“Aisy, kau tahu tak kelas 5sc1 ada budak baru?” soal
Medina yang nyata kecoh dengan kedatangan budak baru yang sudah mempunyai kelab
peminat.
“Agak-agaklah. Aku baru je datang sekolah hari ni.
Eh, mana yang lain, ada present untuk
korang ni.”
“Biasalah. Lepak dekat kelas 5sc3. Buat ketupat lah
tu.”
Tanpa berlengah, Nora Aisy yang lebih senang dengan
panggilan Aisy segera menapak ke kelas 5sc3 yang terletak bersebelahan dengan
kelasnya sambil diiikuti oleh Medina. Paper bag yang berada di tangannya
dihulurkan ke tangan Medina.
“Woi. Mengumpat je kerja” sapa Aisy sebaik sahaja
masuk dalam kelas 5sc3
“Eh. Dah datang rupanya cik Aisy kita. Ingat nak
sambung cuti sampai sebulan.” Seloroh Shifa bersahaja.
“Memang nak cuti sampai sebulan tapi minggu sains
dan matematik cuma tinggal seminggu je lagi. Lagi pun aku pergi bercuti dua
minggu je kot. Mana ada lama.”
“Tak lama kau cakap, dua minggu tu tak lama? Orang
lain pergi bercuti waktu cuti sekolah yang kau pulak waktu sekolah. Tapi takpe
janji ada present untuk kitorang.”
Sampuk Medina.
Belum sempat Aisy membalas kata-kata Medina
kedengaran loceng berbunyi dengan nyaring menandakan waktu pembelajaran akan
bermula sekejap lagi. Segera Aisy keluar dari kelas 5sc3 dan mula berjalan ke
tempat yang menerima banyak kunjungan dari pelajar. Tak lain tak bukan toilet.
Menjadi kebiasaan bagi Aisy untuk pergi ke toilet sebelum cikgu mula mengajar.
Kaki Aisy berhenti melangkah apabila ikatan tali
kasutnya terlerai. Terbongkok-bongkok Aisy sewaktu ingin mengikat kembali tali kasutnya. Belum
sempat Aisy berdiri, kepalanya sudah mencium kaki koridor. Adoi..malaun mana
pulak yang langgar aku ni. Takde mata ke apa?
“Wei king kong, jangan nak halang jalan boleh tak?”
kata Izwan Hidayat.
King kong dia cakap aku. Terlebih makan asam ke apa
budak ni. Dia tak nampak ke aku tengah ikat tali kasut aku.
“What did you said just now? I can’t hear you.” Hah,
ambik kau. Sekali dengan speaking aku keluar.
“Tak sangka aku kau pekak rupanya King Kong. Aku
cakap jangan halang jalan aku. Tepilah aku nak jalan” tempelak Izwan sebelum
menolak Aisy ke tepi.
Siapa budak tu. Aku tak pernah nampak pun. Siap kau
kalau aku jumpa. Aku siat-siat kulit kau. Walaupun hati Aisy dah memaki budak
itu dengan seenak rasa kakinya tetap melangkah dengan pantas. Dari jauh
kelihatan kelibat Adam Haikal yang baru datang ke sekolah. Serta merta hatinya
kembali menjadi sejuk. Mana taknya kalau si idaman hati dah ada di hadapan
mata.
Aisy yang hendak ke toilet serta merta berhenti dari
berbuat demikian sebaik sahaja melihat Adam Haikal yang lebih senang dengan
panggilan Adam berjalan ke arahnya.
“Lama sangat kau cuti Aisy. Rindu pulak aku dengan
kau. So how Hong Kong? Best tak?” sapa Adam sebaik sahaja berhadapan dengan
Aisy.
Dia rindu aku? Aku pun rindu kau sangat-sangat Adam.
Rasa macam nak terbang je aku balik ke Kuching ni untuk jumpa dengan kau.
Senyuman Aisy semakin melebar apabila mendengar Adam mengungkap kata-kata rindu
kepadanya.
“Biasalah, aku kan suka buat cuti sendiri. Aku pun
rindu dengan semua kawan-kawan aku. Hong Kong best. Kalau ada rezeki aku ingat
nak pergi lagi” balas Aisy yang sememangnya meminati Adam.
