke?” soal Hannah yang tengah menuruni anak tangga.

Tak menyempat-nyempat anak aku ni. Belum duduk depan aku lagi dah ditembaknya aku dengan soalan. “Jemput duduk dulu Izz Hannah, Izz Ariana dan Izz Asyikin.” Tutur Tan Sri Haikal sinis. Masak dengan perangai tak sabar anak perempuannya.

“Papa, please lah setuju. Kami lebih suka belajar dekat Kuching berbanding sini. Please pa, lagi pun atuk dengan nenek kan ada untuk tengokkan kitorang.” Ariana memulakan tugasnya memujuk papanya.

“Astaghfirrullahalazim budak bertuah ni. Boleh tak korang duduk dulu? Kalau macamnilah gayanya, tinggalkan je impian korang untuk belajar di Kuching.” Gertak Tan Sri Haikal.

Mendengar sahaja kata-kata papa mereka, Ariana, Hannah dan Keen terus duduk dengan sopan di hadapan papa mereka. Masing-masing mengunci bicara, takut kata-kata mereka mengundang gertakan papa mereka menjadi kenyataan.

Pandai pun senyap. Baru kena gertak sikit pun dah takut. “Kenapa nak sangat belajar dekat Kuching?” soal Tan Sri Haikal.

“Dekat sini kami tak ramai kawan. Lagipun kami lebih sukakan suasana di Kuching.” Cepat sahaja Hannah menjawap.

“Haah. Ariana sokong tu papa. Kalau belajar dekat Kuching kami boleh belajar berdikari. Papa jangan bimbang, kami boleh duduk rumah atuk ataupun rumah kita sendiri.” Sampuk Ariana.

“Betul tu pa. Keen rasa takde beza pun sama ada belajar dekat Kuching ataupun sini..” kata-kata Keen terus dipotong Tan Sri Haikal.

“Dah tu, buat apa nak belajar dekat Kuching?”

“Bagi Keen habis cakap dulu pa. Keen cakap takde beza sebab papa dengan mama pun bukannya selalu ada dekat rumah. Korang selalu outstation. Kami pulak duduk dengan orang gaji. Kami bosan lah pa. apa salahnya kitorang belajar dekat Kuching.” Pantas Keen mematahkan hujah Tan Sri Haikal.

Hannah mengenyitkan matanya dengan Keen tanda setuju dengan kata-kata adiknya. Ariana yang menyedari akan tingkah laku Hannah hanya tersenyum. Nak ketawa belum tiba masanya lagi.

“Sekiranya papa bagi korang belajar dekat Kuching, korang nak belajar dekat sekolah lama ke sekolah baru?”

“Sekolah baru!” serentak Keen, Ariana dan Hannah membalas. Senyuman muncul di bibir masing-masing. Ada kemungkinan yang papa mereka akan setuju.

“Okay. Papa setuju tapi papa perlu pujuk..” kata-kata Tan Sri Haikal terhenti apabila anak-anak perempuannya menerpa ke arahnya. Gembira dengan persetujuan yang diberikan.

“Thank papa. Papa memang papa yang terbaik.” Ucap Hannah sambil menghadiahkan ciuman pada pipi papanya. Tindakannya menjadi ikutan Ariana dan Keen.

“Tapi papa perlu pujuk mama dulu.” Sambung Tan Sri Haikal.

“Memanglah tapi mama confirm setuju punya sebab papa dah setuju.” Balas Ariana.

“Papa nak minum? Kalau nak Hannah boleh buatkan?” soal Hannah yang terlampau gembira dengan persetujuan papanya.

“Boleh jugak tapi papa nak request cake sekali. Boleh?”

“Anything pa. we’ll make it for you.” Jawap Keen yang terus melangkah ke dapur sambil diiringi kakaknya.

****
Selesai solat Isya, Ariana turun beriringan dengan adik-adiknya ke dapur. Tak sabar nak makan.

“Keen, kau tahu tak mama masak apa?” soal Ariana.

“Ketam masak cili and ayam panggang.”

“Sedap tu. Tak sabar aku nak makan. Lapar gila ni.” Tambah Hannah.

“Mana mama dengan papa Mak Yaa?” soal Ariana kepada pembantu rumah mereka sebaik sahaja mereka sampai di dapur.
Selalunya, papa dan mama sudah sedia menunggu mereka yang sememangnya sentiasa turun lambat. Dan bersedialah mereka untuk menadah telinga mendengar bebelan mama yang macam bom.

“Eh, awal turun hari ni, selalu lambat. Mama dengan papa mungkin lagi sembahyang.” Balas Mak Yaa.

Sebaik sahaja mama dengan papa mereka sudah turun. Ariana dan adik-adiknya terus mencedokkan nasi dalam pinggan orang tuanya. Ambil hatilah katakan. Tan Sri Haikal dan Puan Sri Azrina hanya tersenyum. Masak dengan perangai nakal anak perempuannya.

Walaupun Ariana dan Hannah sudah 17 tahun tetapi perangai mereka masih belum matang. Sama je macam perangai adik mereka, Keen yang baru nak mencecah 15 tahun. Tapi kalau datang perangai brutal mereka hilang terus rupa kebudak-budakan mereka.

“Papa dah cakap dengan mama perihal belajar dekat Kuching tu tapi mama hanya akan setuju sekiranya korang berjanji tinggal dekat rumah atuk setiap hujung minggu. Setuju tak?” Puan Sri Azrina memecah kesunyian.

“Setuju!” serentak Ariana dan adik-adiknya membalas.

“Ni papa nak tanya. Bila korang nak balik Kuching?” soal Tan Sri Haikal.

“Minggu ni jugak. Lagipun kami ingat nak stay dekat rumah atuk lama sikit. Rindu dengan mereka.” Laju Hannah menjawab.

“Nanti papa uruskan.” Balas Tan Sri Haikal pendek.

Akhirnya, setuju jugak papa mereka. Wait for us Kuching. Rindunya dengan suasana di Kuching. Rasa nak terbang je balik Kuching sekarang jugak. Sabar Ariana, tinggal berapa hari je lagi. Bicara hati kecil Ariana.