Saturday, 14 December 2013

Je Taime, Saranghae..

 “Aisy, kau tahu tak kelas 5sc1 ada budak baru?” soal Medina yang nyata kecoh dengan kedatangan budak baru yang sudah mempunyai kelab peminat.

“Agak-agaklah. Aku baru je datang sekolah hari ni. Eh, mana yang lain, ada present untuk korang ni.”

“Biasalah. Lepak dekat kelas 5sc3. Buat ketupat lah tu.”

Tanpa berlengah, Nora Aisy yang lebih senang dengan panggilan Aisy segera menapak ke kelas 5sc3 yang terletak bersebelahan dengan kelasnya sambil diiikuti oleh Medina. Paper bag yang berada di tangannya dihulurkan ke tangan Medina.

“Woi. Mengumpat je kerja” sapa Aisy sebaik sahaja masuk dalam kelas 5sc3

“Eh. Dah datang rupanya cik Aisy kita. Ingat nak sambung cuti sampai sebulan.” Seloroh Shifa bersahaja.

“Memang nak cuti sampai sebulan tapi minggu sains dan matematik cuma tinggal seminggu je lagi. Lagi pun aku pergi bercuti dua minggu je kot. Mana ada lama.”

“Tak lama kau cakap, dua minggu tu tak lama? Orang lain pergi bercuti waktu cuti sekolah yang kau pulak waktu sekolah. Tapi takpe janji ada present untuk kitorang.” 
Sampuk Medina.

Belum sempat Aisy membalas kata-kata Medina kedengaran loceng berbunyi dengan nyaring menandakan waktu pembelajaran akan bermula sekejap lagi. Segera Aisy keluar dari kelas 5sc3 dan mula berjalan ke tempat yang menerima banyak kunjungan dari pelajar. Tak lain tak bukan toilet. Menjadi kebiasaan bagi Aisy untuk pergi ke toilet sebelum cikgu mula mengajar.

Kaki Aisy berhenti melangkah apabila ikatan tali kasutnya terlerai. Terbongkok-bongkok Aisy sewaktu  ingin mengikat kembali tali kasutnya. Belum sempat Aisy berdiri, kepalanya sudah mencium kaki koridor. Adoi..malaun mana pulak yang langgar aku ni. Takde mata ke apa?

“Wei king kong, jangan nak halang jalan boleh tak?” kata Izwan Hidayat.
King kong dia cakap aku. Terlebih makan asam ke apa budak ni. Dia tak nampak ke aku tengah ikat tali kasut aku.

“What did you said just now? I can’t hear you.” Hah, ambik kau. Sekali dengan speaking aku keluar.

“Tak sangka aku kau pekak rupanya King Kong. Aku cakap jangan halang jalan aku. Tepilah aku nak jalan” tempelak Izwan sebelum menolak Aisy ke tepi.

Siapa budak tu. Aku tak pernah nampak pun. Siap kau kalau aku jumpa. Aku siat-siat kulit kau. Walaupun hati Aisy dah memaki budak itu dengan seenak rasa kakinya tetap melangkah dengan pantas. Dari jauh kelihatan kelibat Adam Haikal yang baru datang ke sekolah. Serta merta hatinya kembali menjadi sejuk. Mana taknya kalau si idaman hati dah ada di hadapan mata.

Aisy yang hendak ke toilet serta merta berhenti dari berbuat demikian sebaik sahaja melihat Adam Haikal yang lebih senang dengan panggilan Adam berjalan ke arahnya.

“Lama sangat kau cuti Aisy. Rindu pulak aku dengan kau. So how Hong Kong? Best tak?” sapa Adam sebaik sahaja berhadapan dengan Aisy.

Dia rindu aku? Aku pun rindu kau sangat-sangat Adam. Rasa macam nak terbang je aku balik ke Kuching ni untuk jumpa dengan kau. Senyuman Aisy semakin melebar apabila mendengar Adam mengungkap kata-kata rindu kepadanya.

“Biasalah, aku kan suka buat cuti sendiri. Aku pun rindu dengan semua kawan-kawan aku. Hong Kong best. Kalau ada rezeki aku ingat nak pergi lagi” balas Aisy yang sememangnya meminati Adam.