“Jom masuk kelas. Kalau lambat sedialah kita kena
hukum. By the way, takde benda ke untuk aku?”
“Mestilah ada. Kau kan istimewa bagi aku.”
“Istimewa?”
“Err. Maksud aku kawan yang istimewa. Semua kawan
aku kan istimewa.” Kalut Aisy menjawap. Macam mana pulak boleh lepas cakap ni.
“Ohh. Ingatkan kau ada feeling dengan aku tadi.”
“Ehh. Mana ada. Kita kan kawan.”
“Kalau ada pun apa salahnya. Kawan tak semestinya
tak boleh bercinta.” Kata-kata Adam membuatkan Aisy berdiri kaku.
“Aku belikan kau t-shirt and abang aku belikan kau
patung panda. Kau kan peminat panda. Tapi aku tak bawak. Petang ni lah aku bagi
kau kat taman.”
“Azri belikan aku patung panda? Wow, cakap kat dia
thank sebab ingatkan aku. Kau nak ajak aku date dekat taman ke?” kata Adam
sambil mengenyitkan matanya kepada Aisy.
Aduh. Apa kena dengan Adam ni. Dari tadi cakap hal
perasaan. Dia tahu ke aku suka kat dia. Parah ni. Macam nak meletup dah jantung
aku ni dengar dia cakap macam tu.
“Kau ni perasanlah Adam.”
Mana ada aku perasan Aisy oi. Aku tahu kau suka
dekat aku. Tapi kau tu yang takut nak confess. Aku pun sukakan engkau lah. Bicara
hati kecil Adam
Perbualan Adam dan Aisy berhenti sebaik sahaja kaki
mereka berdua mencecah lantai kelas 5sc2. Masing-masing bergerak ke arah yang
sama kerana mereka duduk bersebelahan. Tidak jauh dari tempat duduknya, Aisy
melihat kelibat budak yang menggelarnya king kong. Segera tangannya mengapai
Adam.
“Adam, siapa budak yang berdiri dekat pintu 5sc3
tu?”
“Hmm. Izwan Hidayat, kawan baru aku, budak kelas
5sc1. Kenapa? Kau minat dekat dia pulak ke?” berdebar jiwa Adam menanti balasan
Aisy.
“Tolong sikit. Budak tu yang langgar aku dekat
tangga tadi siap panggil aku king kong lagi.”
“King kong? Badan kau tak gemuk pun. Berisi je kot.”
“Mata budak tu ada problem. Biarkan lah. Lepas kelas
kimia ni, kelas BI kan? Escape jom? Aku malas lah nak menghadap muka cikgu
Riana tu.” Kata Aisy kepada Medina dan Shifa yang turut sama dalam perbualan.
“Aku on je.” Balas Adam
“Aku pun sama. Lagi pun aku ada siri Running Man
yang baru. Bolehlah kita pergi bilik tayangan kejap lagi” sampuk Medina sambil
disetujui oleh Shifa.
“Nak tengok macam mana kalau pendrive tak ada….”
Kata-kata Adam terhenti apabila Shifa melempar pendrive ke arahnya.
“Tapi kalau nak pergi, kita kena bawak semua budak
yang terlibat dalam minggu sains.” Tambah Aisy.
Mata Adam laju memandang ke arah Afiq yang sedang
menjawab soalan cikgu kimia. Budak yang master dalam Kimia macam tu lah gaya
nya. Kalau aku ajak Afiq dia nak tak ah? Belum cuba belum tahu? Dia pun mesti
belum siap homework cikgu Riana. Telah Adam.
“Apa susah, kita ajak lah Afiq sekali. Dia pun
terlibat sama dalam minggu sains.” Balas Adam.
Melihat sahaja Afiq berjalan ke arahnya, Adam segera
melambaikan tangannya.
“Kau dah siap homework cikgu Riana?” soal Adam
kepada Afiq.
“Belum. Kau?”
“Pun sama. Aku ingat nak keluar dari kelas BI. Kau
nak join?”
“Erm, sapa lagi yang join?
“Aisy, Medina and Shifa.”
“Kalau Medina ada, aku pasti ikut. Kan sayang”
seloroh Afiq.
“Sapa sayang kau. Blah lah kau.” Tempelak Medina.
