Wednesday, 29 January 2014

Ceritera Di Kuching 1

“Wei korang, papa nak jumpa kita dekat ruang tamu.” kata adik bongsu Hannah dan Ariana, Izz Asyikin.

Izz Hannah dan Izz Ariana yang selesa dengan panggilan Hannah dan Ariana lagi bersenang-lenang di atas katil sambil membaca novel yang baru dibeli. Hannah dan Ariana yang merupakan adik-beradik kembar berpandangan sesama sendiri. Kenapa papa nak jumpa kita? Terdetik rasa ingin tahu kenapa papa mereka hendak berjumpa dengan mereka.

“Kenapa?” hampir serentak Hannah dan Ariana bertanya kepada adik bongsu mereka, Izz Asyikin yang lebih senang dipanggil Keen.

“I don’t have any idea. Mungkin pasal kita nak belajar dekat Kuching.” Mendengar jawapan Keen, Ariana dan Hannah terus memecut ke ruang tamu. Masing-masing berdoa agar papa mereka akan bersetuju dengan cadangan mereka.

Sejujurnya, Hannah, Ariana, dan Asyikin amat mengharapkan persetujuan papanya. Walaupun sebelum ini mama mereka tidak setuju tapi sekiranya papa mereka dah bagi green light tiada apa yang mama mereka boleh buat.

Hannah dan adik-beradiknya lebih suka belajar di Kuching berbanding di Kuala Lumpur kerana di sini mereka tidak mempunyai ramai kawan dan pergerakan mereka juga terbatas. Berlainan dengan di Kuching hampir semua tempat sudah dijelajah oleh mereka.

Papa mereka, Tan Sri Haikal, merupakan anak jati Kuching. Begitu juga dengan mama mereka, Puan Sri Azrina. Oleh kerana perniagaan mereka berkembang dengan pesat di Kuala Lumpur maka mereka sekeluarga berhijrah.

“Kenapa nak jumpa kami papa. Nak cakap hal tu ke?” soal Hannah yang tengah menuruni anak tangga.

Tak menyempat-nyempat anak aku ni. Belum duduk depan aku lagi dah ditembaknya aku dengan soalan. “Jemput duduk dulu Izz Hannah, Izz Ariana dan Izz Asyikin.” Tutur Tan Sri Haikal sinis. Masak dengan perangai tak sabar anak perempuannya.

“Papa, please lah setuju. Kami lebih suka belajar dekat Kuching berbanding sini. Please pa, lagi pun atuk dengan nenek kan ada untuk tengokkan kitorang.” Ariana memulakan tugasnya memujuk papanya.

“Astaghfirrullahalazim budak bertuah ni. Boleh tak korang duduk dulu? Kalau macamnilah gayanya, tinggalkan je impian korang untuk belajar di Kuching.” Gertak Tan Sri Haikal.

Mendengar sahaja kata-kata papa mereka, Ariana, Hannah dan Keen terus duduk dengan sopan di hadapan papa mereka. Masing-masing mengunci bicara, takut kata-kata mereka mengundang gertakan papa mereka menjadi kenyataan.

Pandai pun senyap. Baru kena gertak sikit pun dah takut. “Kenapa nak sangat belajar dekat Kuching?” soal Tan Sri Haikal.

“Dekat sini kami tak ramai kawan. Lagipun kami lebih sukakan suasana di Kuching.” Cepat sahaja Hannah menjawap.

“Haah. Ariana sokong tu papa. Kalau belajar dekat Kuching kami boleh belajar berdikari. Papa jangan bimbang, kami boleh duduk rumah atuk ataupun rumah kita sendiri.” Sampuk Ariana.

“Betul tu pa. Keen rasa takde beza pun sama ada belajar dekat Kuching ataupun sini..” kata-kata Keen terus dipotong Tan Sri Haikal.

“Dah tu, buat apa nak belajar dekat Kuching?”

“Bagi Keen habis cakap dulu pa. Keen cakap takde beza sebab papa dengan mama pun bukannya selalu ada dekat rumah. Korang selalu outstation. Kami pulak duduk dengan orang gaji. Kami bosan lah pa. apa salahnya kitorang belajar dekat Kuching.” Pantas Keen mematahkan hujah Tan Sri Haikal.