“Jom masuk kelas. Kalau lambat sedialah kita kena hukum. By the way, takde benda ke untuk aku?”

“Mestilah ada. Kau kan istimewa bagi aku.”

“Istimewa?”

“Err. Maksud aku kawan yang istimewa. Semua kawan aku kan istimewa.” Kalut Aisy menjawap. Macam mana pulak boleh lepas cakap ni.

“Ohh. Ingatkan kau ada feeling dengan aku tadi.”

“Ehh. Mana ada. Kita kan kawan.”

“Kalau ada pun apa salahnya. Kawan tak semestinya tak boleh bercinta.” Kata-kata Adam membuatkan Aisy berdiri kaku.

“Aku belikan kau t-shirt and abang aku belikan kau patung panda. Kau kan peminat panda. Tapi aku tak bawak. Petang ni lah aku bagi kau kat taman.”

“Azri belikan aku patung panda? Wow, cakap kat dia thank sebab ingatkan aku. Kau nak ajak aku date dekat taman ke?” kata Adam sambil mengenyitkan matanya kepada Aisy.

Aduh. Apa kena dengan Adam ni. Dari tadi cakap hal perasaan. Dia tahu ke aku suka kat dia. Parah ni. Macam nak meletup dah jantung aku ni dengar dia cakap macam tu.

“Kau ni perasanlah Adam.”

Mana ada aku perasan Aisy oi. Aku tahu kau suka dekat aku. Tapi kau tu yang takut nak confess. Aku pun sukakan engkau lah. Bicara hati kecil Adam

Perbualan Adam dan Aisy berhenti sebaik sahaja kaki mereka berdua mencecah lantai kelas 5sc2. Masing-masing bergerak ke arah yang sama kerana mereka duduk bersebelahan. Tidak jauh dari tempat duduknya, Aisy melihat kelibat budak yang menggelarnya king kong. Segera tangannya mengapai Adam.

“Adam, siapa budak yang berdiri dekat pintu 5sc3 tu?”

“Hmm. Izwan Hidayat, kawan baru aku, budak kelas 5sc1. Kenapa? Kau minat dekat dia pulak ke?” berdebar jiwa Adam menanti balasan Aisy.

“Tolong sikit. Budak tu yang langgar aku dekat tangga tadi siap panggil aku king kong lagi.”

“King kong? Badan kau tak gemuk pun. Berisi je kot.”

“Mata budak tu ada problem. Biarkan lah. Lepas kelas kimia ni, kelas BI kan? Escape jom? Aku malas lah nak menghadap muka cikgu Riana tu.” Kata Aisy kepada Medina dan Shifa yang turut sama dalam perbualan.

“Aku on je.” Balas Adam

“Aku pun sama. Lagi pun aku ada siri Running Man yang baru. Bolehlah kita pergi bilik tayangan kejap lagi” sampuk Medina sambil disetujui oleh Shifa.

“Nak tengok macam mana kalau pendrive tak ada….” Kata-kata Adam terhenti apabila Shifa melempar pendrive ke arahnya.

“Tapi kalau nak pergi, kita kena bawak semua budak yang terlibat dalam minggu sains.” Tambah Aisy.

Mata Adam laju memandang ke arah Afiq yang sedang menjawab soalan cikgu kimia. Budak yang master dalam Kimia macam tu lah gaya nya. Kalau aku ajak Afiq dia nak tak ah? Belum cuba belum tahu? Dia pun mesti belum siap homework cikgu Riana. Telah Adam.

“Apa susah, kita ajak lah Afiq sekali. Dia pun terlibat sama dalam minggu sains.” Balas Adam.

Melihat sahaja Afiq berjalan ke arahnya, Adam segera melambaikan tangannya.

“Kau dah siap homework cikgu Riana?” soal Adam kepada Afiq.

“Belum. Kau?”

“Pun sama. Aku ingat nak keluar dari kelas BI. Kau nak join?”

“Erm, sapa lagi yang join?

“Aisy, Medina and Shifa.”

“Kalau Medina ada, aku pasti ikut. Kan sayang” seloroh Afiq.