Sebaik sahaja mencapai kata sepakat, Aisy terus
menulis nota untuk diberikan kepada ketua kelas, Balqis. Nota untuk
menyelamatkan mereka semua dari didenda. Sebaik sahaja cikgu Kimia keluar, Aisy
dan kawan-kawannya turut sama keluar.
“Adam!!” jerit Izwan.
Sapa pulak yang jerit nama aku ni. Kacau je. “Korang
pergi dulu, kejap lagi aku datang.” Kata Adam kepada Aisy dan yang lain.
“Kau rupanya Izwan. Kenapa?”
“Kau nak pergi mana?” soal Izwan curiga.
“Escape ke bilik tayangan. Kenapa?”
“Aku turut serta boleh?”
“Err. Jom lah.”
* * * *
“Apa yang dia buat kat sini?” soal Aisy kepada Adam apabila
melihat kemunculan Izwan.
“Chill lah. Aku yang ajak dia join kita tadi.”
Nasib baik Adam yang ajak kau. Kalau orang lain yang
ajak, ada kau aku tendang dari bilik tayangan ni nanti. Jangan main-main. Aku
presiden kelab taekwando. Sekali aku bagi menangis kau nanti. Bisik hati kecil
Aisy.
“Hmm. Cikgu Qayyim dah bagi kebenaran untuk kita
guna bilik ini.” Balas Aisy sambil kembali ke tempat duduknya di sebelah
Medina.
Apabila melihat Adam sudah datang, Shifa terus
mencucuk pendrive nya ke dalam laptop yang berada di hadapannya. Sepanjang
waktu itu, Aisy melupakan sengketanya dengan Izwan dengan bergelak tawa dengan
Adam dan kawan-kawannya. Kalau ada Adam disamping Aisy pasti segala kemarahan
Aisy hilang.
Agak-agaknya kalau aku confess dengan Adam dia
terima tak? Argh. Aku tak nak ambil risiko. Biarlah dia jadi kawan aku untuk
selama-lamanya pun aku rela asalkan dia sentiasa di samping aku. Hati Aisy
bertelagah sesama sendiri.
* * * *
“Sorry lambat. Aku ada hal kejap tadi.” Sapa Aisy
kepada Adam yang sedang menunggunya di taman. Taman dimana Adam selalu
bersenam.
“Takpe. Aku baru je habis jogging. Eh sama warnalah
baju kita, biru. Macam berjanji pulak.”
“Kitakan kembar. Nah ni untuk kau. Dari aku dan
Azri.” Paper bag yang berada di tangannya terus dihulurkan ke tangan Adam.
“Kembar? Bukan couple ke?”
“Aku pun suka kalau kita jadi couple.” Perlahan Aisy
membalas.
“Apa kau cakap. Tak dengarlah.”
“Nothing. I didn’t say anything.”
“Err..Aisy, jom ambil gambar berdua. Adik aku
perlukan gambar kita berdua. Kalau kau tak selesa takpelah.”
Ambil gambar sama? Pucuk dicita ulam mendatang.
Mestilah aku nak. Bolehlah aku tatap malam-malam sebelum tidur.
“Okay. Cuma jangan dekat sangatlah. Jarak sikit.”
Senyuman Adam melebar apabila Aisy mahu bergambar
dengannya. Untuk apa pulak adiknya mahu gambar dia dengan Aisy. Bukan adik yang
nak gambar Aisy tapi abangnya yang nak sangat.
Apabila Aisy sudah bersetuju, laju tangan Adam
menyapai handphonenya. Dengan senyuman yang terlebih gula berapa kali jugaklah
Adam mengambil gambarnya dengan Aisy.
“Adam. On Bluetooth. Aku nak semua gambar yang kau
ambil tadi.” Pinta Aisy.
“Kau nak tengok gambar aku hari-harikan. Cakap je
lah.”
“Takde maknanya. Aku hanya suka tengok gambar tu
je.”
Setelah semua gambar sudah tersimpan dalam
handphonenya Aisy terus meminta diri dan bergerak ke arah basikalnya sambil
ditemani Adam.
“Aisy. Birthday kau kan dua hari yang lepas. Nah,
hadiah untuk kau.” Kata Adam sambil menghulur sebuah teddy bear yang sederhana
besar.”
