Perjalanan yang memakan masa 1 jam 45 minit itu amat
mengembirakan hati Ariana, Hannah dan Keen. Tercapai impian mereka untuk
belajar di Kuching. Tak sabar rasa kaki mereka untuk menjejak Bumi Kenyalang
itu. Atuk mereka yang sudah dimaklumkan oleh papa sudah sedia menanti
kedatangan mereka.
Dato’ Firdaus dan isterinya Datin Fatihah melambai
ke arah cucu-cucunya. Sebaik sahaja tiga beradik itu berada di hadapan mereka,
Dato’ Firdaus dan isterinya terus memeluk mereka. Rindu sungguh dia terhadap
cucu-cucunya.
“Papa dengan mama kirim salam sayang dan rindu untuk
atuk dan nenek. Papa tak dapat hantar kami sebab dia dengan mama perlu pergi
Taiwan malam ni.” beritahu Hannah.
“Takpe, atuk faham. Dulu atuk pun macam tu jugak.”
Dulu Dato’ Firdaus hanyalah anak seorang penoreh
getah. Akibat kesukaran hidup Dato’ Firdaus telah belajar besungguh-sungguh.
Dia amat berharap dapat mengubah nasib keluarganya. Dengan berusaha
bersungguh-sungguh akhirnya dia berjaya mempunyai syarikat sendiri.
Namun, Dato’ Firdaus kecewa kerana dia tidak dapat
membalas jasa kedua ibu bapanya yang membesarkannya. Ibu bapanya meninggal
dunia sewaktu dia belajar di tahun akhir dalam jurusan seni bina.Setelah
syarikat yang ditubuhnya stabil barulah dia mencari teman hidupnya iaitu Datin
Fatihah, kawan seuniversitinya dulu.
Dato’ Firdaus berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencari pasaran baru bagi meluaskan empayar perniagaannya, empayar ZYX,
singkatan bagi Zang Yixing, Nama Zang Yixing itu diambil semperna nama bapanya
yang merupakan cina Taiwan. Setelah kematian bapanya, Zang Yixing telah
merantau ke Malaysia namun malang tidak berbau apabila dia telah dirompak dan
dibelasah. Segala kekayaannya hilang begitu sahaja.
Zang Yixing telah menyara hidupnya dengan menoreh
getah sehinggalah dia bertemu jodoh dengan ibu Dato’ Firdaus iaitu Siti
Zaharah. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang anak yang
diberi nama Firdaus. Dato’ Firdaus terkenangkan betapa susahnya dulu sewaktu
ibu bapanya membesarkannya.
Lamunan Dato’ Firdaus terhenti apabila Keen menarik
tangannya. “Kami lapar lah tuk. Jom pergi makan.”
“Okay, nak makan dekat mana. Pizza Hut or KFC?” soal
Dato’ Firdaus.
“Riverside. Lama dah rasanya tak makan dekat situ.”
Ariana menyuarakan hasratnya.
“Demand betullah cucu nenek ni. Nak makan dekat
hotel jugak. Takpelah, korang kan baru sampai. Jom.” Datin Fatihah membalas.
Kata-kata Datin Fatihah membuatkan Ariana, Hannah
dan Keen melompat kegembiraan. Pak Aziz, driver atuknya tersenyum kecil melihat
gelagat mereka. Sebaik sahaja sampai di Riverside, Dato’ Firdaus dan Datin
Fatihah terus masuk sambil berpegangan tangan.
“Marilah, apa yang korang tunggu
lagi?” soal Datin Fatihah.
“Atuk dengan nenek pergi dulu, kejap lagi kami
datang. Nak ambil gambar dulu.” Balas Hannah.
“Aziz, apa yang kau tunggu lagi, mari makan sekali.”
Ujar Dato’ Firdaus kepada drivernya. Baginya semua orang sama sahaja.
Keikhlasan yang membezakan semuanya.
“Takpe ke saya serta sekali Firdaus?” Pak Aziz nyata
tidak selesa.
“Takde apalah. Takkan nak tunggu je saya makan. Jom,
saya belanja.” Pak Aziz terus mengekori langkah Dato’ Firdaus.
Ariana, Hannah dan Keen sibuk mengambil gambar.
Setelah puas barulah mereka masuk ke dalam Riverside. Argh. Lama gila tak makan
dekat sini. Detik hati Hannah. Keen dan Ariana yang sibuk berbual sesama mereka
terkejut dengan jeritan seorang perempuan.
Masing-masing mengurut dada. Terkejut dengan jeritan
yang sebijik macam mak lampir tengah menangis. “Kenapa Hannah?” Ariana pantas
menghampiri Hannah.
“Argh, what have you done?” tengking gadis itu
kepada Hannah.
“Aku tak sengaja. Aku terlanggar dia dengan lelaki
tu. Sebab tu baju dia basah.” beritahu Hannah kepada Ariana.
“Sorry, aku tak nampak tadi?” balas Hannah dengan
harapan dapat meredakan perasaan gadis dihadapannya.
“Are you blind?” tengking gadis itu lagi.
“And are you deaf? Dia dah minta maafkan.” Sengit
Ariana membalas. Orang dah minta maaf dia mengada-ngada pulak. Aku bagi flying
kick karang. Sia-sia je. Maki Ariana dalam hati.
“Dahlah tu Yoo. Dia dah minta maafkan.” Sampuk
lelaki itu.
“But sayang baju I ni dah basah sebab dia ni.”
Hannah dan Ariana berpandangan sesama sendiri apabila mendengar nada yang
dituturkan perempuan itu. Gedik yang amat. Nak termuntah sesiapa yang
mendengarnya.