“Sapa sayang kau. Blah lah kau.” Tempelak Medina.

Sebaik sahaja mencapai kata sepakat, Aisy terus menulis nota untuk diberikan kepada ketua kelas, Balqis. Nota untuk menyelamatkan mereka semua dari didenda. Sebaik sahaja cikgu Kimia keluar, Aisy dan kawan-kawannya turut sama keluar.

“Adam!!” jerit Izwan.

Sapa pulak yang jerit nama aku ni. Kacau je. “Korang pergi dulu, kejap lagi aku datang.” Kata Adam kepada Aisy dan yang lain.

“Kau rupanya Izwan. Kenapa?”

“Kau nak pergi mana?” soal Izwan curiga.

“Escape ke bilik tayangan. Kenapa?”

“Aku turut serta boleh?”

“Err. Jom lah.”

*  *  *  *
“Apa yang dia buat kat sini?” soal Aisy kepada Adam apabila melihat kemunculan Izwan.

“Chill lah. Aku yang ajak dia join kita tadi.”

Nasib baik Adam yang ajak kau. Kalau orang lain yang ajak, ada kau aku tendang dari bilik tayangan ni nanti. Jangan main-main. Aku presiden kelab taekwando. Sekali aku bagi menangis kau nanti. Bisik hati kecil Aisy.

“Hmm. Cikgu Qayyim dah bagi kebenaran untuk kita guna bilik ini.” Balas Aisy sambil kembali ke tempat duduknya di sebelah Medina.

Apabila melihat Adam sudah datang, Shifa terus mencucuk pendrive nya ke dalam laptop yang berada di hadapannya. Sepanjang waktu itu, Aisy melupakan sengketanya dengan Izwan dengan bergelak tawa dengan Adam dan kawan-kawannya. Kalau ada Adam disamping Aisy pasti segala kemarahan Aisy hilang.

Agak-agaknya kalau aku confess dengan Adam dia terima tak? Argh. Aku tak nak ambil risiko. Biarlah dia jadi kawan aku untuk selama-lamanya pun aku rela asalkan dia sentiasa di samping aku. Hati Aisy bertelagah sesama sendiri.

*  *  *  *
“Sorry lambat. Aku ada hal kejap tadi.” Sapa Aisy kepada Adam yang sedang menunggunya di taman. Taman dimana Adam selalu bersenam.

“Takpe. Aku baru je habis jogging. Eh sama warnalah baju kita, biru. Macam berjanji pulak.”

“Kitakan kembar. Nah ni untuk kau. Dari aku dan Azri.” Paper bag yang berada di tangannya terus dihulurkan ke tangan Adam.

“Kembar? Bukan couple ke?”

“Aku pun suka kalau kita jadi couple.” Perlahan Aisy membalas.

“Apa kau cakap. Tak dengarlah.”

“Nothing. I didn’t say anything.”

“Err..Aisy, jom ambil gambar berdua. Adik aku perlukan gambar kita berdua. Kalau kau tak selesa takpelah.”

Ambil gambar sama? Pucuk dicita ulam mendatang. Mestilah aku nak. Bolehlah aku tatap malam-malam sebelum tidur.

“Okay. Cuma jangan dekat sangatlah. Jarak sikit.”

Senyuman Adam melebar apabila Aisy mahu bergambar dengannya. Untuk apa pulak adiknya mahu gambar dia dengan Aisy. Bukan adik yang nak gambar Aisy tapi abangnya yang nak sangat.

Apabila Aisy sudah bersetuju, laju tangan Adam menyapai handphonenya. Dengan senyuman yang terlebih gula berapa kali jugaklah Adam mengambil gambarnya dengan Aisy.

“Adam. On Bluetooth. Aku nak semua gambar yang kau ambil tadi.” Pinta Aisy.

“Kau nak tengok gambar aku hari-harikan. Cakap je lah.”

“Takde maknanya. Aku hanya suka tengok gambar tu je.”

Setelah semua gambar sudah tersimpan dalam handphonenya Aisy terus meminta diri dan bergerak ke arah basikalnya sambil ditemani Adam.

“Aisy. Birthday kau kan dua hari yang lepas. Nah, hadiah untuk kau.” Kata Adam sambil menghulur sebuah teddy bear yang sederhana besar.”