“Thank. Ingat jugak kau rupanya birthday aku.
Comelnya patung ni. Dah lewat ni, aku
balik dulu. Kau pun patut balik Adam.”
“Nak balik lah ni. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Jawab Aisy perlahan.
Sebaik sahaja sampai di rumahnya. Aisy terus
menghenyakkan badannya diatas sofa. Gambarnya dengan Adam terus diset menjadi
wallpaper handphone dan laptopnya. Tersenyum-senyum Aisy semasa menatap gambar
Adam sampaikan abangnya, Azri duduk disebelahnya pun dia tak sedar. Azri
memanjangkan lehernya dan melihat gambar di laptop Aisy. Faham lah dia mengapa
adiknya asyik tersenyum memanjang.
“Dah confess dengan Adam ke?” usik Azri.
“Eh abang. Bila balik” soalan berbalas soalan. Laju
tangan Aisy cuba untuk menutup laptopnya.
“Tak payah tutup, abang dah tengok dah pun. Abang
tanya, dah confess ke belum?”
“Tak berani lah bang. Aisy takut.” Dengan abangnya
Aisy tidak dapat berahsia.
Abangnya sudah sedia maklum dengan perasaannya
terhadap Adam. Azri sama sekali tidak kisah hubungan Aisy dengan Adam kerana dia
sudah lama mengenali Adam. Adam merupakan juniornya dalam kelab bola sepak
bahkan Adam juga merupakan kawan baiknya sendiri.
“Nak takut apa pulak. Adam bukannya makan orang
pun.” Apa lah nak jadi dengan Aisy dan Adam ni. Dua-dua tak berani confess.
“Aisy takut Adam tak suka Aisy lepas tu Adam dah tak
nak kawan dengan Aisy.” Ungkap Aisy sambil memeluk patung beruang pemberian
Adam.
“Comelnya patung. Mana dapat? Ayah bagi ke?”
“Taklah. Ni hadiah Adam untuk birthday Aisy yang dah
lepas tu.”
“See. Adam pasti sukakan Aisy. Kalau tak macam mana
dia ingat birthday Aisy. Siap bagi hadiah lagi.”
“Aisy harap macam tu lah jadinya.”
“Dah sembahyang ke Aisy? Jangan lalai. Jangan sampai
lupakan sembahyang bila dah dapat patung dari Adam.”
“Nak pergi sembahyang lah ni.”
* * * *
Setelah penat belajar. Adam mencapai laptopnya dan
membuka facebook Aisy kerana dia tahu Aisy lebih suka update di facebook
berbanding twitternya. Bibir Adam membuahkan senyuman apabila membaca status
Aisy, ‘I just want you to know, you’re always
in my heart.’
Laju tangannya meninggalkan comment di status Aisy. ‘same goes to me.’ Kalau nak tunggu Aisy
confess berkurun lah jawabnya. Jadi, biar dia je yang mulakan. Dulu dia tidak
pasti perasaan Aisy terhadapnya tapi apabila abang Aisy yang juga merupakan
kawan baiknya memberitahu, dia bertambah yakin akan perasaan Aisy.
Belum sempat dia log out, kelihatan Azri membalas
commentnya. ‘cantik gambar kau dengan Aisy dekat taman tu. Tak nak upload ke?’
‘Gambar tu untuk tatapan sendiri je.’
Adam semakin leka dengan laptopnya sehinggakan buku
yang terbuka di atas meja ditutupnya terus. Kalau topic mengenai Aisy yang
dibuka pasti leka jadinya. Setelah berbalas-balas comment, Adam terus menutup
laptopnya dan kembali menatap wajah Aisy di dalam handphonenya. Berharap Aisy
muncul dalam mimpinya.
* * * *
Sejak akhir-akhir ini, Aisy susah untuk tidur malam
sampaikan dia asyik bangun lewat dan lambat untuk ke sekolah. Begitu juga
dengan hari ni. Nasiblah, hari ini ada PJK jadi tidak perlulah dia bersusah payah
untuk mengiron pakaian sekolahnya.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa Aisy terserempak
dengan Izwan yang baru diiktiraf menjadi musuhnya. Tanpa mempedulikannya, Aisy
terus melangkah.
