Yoo menelefon Edrina dan Shazira. “Korang, malam ni
tidur rumah aku okay?. Daddy aku outstation and my mom follow him. So tinggal
aku je lah dekat rumah.”
“No hal. Bolehlah kita keluar malam ni kan. Pergi
tengok wayang ataupun bowling.” Edrina setuju dengan cadangan Yoo.
“That’s great. Bolehlah ajak boyfriend kita sekali.”
Shazira membalas.
****
“Arghhh. Boring.” Jerit Hannah.
Alex memandang Hannah geram. Cousin yang muda tiga
tahun tu memang nakal. Bukan setakat nakal tapi ganas mengalahkan anak harimau.
“Apahal kau wei. Tersampuk ke apa?”
“Lagi nak tanya ke? Boring lah ngok.” Alex terus
mencapai sebiji kusyen lalu melemparkannya ke arah Hannah. Sakit hati apabila
Hannah menggelarnya ngok.
“Keluar jom. Pergi tengok wayang.” Hannah
mengutarakan ideanya. Ariana dan Keen terus menganggukkan kepala tanpa
mempedulikan Alex mahupun Rash.
“Gila ke apa. Cuba kau tengok jam sekarang pukul
berapa. Aku rasa otak korang dah tak betul.” Rash nyata tidak bersetuju dengan
Hannah
“Baru pukul sepuluh. Awal lagilah. Jomlah keluar,
kalau tak kita putus saudara.” Keen mengugut.
Setelah dirayu oleh Ariana, Hannah dan Keen,
akhirnya Rash dan Alex bersetuju. Sukar untuk mereka menolak rayuan cousin
mereka yang perangainya macam anak jantan. Tak pasal-pasal ruang tamu tu bertukar jadi wrestling arena pulak nanti.
“Err Alex, kita guna kereta kau lah. Kereta kami
takde minyak.” Ariana bersuara.
“Kami datang dari Singapore Ariana sayang mana ada
kereta. Kami datang tadi pun guna taxi.” Alex tersenyum melihat gelagat cousinnya.
“Aha. Pinjam kereta atuk. Abang Rash pinjamlah
kereta atuk.” Arah Keen. Mulanya Rash mengelak tapi setelah didesak akhirnya
dia setuju.
Macam-macam soalan ditanya oleh atuk dan nenek
sebelum membenarkan cucu-cucunya menggunakan kereta. Sakit jiwa Rash menjawab
soalan Datin Fatihah. “Jom, sapa lambat tinggal.” Alex mengugut.
Ariana, Hannah dan Keen terus berlari ke bilik
masing-masing untuk mengambil tudung dan bag duit. Tak sampai seminit mereka
sudah berdiri di hadapan Rash dan Alex.Mana tak cepat kalau Hannah, Ariana dan
Keen hanya memakai tudung tanpa menukar tracksuit dan baju lengan panjang yang
dipakai oleh mereka.
“Jom” ujar Hannah sambil tersengih. Alex hanya
memandang tanpa mengungkap sepatah kata pun.
****
“Tu ada parking abang Alex.” Keen memberitahu.
“Sejuk hati aku dengar Keen bahasakan aku dengan
Rash abang. Pandai Keen ni berbahasa bukan macam kakak dia tu.” Bersahaja Alex
berkata. Tiba-tiba Alex mengaduh kesakitan apabila kepalanya diketuk oleh
Hannah.
“Aku tua dari kau lah Hannah.” Jerit Alex.
“Whatever. Tiga tahun je kot.” Ariana menjawab bagi
pihak Hannah.
Rash dan Keen yang malas nak ambil peduli terus
keluar. Sebaik sahaja Hannah membuka pintu kereta masing-masing terpaku. Kereta
di sebelah kereta mereka adalah kereta Shazira dan rakan-rakannya.
Shazira
memandang Ariana dan Hannah dari atas ke bawah. Tersungging senyuman kecil di
bibirnya. Geli hati dengan pakaian mereka mungkin.
Yoo yang melihat gelagat Shazira terus mara ke
depan. Handsomenya. Hati Yoo memuji ketampanan yang dimiliki oleh Rash dan
Alex. Elman yang berdiri tidak jauh darinya langsung tidak dilihatnya. Yang
berada di matanya sekarang ialah dua orang lelaki handsome yang bersama dengan
Ariana dan Hannah.
“Apa yang kau tercegat lagi ni Hannah. Kau dah apply
nak jadi patung cendana pulak ke? Tadi cakap nak tengok wayang. Jom.” Alex
menarik tangan Hannah. Rash turut berbuat demikian terhadap Ariana apabila
melihat pandangan mata Ariana berbeza sewaktu melihat kumpulan remaja tersebut.
Ariana, Hannah dan Keen hanya mengikut langkah Alex dan Rash
“Siapa tu Ariana?” tanya Rash.
“Classmate aku yang psiko. Apa yang diorang buat
dekat sini entah? Buat semak mata je. Sakit mata aku tengok kumpulan diorang
tu.” Ariana menjawab sambil kaki mereka melangkah masuk ke dalam lift.
Belum sempat lift itu tertutup sepenuhnya kedengaran
jeritan seorang perempuan.