“Thank. Ingat jugak kau rupanya birthday aku. Comelnya patung ni. Dah lewat ni, aku 
balik dulu. Kau pun patut balik Adam.”

“Nak balik lah ni. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Jawab Aisy perlahan.

Sebaik sahaja sampai di rumahnya. Aisy terus menghenyakkan badannya diatas sofa. Gambarnya dengan Adam terus diset menjadi wallpaper handphone dan laptopnya. Tersenyum-senyum Aisy semasa menatap gambar Adam sampaikan abangnya, Azri duduk disebelahnya pun dia tak sedar. Azri memanjangkan lehernya dan melihat gambar di laptop Aisy. Faham lah dia mengapa adiknya asyik tersenyum memanjang.

“Dah confess dengan Adam ke?” usik Azri.

“Eh abang. Bila balik” soalan berbalas soalan. Laju tangan Aisy cuba untuk menutup laptopnya.

“Tak payah tutup, abang dah tengok dah pun. Abang tanya, dah confess ke belum?”

“Tak berani lah bang. Aisy takut.” Dengan abangnya Aisy tidak dapat berahsia.

Abangnya sudah sedia maklum dengan perasaannya terhadap Adam. Azri sama sekali tidak kisah hubungan Aisy dengan Adam kerana dia sudah lama mengenali Adam. Adam merupakan juniornya dalam kelab bola sepak bahkan Adam juga merupakan kawan baiknya sendiri.

“Nak takut apa pulak. Adam bukannya makan orang pun.” Apa lah nak jadi dengan Aisy dan Adam ni. Dua-dua tak berani confess.

“Aisy takut Adam tak suka Aisy lepas tu Adam dah tak nak kawan dengan Aisy.” Ungkap Aisy sambil memeluk patung beruang pemberian Adam.

“Comelnya patung. Mana dapat? Ayah bagi ke?”

“Taklah. Ni hadiah Adam untuk birthday Aisy yang dah lepas tu.”

“See. Adam pasti sukakan Aisy. Kalau tak macam mana dia ingat birthday Aisy. Siap bagi hadiah lagi.”

“Aisy harap macam tu lah jadinya.”

“Dah sembahyang ke Aisy? Jangan lalai. Jangan sampai lupakan sembahyang bila dah dapat patung dari Adam.”

“Nak pergi sembahyang lah ni.”

*  *  *  *
Setelah penat belajar. Adam mencapai laptopnya dan membuka facebook Aisy kerana dia tahu Aisy lebih suka update di facebook berbanding twitternya. Bibir Adam membuahkan senyuman apabila membaca status Aisy, ‘I just want you to know, you’re always in my heart.’

Laju tangannya meninggalkan comment di status Aisy. ‘same goes to me.’ Kalau nak tunggu Aisy confess berkurun lah jawabnya. Jadi, biar dia je yang mulakan. Dulu dia tidak pasti perasaan Aisy terhadapnya tapi apabila abang Aisy yang juga merupakan kawan baiknya memberitahu, dia bertambah yakin akan perasaan Aisy.
Belum sempat dia log out, kelihatan Azri membalas commentnya. ‘cantik gambar kau dengan Aisy dekat taman tu. Tak nak upload ke?’

‘Gambar tu untuk tatapan sendiri je.’

Adam semakin leka dengan laptopnya sehinggakan buku yang terbuka di atas meja ditutupnya terus. Kalau topic mengenai Aisy yang dibuka pasti leka jadinya. Setelah berbalas-balas comment, Adam terus menutup laptopnya dan kembali menatap wajah Aisy di dalam handphonenya. Berharap Aisy muncul dalam mimpinya.

*  *  *  *
Sejak akhir-akhir ini, Aisy susah untuk tidur malam sampaikan dia asyik bangun lewat dan lambat untuk ke sekolah. Begitu juga dengan hari ni. Nasiblah, hari ini ada PJK jadi tidak perlulah dia bersusah payah untuk mengiron pakaian sekolahnya.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa Aisy terserempak dengan Izwan yang baru diiktiraf menjadi musuhnya. Tanpa mempedulikannya, Aisy terus melangkah.