“Wei king kong” teriak Izwan kepada Aisy.
“Ye beruang. Kau nak apa? Sesedap rasa kau je nak
gelar aku king kong”
Beruang dia panggil aku. Aku handsome bukan main dia
panggil aku beruang. Mata minah ni mesti ada problem. Bisik hati Izwan.
“Memang betul pun. Waktu kau terbonggok-bonggok
dekat tanga haritu sebiji macam king-kong tengah makan.”
“Mata kau tu ada masalah. Dah tak boleh bezakan
manusia dengan king kong.” Balas Aisy sengit.
“Kau ada hati dengan Adam kan?”
“Its none of you business. Just mind your own
business.” Tempelak Aisy bengang sebelum meninggalkan Izwan.
Macam mana pulak malaun tu boleh tahu yang aku suka
Adam. Ahli nujum ke apa Izwan tu. Eh, mana Adam. Tak nampak pun. Takkan tak
datang kot. Semalam kemain suka lagi dia dengan abang comment dekat status.
“Shifa, Adam mana? Tak datang ke?” soal Aisy.
“Dia pergi jumpa cikgu Qayyim. Kenapa?”
“Takde apa. Saja je tanya. Kut kut dia tak datang
sekolah ke.”
Perbualan diantara Shifa dan Aisy terhenti begitu
sahaja apabila cikgu Riana sudah masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja menulis
soalan di white board cikgu Riana terus mengarahkan anak muridnya aku membuat
karangan berdasarkan soalan yang ditulisnya.
Celoteh cikgu Riana terhenti apabila Izwan mengetuk
pintu kelas Aisy.
“Assalammualaikum cikgu. Cikgu Qayyim nak jumpa Nora
Aisy sekarang dekat bilik dia.” Sopan Izwan berkata-kata.
“Waalaikummussalam. Aisy, awak boleh pergi.” Arah
cikgu Riana.
Sebaik sahaja Aisy menutup pintu kelas 5sc2, matanya
terus menentang pandangan Izwan dengan tajam. Kalau ada api mau terbakar Izwan
dibuatnya. Tanpa mempedulikan Izwan, Aisy terus berjalan ke arah bilik cikgu
Qayyim.
“Assalammualaikum” kata Aisy sambil mengetuk pintu
bilik cikgu Qayyim
“Waalaikummussalam. Masuk Aisy. Saya panggil awak ni
sebab nak cari pasangan untuk Adam.” Jawab cikgu Qayyim.
“Pasangan? Pasangan untuk apa?”
“Pasangan untuk pidato di Kolej Seri Cempaka. Awak nak?”
Kalau dengan Adam mestilah nak. Takkan nak tolak
tuah kut. “Nak cikgu.” Pendek balasan Aisy.
Setelah Aisy dan Adam setuju untuk mewakili Kolej
Seri Mentari dalam berpidato di Kolej Seri Cempaka mereka terus dibenarkan
keluar.
“Kau stay back petang ni kan?” tanya Adam.
“Hmm. Ada latihan taekwando.
* * * *
Bukan latihan taekwando dah tamat ke? Dari mana pulak datang bunyi bertumbuk ni.
Bisik hati Aisy yang berdiri berdekatan dengan dewan. Tanpa membuang masa, Aisy
terus masuk ke dalam dewan untuk melihat gerangan yang membuat bunyi tersebut.
Tidak jauh dari tempatnya, Aisy dapat melihat Izwan
a.k.a beruang dipukul oleh 3 orang lelaki. Aisy berasa terpanggil untuk
menolong Izwan apabila melihat Izwan lebih menjurus ke arah bertahan. Sebaik
sahaja sampai dekat mereka, Aisy terus menumbuk mereka.
“Jangan masuk campur Aisy. Biar aku ajar budak ni.”
Kata Fikri.
“Kau bergaduh dalam dewan dan hari ni ada latihan
taekwando. Kalau ada apa-apa yang jadi, aku yang kena bertanggungjawab. Jadi
jangan buat hal dekat sini.” Tegas Aisy.
“Budak rasa bagus ni asyik kacau makwe aku je.
Takkan aku nak biar kan je.”
“Maaflah kalau kata-kata aku menyakitkan hati kau,
tapi semua orang dah maklum dengan perangai Fiqa tu. Pantang nampak lelaki
kacak sikit mulalah nak mengedik.”