Tak kuasa aku nak melayan minah gedik macam ni.
Ariana yang mual dengan perangai gadis itu terus menarik tangan kembarnya dan
Keen. “Blah lagi bagus. Kita minta maaf dia pulak nak tunjuk bagus. Takde
maknanya adik aku nak tunduk dekat kau.” Bicara Ariana sebelum meninggalkan
tempat tersebut dengan adik-adiknya.
“Argh. Siap kau kalau aku jumpa minah tak betul.”
Lantang gadis itu bersuara.
Hannah langsung tidak menoleh. Malas nak menghadap
wajah gadis gedik tu. Sekali pandang kemain lagi hati Hannah memuji kecantikkan
gadis tersebut tapi sebaik sahaja gadis itu bersuara, Hannah menarik kembali
pujiannya.
****
Sudah tiga hari Ariana, Hannah dan Keen duduk di
Kuching. Hari ni mereka akan masuk ke sekolah baru, Kolej Sri Mentari. Awal
pagi lagi tiga beradik itu sudah bersiap sedia untuk masuk ke sekolah baru.
Mereka hanya perlu mendaftar sahaja kerana semuanya papa mereka sudah uruskan.
Ariana berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh
papanya untuk membawa kereta ke sekolah. Ariana dan Hannah sudah mempunyai
license kereta kerana sebaik sahaja mereka sudah genap 17 tahun Tan Sri Haikal
terus menyuruh anak-anaknya mengambil license.
Masuk sahaja perkarangan sekolah itu, tiga beradik
itu berpandangan sesama sendiri penuh kegaguman. Ariana terus memarkir
keretanya di belakang parkir motorsikal.
“Cantiknya sekolah ni.” Hannah bersuara penuh kagum.
“Pandai papa pilih sekolah baru untuk kita.” Sampuk
Keen sambil disetujui oleh Hannah dan Ariana.
Ariana, Hannah dan Keen terus melangkah ke pejabat
untuk mendaftar. Setelah hampir dua jam duduk dalam bilik pengetua kolej itu,
mereka terus dibawa ke kelas baru mereka. Hannah dan Ariana ditempatkan di
kelas 5 Emmerald manakala Keen di 3 Emmerald.
Pengetua kolej itu, Cikgu Radzak Yusuf memperkenalkan
Ariana dan Hannah kepada guru kelas 5 Emmerald. “Cikgu Alisya, ni transfer
student from KL.” Kata pengetua tersebut kepada Cikgu Alisya.
“Okay class, we have a new students today. You two,
please introduce yourself.” Arah Cikgu Alisya.
“Err hi, my name is Izz Ariana Binti Haikal but I
prefer people call me Ariana. She is my twin.” Ariana mengugurkan pangkal nama
Tan Sri di hadapan nama papanya.
“And me Izz Hannah Binti Haikal. Just Hannah.”
Setelah memperkenalkan diri, Ariana dan Hannah
diarahkan duduk di sebelah seorang budak perempuan. “You two can sit beside Hani.
Hani pun budak baru jugak di sekolah ni. Baru je seminggu, transfer student
from Sabah.” Ujar Cikgu Alisya.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung Ariana terus
menghulurkan tangannya kepada Hani tanda persahabatan. “Ariana and my sister
Hannah. Nice to meet you Hani.” Ariana memecah kesunyian.
Hannah melilaukan pandangannya ke segenap penjuru
kelas. Pandangan Hannah bertembung dengan pandangan tajam sekumpulan budak
perempuan. Hannah perasan wajah salah seorang daripada budak perempuan itu
macam tak puas hati sahaja lagaknya.
Depan tempat
duduk Hannah pula merupakan tempat duduk sekumpulan budak lelaki. Tiga orang
kesemuanya. Hannah tidak berhasrat untuk bertegur dengan mereka. Kang tak
pasal-pasal dicop gatal. Tak kuasa aku. Hati Hannah berbicara.
Hannah amat sukakan suasana kelas Emmerald kerana
mereka tidak perlu duduk berpasangan sebaliknya mereka duduk dalam kumpulan.
Setiap kumpulan tiga orang.
“Hani, siapa budak perempuan yang duduk dekat depan
tu?” tanya Hannah.
“Yang tengah pandang sini tu Yura Fahiza tapi orang
panggil dia Yoo..” jawab Hani.
“Hah. Ikan yu?” Ariana menyampuk. Hannah hanya
ketawa.
“Kau ni lawaklah Ariana, bukan ikan yu tapi Yoo.
Dikiri dia pulak Shazira and dikanan dia Edrina. Diorang tu couple dengan
kumpulan lelaki dekat depan kita.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hani,
Hannah memusingkan badannya, ingin melihat ke hadapan.
“Nama? Okay tak?” pantas Ariana menyoal.
“Yang dekat hujung sekali tu Elman, pakwe si Yoo tu.
Dekat tepi dia pulak Arif and Shaizan pakwe si Shazira and Edrina. Aku pun tak
tahu diorang okay ke tak sebab aku tak pernah bercakap dengan diorang.”
Hannah dan Ariana terus berbual mesra dengan Hani. Melalui
itu mereka tahu bahawa Hani merupakan anak tunggal seorang ahli perniagaan
terkenal Sabah. Kalau tak macam manalah Hani nak belajar dekat kolej itu kerana
kolej itu ialah tempat belajar anak orang kaya. Walaupun anak orang kaya Hani
tidak sombong sebaliknya merendah diri.
No comments:
Post a Comment