“Wei king kong” teriak Izwan kepada Aisy.

“Ye beruang. Kau nak apa? Sesedap rasa kau je nak gelar aku king kong”

Beruang dia panggil aku. Aku handsome bukan main dia panggil aku beruang. Mata minah ni mesti ada problem. Bisik hati Izwan.

“Memang betul pun. Waktu kau terbonggok-bonggok dekat tanga haritu sebiji macam king-kong tengah makan.”

“Mata kau tu ada masalah. Dah tak boleh bezakan manusia dengan king kong.” Balas Aisy sengit.

“Kau ada hati dengan Adam kan?”

“Its none of you business. Just mind your own business.” Tempelak Aisy bengang sebelum meninggalkan Izwan.

Macam mana pulak malaun tu boleh tahu yang aku suka Adam. Ahli nujum ke apa Izwan tu. Eh, mana Adam. Tak nampak pun. Takkan tak datang kot. Semalam kemain suka lagi dia dengan abang comment dekat status.

“Shifa, Adam mana? Tak datang ke?” soal Aisy.

“Dia pergi jumpa cikgu Qayyim. Kenapa?”

“Takde apa. Saja je tanya. Kut kut dia tak datang sekolah ke.”

Perbualan diantara Shifa dan Aisy terhenti begitu sahaja apabila cikgu Riana sudah masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja menulis soalan di white board cikgu Riana terus mengarahkan anak muridnya aku membuat karangan berdasarkan soalan yang ditulisnya.

Celoteh cikgu Riana terhenti apabila Izwan mengetuk pintu kelas Aisy.

“Assalammualaikum cikgu. Cikgu Qayyim nak jumpa Nora Aisy sekarang dekat bilik dia.” Sopan Izwan berkata-kata.

“Waalaikummussalam. Aisy, awak boleh pergi.” Arah cikgu Riana.

Sebaik sahaja Aisy menutup pintu kelas 5sc2, matanya terus menentang pandangan Izwan dengan tajam. Kalau ada api mau terbakar Izwan dibuatnya. Tanpa mempedulikan Izwan, Aisy terus berjalan ke arah bilik cikgu Qayyim.

“Assalammualaikum” kata Aisy sambil mengetuk pintu bilik cikgu Qayyim

“Waalaikummussalam. Masuk Aisy. Saya panggil awak ni sebab nak cari pasangan untuk Adam.” Jawab cikgu Qayyim.

“Pasangan? Pasangan untuk apa?”

“Pasangan untuk pidato  di Kolej Seri Cempaka. Awak nak?”

Kalau dengan Adam mestilah nak. Takkan nak tolak tuah kut. “Nak cikgu.” Pendek balasan Aisy.

Setelah Aisy dan Adam setuju untuk mewakili Kolej Seri Mentari dalam berpidato di Kolej Seri Cempaka mereka terus dibenarkan keluar.

“Kau stay back petang ni kan?” tanya Adam.

“Hmm. Ada latihan taekwando.

*  *  *  *
Bukan latihan taekwando dah tamat ke?  Dari mana pulak datang bunyi bertumbuk ni. Bisik hati Aisy yang berdiri berdekatan dengan dewan. Tanpa membuang masa, Aisy terus masuk ke dalam dewan untuk melihat gerangan yang membuat bunyi tersebut.
Tidak jauh dari tempatnya, Aisy dapat melihat Izwan a.k.a beruang dipukul oleh 3 orang lelaki. Aisy berasa terpanggil untuk menolong Izwan apabila melihat Izwan lebih menjurus ke arah bertahan. Sebaik sahaja sampai dekat mereka, Aisy terus menumbuk mereka.

“Jangan masuk campur Aisy. Biar aku ajar budak ni.” Kata Fikri.

“Kau bergaduh dalam dewan dan hari ni ada latihan taekwando. Kalau ada apa-apa yang jadi, aku yang kena bertanggungjawab. Jadi jangan buat hal dekat sini.” Tegas Aisy.

“Budak rasa bagus ni asyik kacau makwe aku je. Takkan aku nak biar kan je.”