“Aku takde kacau makwe kau pun tapi dia yang sibuk
bagi hadiah dengan aku.” Sampuk Izwan sambil menghulurkan hadiah tersebut
kepada Fikri sebelum meninggalkan dewan itu dengan diikuti oleh Aisy.
Aisy yang malas hendak ambil tahu dengan lebih
lanjut terus melangkah tanpa menghiraukan Izwan. Izwan yang berasa terhutang
budi dengan Aisy terus mengejar Aisy tanpa mempedulikan rasa sakit yang mula
menyerang.
“Aisy! Tunggu!” jerit Izwan.
“What do you want?”
“Err, thank sebab tolong aku. Kalau kau takde tak
tahulah apa jadi dekat aku.”
“Ayat cliché. Aku tolong kau sebab aku tahu perangai
Fiqa tu macam mana. Kalau tak aku biarkan je Fikri belasah kau.”
“Macam mana kau tahu?”
“Fiqa memang pantang nampak lelaki kacak sikit
lagipun dia selalu usha Adam dulu, tapi Adam tak layan.”
“Patutlah kau tak suka Fiqa. Rupa-rupanya Fiqa
pernah suka Adam.” Kata-kata Izwan
mengundang jelingan Aisy.
* * * *
Kenapa ku tengok pandangan Izwan terhadap Aisy dah
lain kebelakangan ini. Membimbangkan aku je. Kalau macam ni lah jadinya, aku
kena cepat bertindak. Bicara Adam.
Azri cakap Aisy sukakan aku tapi tak berani nak
meluahkan. Kalau macam tu biar aku je yang luahkan. Sebelum Izwan memulakan
langkah bagus aku dulu yang mula. Nanti tak pasal-pasal Aisy minat dengan Izwan
pulak. Melepas aku nanti. Hati Adam bertelagah sesame sendiri.
“Aisy aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku….”
Kata-kata Adam terhenti apabila Balqis, ketua kelas mereka bersuara.
“Cikgu Asma suruh pergi perpustakaan sekarang
jugak.” Lantang Balqis bersuara.
Sebaik sahaja sampai di perpustakaan Adam terus
melangkah ke arah rak buku fiction. Buku kegemarannya. Diambilnya salah satu daripada buku tersebut
untuk menghilangkan rasa gemuruh yang bertapak dalam dirinya.
“Adam, kau nak cakap apa tadi?” soal Aisy.
“Err..aku.. aku..su..”
“Sejak bila kau jadi gagap ni?”
“Sejak aku suka kau. Je taime.”
“Aku tak belajar bahasa perancis. Aku belajar bahasa
Korea.”
“Kalau macam tu, saranghae Aisy. Aku sukakan engkau
dari form two lagi dan aku jugak tahu kau pun sukakan aku. Kalau aku tak
luahkan sekarang, mungkin orang lain dah potong jalan. Habis belajar nanti aku
pergi pinang kau.” Laju Adam berkata-kata.
Aisy terus berpaling dari Adam dan berjalan
menghampiri Shifa dan Medina yang sedang membaca novel. Sempat Aisy menoleh ke arah Adam sambil
tersenyum manis.
“Je taime, saranghae Adam.”
Medina dan Shifa terus mengangkat kepala mereka
apabila mendengar suara Aisy. Medina dan Shifa berpandangan sesame sendiri
dengan wajah yang bagaikan tertelan buah rambutan.
“Apa cite budak dua ekor tu?” soal Shifa kepada
Medina.
“Takde angin takde ribut, tiba-tiba je mereka berdua
ni.” Balas Medina yang terkejut.
Sememangnya, Shifa, Medina mahupun Afiq sama sekali
tidak tahu mengenai Adam dan Aisy. Yang mereka tahu Adam dan Aisy memang rapat
tapi mereka sama sekali tidak sangka Adam dan Aisy ada perasaan antara satu
sama lain.
“Sejak bila pulak mereka berdua tu sayang?” soal
Afiq kepada Medina.
“Siapa sayang kau hah? Aku pun tak tahu.’
“Eleh. Tak nak mengaku konon. Karang aku pergi dekat
Fiqa ke Shifa ke baru padan muka kau.”