Hannah mengenyitkan matanya dengan Keen tanda setuju dengan kata-kata adiknya. Ariana yang menyedari akan tingkah laku Hannah hanya tersenyum. Nak ketawa belum tiba masanya lagi.

“Sekiranya papa bagi korang belajar dekat Kuching, korang nak belajar dekat sekolah lama ke sekolah baru?”

“Sekolah baru!” serentak Keen, Ariana dan Hannah membalas. Senyuman muncul di bibir masing-masing. Ada kemungkinan yang papa mereka akan setuju.

“Okay. Papa setuju tapi papa perlu pujuk..” kata-kata Tan Sri Haikal terhenti apabila anak-anak perempuannya menerpa ke arahnya. Gembira dengan persetujuan yang diberikan.

“Thank papa. Papa memang papa yang terbaik.” Ucap Hannah sambil menghadiahkan ciuman pada pipi papanya. Tindakannya menjadi ikutan Ariana dan Keen.

“Tapi papa perlu pujuk mama dulu.” Sambung Tan Sri Haikal.

“Memanglah tapi mama confirm setuju punya sebab papa dah setuju.” Balas Ariana.

“Papa nak minum? Kalau nak Hannah boleh buatkan?” soal Hannah yang terlampau gembira dengan persetujuan papanya.

“Boleh jugak tapi papa nak request cake sekali. Boleh?”

“Anything pa. we’ll make it for you.” Jawap Keen yang terus melangkah ke dapur sambil diiringi kakaknya.

****
Selesai solat Isya, Ariana turun beriringan dengan adik-adiknya ke dapur. Tak sabar nak makan.

“Keen, kau tahu tak mama masak apa?” soal Ariana.

“Ketam masak cili and ayam panggang.”

“Sedap tu. Tak sabar aku nak makan. Lapar gila ni.” Tambah Hannah.

“Mana mama dengan papa Mak Yaa?” soal Ariana kepada pembantu rumah mereka sebaik sahaja mereka sampai di dapur.
Selalunya, papa dan mama sudah sedia menunggu mereka yang sememangnya sentiasa turun lambat. Dan bersedialah mereka untuk menadah telinga mendengar bebelan mama yang macam bom.

“Eh, awal turun hari ni, selalu lambat. Mama dengan papa mungkin lagi sembahyang.” Balas Mak Yaa.

Sebaik sahaja mama dengan papa mereka sudah turun. Ariana dan adik-adiknya terus mencedokkan nasi dalam pinggan orang tuanya. Ambil hatilah katakan. Tan Sri Haikal dan Puan Sri Azrina hanya tersenyum. Masak dengan perangai nakal anak perempuannya.

Walaupun Ariana dan Hannah sudah 17 tahun tetapi perangai mereka masih belum matang. Sama je macam perangai adik mereka, Keen yang baru nak mencecah 15 tahun. Tapi kalau datang perangai brutal mereka hilang terus rupa kebudak-budakan mereka.

“Papa dah cakap dengan mama perihal belajar dekat Kuching tu tapi mama hanya akan setuju sekiranya korang berjanji tinggal dekat rumah atuk setiap hujung minggu. Setuju tak?” Puan Sri Azrina memecah kesunyian.

“Setuju!” serentak Ariana dan adik-adiknya membalas.

“Ni papa nak tanya. Bila korang nak balik Kuching?” soal Tan Sri Haikal.

“Minggu ni jugak. Lagipun kami ingat nak stay dekat rumah atuk lama sikit. Rindu dengan mereka.” Laju Hannah menjawab.

“Nanti papa uruskan.” Balas Tan Sri Haikal pendek.

Akhirnya, setuju jugak papa mereka. Wait for us Kuching. Rindunya dengan suasana di Kuching. Rasa nak terbang je balik Kuching sekarang jugak. Sabar Ariana, tinggal berapa hari je lagi. Bicara hati kecil Ariana.



No comments:

Post a Comment