“Maaflah kalau kata-kata aku menyakitkan hati kau, tapi semua orang dah maklum dengan perangai Fiqa tu. Pantang nampak lelaki kacak sikit mulalah nak mengedik.”

“Aku takde kacau makwe kau pun tapi dia yang sibuk bagi hadiah dengan aku.” Sampuk Izwan sambil menghulurkan hadiah tersebut kepada Fikri sebelum meninggalkan dewan itu dengan diikuti oleh Aisy.

Aisy yang malas hendak ambil tahu dengan lebih lanjut terus melangkah tanpa menghiraukan Izwan. Izwan yang berasa terhutang budi dengan Aisy terus mengejar Aisy tanpa mempedulikan rasa sakit yang mula menyerang.

“Aisy! Tunggu!” jerit Izwan.

“What do you want?”

“Err, thank sebab tolong aku. Kalau kau takde tak tahulah apa jadi dekat aku.”

“Ayat cliché. Aku tolong kau sebab aku tahu perangai Fiqa tu macam mana. Kalau tak aku biarkan je Fikri belasah kau.”

“Macam mana kau tahu?”

“Fiqa memang pantang nampak lelaki kacak sikit lagipun dia selalu usha Adam dulu, tapi Adam tak layan.”

“Patutlah kau tak suka Fiqa. Rupa-rupanya Fiqa pernah suka Adam.”  Kata-kata Izwan mengundang jelingan Aisy.

*  *  *  *
Kenapa ku tengok pandangan Izwan terhadap Aisy dah lain kebelakangan ini. Membimbangkan aku je. Kalau macam ni lah jadinya, aku kena cepat bertindak. Bicara Adam.

Azri cakap Aisy sukakan aku tapi tak berani nak meluahkan. Kalau macam tu biar aku je yang luahkan. Sebelum Izwan memulakan langkah bagus aku dulu yang mula. Nanti tak pasal-pasal Aisy minat dengan Izwan pulak. Melepas aku nanti. Hati Adam bertelagah sesame sendiri.

“Aisy aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku….” Kata-kata Adam terhenti apabila Balqis, ketua kelas mereka bersuara.

“Cikgu Asma suruh pergi perpustakaan sekarang jugak.” Lantang Balqis bersuara.

Sebaik sahaja sampai di perpustakaan Adam terus melangkah ke arah rak buku fiction. Buku kegemarannya.  Diambilnya salah satu daripada buku tersebut untuk menghilangkan rasa gemuruh yang bertapak dalam dirinya.

“Adam, kau nak cakap apa tadi?” soal Aisy.

“Err..aku.. aku..su..”

“Sejak bila kau jadi gagap ni?”

“Sejak aku suka kau. Je taime.”

“Aku tak belajar bahasa perancis. Aku belajar bahasa Korea.”

“Kalau macam tu, saranghae Aisy. Aku sukakan engkau dari form two lagi dan aku jugak tahu kau pun sukakan aku. Kalau aku tak luahkan sekarang, mungkin orang lain dah potong jalan. Habis belajar nanti aku pergi pinang kau.” Laju Adam berkata-kata.

Aisy terus berpaling dari Adam dan berjalan menghampiri Shifa dan Medina yang sedang membaca novel.  Sempat Aisy menoleh ke arah Adam sambil tersenyum manis. 

“Je taime, saranghae Adam.”

Medina dan Shifa terus mengangkat kepala mereka apabila mendengar suara Aisy. Medina dan Shifa berpandangan sesame sendiri dengan wajah yang bagaikan tertelan buah rambutan.

“Apa cite budak dua ekor tu?” soal Shifa kepada Medina.

“Takde angin takde ribut, tiba-tiba je mereka berdua ni.” Balas Medina yang terkejut.

Sememangnya, Shifa, Medina mahupun Afiq sama sekali tidak tahu mengenai Adam dan Aisy. Yang mereka tahu Adam dan Aisy memang rapat tapi mereka sama sekali tidak sangka Adam dan Aisy ada perasaan antara satu sama lain.

“Sejak bila pulak mereka berdua tu sayang?” soal Afiq kepada Medina.

“Siapa sayang kau hah? Aku pun tak tahu.’