“Pergilah. Lepas tu jangan pernah cakap dengan aku
atau muncul depan aku.” Keras Medina membalas dengan nada yang tinggi sebelum
lari dari Afiq.
“Kau suka sangat usik dia lah Afiq. Pergi pujuk
makwe kau yang lembut hati tu.” Arah Shifa kepada Afiq.
Melihat Afiq sudah mengejar Medina, Shifa terus
pergi ke arah Aisy dan Adam. Shifa amat teruja dengan berita yang baru
didengarinya. Dia sama sekali tidak menduga akan hubungan Adam dan Aisy namun
dia tetap happy bagi pihak kawan-kawannya.
“Tak sangka aku korang ni dalam diam-diam dah buat
cerita. By the way Aisy, macam mana dengan Izwan? Dia masih mengharapkan kau
kan?” bicara Shifa perlahan.
“Kenapa dengan Izwan, Aisy?” soal Adam yang berasa
terganggu dengan bicara Shifa.
“Err. Dia ada jumpa aku and cakap dia suka aku.
Lepas tu dia bagi aku rantai ni.” Balas Aisy yang menundukkan wajahnya.
Rantai yang berada ditangannya di ambil oleh Adam
sebelum menyerahkannya kembali kepada Aisy. Perasaan itu anugerah Allah.
“Nah rantai kau. Tak payah nak tunduk wajah kau, aku
bukannya marah pun. Setiap perasaan yang dirasai manusia tukan anugerah Allah
jadi siapa aku untuk menghalang. Just keep it.”
“Keep what?”
“The necklace. Hargai pemberian orang.”
“Wow. So sweet. Jealous aku dengan korang ni.”
Sampuk Shifa.
“Kalau jealous kau pergilah pikat Izwan. Mana tahu
dia minat dekat kau pulak kalau tahu aku dengan Aisy couple.” Suruh Adam.
“Thank to Azri yang selalu menyokong aku and aku
bersyukur sangat yang Allah berikan aku keberanian. Kalau Izwan bagi kau rantai
aku pulak hadiahkan engkau jam. Jangan tanggal kan tau.” Tambah Adam lagi
sebelum menyerahkan jam tersebut kepada Aisy.
Aisy yang berasa gembira dengan segera membuka jam
di tangannya sebelum menyerahkannya kepada Adam. Jam yang diberi oleh Adam
terus dipakainya.
“Tolong simpan jam aku Adam.” Ujar Aisy.
Shifa hanya mencebikkan bibirnya sebelum lari untuk
mencari Medina dan Afiq. Ditinggalnya Adam dan Aisy. Tidak jauh dari tempatnya
berdiri, Shifa melihat kelibat Izwan. Tak perlu nak melambai kerana Izwan sudah
melambainya dulu.
“Shifa, Adam dan Aisy couple ke?” segera Izwan
menanyakan soalan apabila Shifa berada dihadapanya.
“Aah. Tapi Adam suruh Aisy simpan hadiah yang kau
bagi dekat dia. Aku tak tahanlah dengan jelingan peminat kau Izwan aku pergi
dulu.”
“Diorang yang minat dekat aku bukan aku yang minat
dekat dia orang.” Kata Izwan dengan nada yang bersahaja seraya mengenyitkan
matanya dengan Shifa.
Muka Shifa terasa panas akibat malu dengan perbuatan
Izwan. Shifa yang malu untuk menatap wajah Izwan terus meninggalkan Izwan
sendiri.
Kalau aku tak dapat Aisy, Shifa pun boleh. Comel je
aku tengok dan yang paling penting Shifa juga pandai jaga diri macam Aisy.
Kalau nak kacau Medina ada lebam badan aku nanti dikerja oleh Afiq. Ada nanti
jadi macam kes dekat dewan hari itu. Nasib Aisy ada untuk tolong aku.” Bisik
hati kecil Izwan.
Izwan terus mengejar Shifa untuk lebih mengenali
peribadi dirinya. Izwan sama sekali tidak sanggup sekiranya Shifa diambil oleh
orang lain. Mencintai mahupun dicintai bukanlah satu dosa kerana setiap apa
yang kita rasa itu anugerah Allah.

No comments:
Post a Comment