“Eleh. Tak nak mengaku konon. Karang aku pergi dekat Fiqa ke Shifa ke baru padan muka kau.”

“Pergilah. Lepas tu jangan pernah cakap dengan aku atau muncul depan aku.” Keras Medina membalas dengan nada yang tinggi sebelum lari dari Afiq.

“Kau suka sangat usik dia lah Afiq. Pergi pujuk makwe kau yang lembut hati tu.” Arah Shifa kepada Afiq.

Melihat Afiq sudah mengejar Medina, Shifa terus pergi ke arah Aisy dan Adam. Shifa amat teruja dengan berita yang baru didengarinya. Dia sama sekali tidak menduga akan hubungan Adam dan Aisy namun dia tetap happy bagi pihak kawan-kawannya.

“Tak sangka aku korang ni dalam diam-diam dah buat cerita. By the way Aisy, macam mana dengan Izwan? Dia masih mengharapkan kau kan?” bicara Shifa perlahan.

“Kenapa dengan Izwan, Aisy?” soal Adam yang berasa terganggu dengan bicara Shifa.

“Err. Dia ada jumpa aku and cakap dia suka aku. Lepas tu dia bagi aku rantai ni.” Balas Aisy yang menundukkan wajahnya.

Rantai yang berada ditangannya di ambil oleh Adam sebelum menyerahkannya kembali kepada Aisy. Perasaan itu anugerah Allah.

“Nah rantai kau. Tak payah nak tunduk wajah kau, aku bukannya marah pun. Setiap perasaan yang dirasai manusia tukan anugerah Allah jadi siapa aku untuk menghalang. Just keep it.”

“Keep what?”

“The necklace. Hargai pemberian orang.”

“Wow. So sweet. Jealous aku dengan korang ni.” Sampuk Shifa.

“Kalau jealous kau pergilah pikat Izwan. Mana tahu dia minat dekat kau pulak kalau tahu aku dengan Aisy couple.” Suruh Adam.

“Thank to Azri yang selalu menyokong aku and aku bersyukur sangat yang Allah berikan aku keberanian. Kalau Izwan bagi kau rantai aku pulak hadiahkan engkau jam. Jangan tanggal kan tau.” Tambah Adam lagi sebelum menyerahkan jam tersebut kepada Aisy.

Aisy yang berasa gembira dengan segera membuka jam di tangannya sebelum menyerahkannya kepada Adam. Jam yang diberi oleh Adam terus dipakainya.

“Tolong simpan jam aku Adam.” Ujar Aisy.

Shifa hanya mencebikkan bibirnya sebelum lari untuk mencari Medina dan Afiq. Ditinggalnya Adam dan Aisy. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, Shifa melihat kelibat Izwan. Tak perlu nak melambai kerana Izwan sudah melambainya dulu.

“Shifa, Adam dan Aisy couple ke?” segera Izwan menanyakan soalan apabila Shifa berada dihadapanya.

“Aah. Tapi Adam suruh Aisy simpan hadiah yang kau bagi dekat dia. Aku tak tahanlah dengan jelingan peminat kau Izwan aku pergi dulu.”

“Diorang yang minat dekat aku bukan aku yang minat dekat dia orang.” Kata Izwan dengan nada yang bersahaja seraya mengenyitkan matanya dengan Shifa.

Muka Shifa terasa panas akibat malu dengan perbuatan Izwan. Shifa yang malu untuk menatap wajah Izwan terus meninggalkan Izwan sendiri.

Kalau aku tak dapat Aisy, Shifa pun boleh. Comel je aku tengok dan yang paling penting Shifa juga pandai jaga diri macam Aisy. Kalau nak kacau Medina ada lebam badan aku nanti dikerja oleh Afiq. Ada nanti jadi macam kes dekat dewan hari itu. Nasib Aisy ada untuk tolong aku.” Bisik hati kecil Izwan.


Izwan terus mengejar Shifa untuk lebih mengenali peribadi dirinya. Izwan sama sekali tidak sanggup sekiranya Shifa diambil oleh orang lain. Mencintai mahupun dicintai bukanlah satu dosa kerana setiap apa yang kita rasa itu anugerah Allah.