“Wait!” Alex terus membuka semula pintu lift itu.
Jelas kedengaran di telinganya Ariana dan Hannah merungut.
Masing-masing mendiamkan diri terutamanya Ariana dan
Hannah. Mereka berdua masih bengang dengan insiden di canteen hari tu. Kalau
mereka je yang ada dekat situ memang lunyai Yoo dan kawannya kena belasah.
Ada jugak yang aku cucuk mata tu karang. Asyik nak
menjeling orang je kerja dia. Gumam Ariana perlahan.
“Aku ingatkan baik sangat
tapi tak sangka boleh pulak keluar dengan lelaki waktu malam macam ni kan
Hannah. Betul tak Shaz?” Sinis Yoo bersuara.
“Betul cakap kau Yoo. Kemain lagi pakai tudung
labuh. Aku ingatkan alim sangat rupa-rupanya…” Shazira membiarkan ayatnya
tergantung sambil matanya melirik ke arah kembar yang dibencinya.
“Tak payah nak sindir kami. Kalau tak puas hati,
cakap depan-depan. Tak payah nak berselindung dengan orang lain. coward” sengit
Hannah membalas.
Apahal lambat sangat lift ni. Desis Rash perlahan.
Apabila menyedari sesuatu Rash terus memberitahu Alex. “Aku rasa lift ni stuck”
“Betul kata kau Rash. Dari tadi lagi macam ni. Lift
ni memang stuck.” Semua mata tertumpu ke arah Alex.
“Memanglah stuck kalau ada anak badak dalam ni.”
Selamba sahaja Edrina menuturkan kata. Kata-katanya membuatkan, Shaizan dan
Arif ketawa. Yoo senang dengan keadaan itu. Senang hatinya apabila melihat
Hannah dan Ariana dimalukan depan lelaki handsome yang mencuri perhatiannya.
Ariana yang baru hendak bersuara berhenti berbuat
demikian apabila Alex menggelengkan kepalanya. Telefon Alex bebunyi nyaring.
Sebaik sahaja melihat nama pemanggilnya, Alex bertindak memasingkan
handphonenya kepada Rash. Rash pulak pasing ke Hannah sampai lah ke Keen.
Masing-masing tidak mahu menjawab sehinggalah deringan itu berhenti.
Telefon Rash pulak yang berbunyi. Seperti tadi
apabila melihat nama pemanggil Rash terus memberi handphonenya kepada Ariana.
Yoo dan kawannya yang terganggu dengan bunyi tersebut memberi jelingan maut
pada Ariana. Akibat kalut, handphone tersebut jatuh tepat di kaki Yoo.
“Oh my god.” Yoo bersuara penuh kagum sewaktu
mengambil handphone tersebut.
“Your phone.” Yoo bersuara dengan nada yang minta pelempang
sambil memberi handphone tersebut kepada Alex.
“Thanks” balas Alex bersama senyuman.
Kali ini handphone Ariana pulak yang berbunyi.
Nampak gayanya pemanggil tersebut masih belum berputus asa menghubungi mereka.
Samsung Galaxy Note 3 dikeluar sebelum dia menjawab panggilan tersebut.
“Waalaikummussalam. Kami masih dekat mall ni nek.
Kami takkan balik akhir punya. Promise. Err.. bye.”
Setelah hampir 20 minit stuck dalam lift akhirnya,
lift itu kembali berjalan. Ariana dan Hannah menarik nafas lega. Lega sebab tak
perlu menghadap wajah Yoo dan kawannya yang menyakitkan hati. Sebaik sahaja
keluar, Hannah terus menarik tangan
Alex. Bengang dengan tindakan Alex yang senyum dengan Yoo.
Yoo yang melihat tangan Alex ditarik oleh Hannah
menyumpah dalam diam. Sakit hatinya dengan Hannah dan Ariana semakin
menjadi-jadi. Macam mana pulak mereka boleh berkenalan dengan lelaki handsome
macam tu. Bukan setakat handsome, dari rupanya sahaja Yoo tahu lelaki kaya. Bermacam
persoalan bermain di minda Yoo.
Bagi Yoo, lelaki macam Alex dan Rash layak
bergandingan dengannya bukan dengan anak badak macam Hannah dan Ariana. Sebaik
sahaja mereka pergi, Yoo kembali memeluk tangan Elman. Elman hanya membiarkan
sahaja. “Kenapa aku rasa aku pernah jumpa Hannah dan Ariana hah?” Hati Elman
mula berbicara.
****
Selepas wayang tamat, Hannah menarik tangan Alex ke
Mc.Donald. kalau keluar dengan Hannah tak sah kalau tak makan. Masuk sahaja
Mc.Donald suhu kemarahan Hannah dan Ariana kembali melonjak naik.
“Aku
hairanlah, The Spring ni besar tapi kenapa kita asyik terserempak dengan langau
je. Bosanlah.” Hannah bersuara dengan bengang.
Perasaan Hannah semakin membara apabila Rash
mengambil meja di sebelah meja Yoo dan rakan-rakannya apabila meja lain sudah
penuh dengan pelanggan. Keen memecah kesunyian apabila melihat kakaknya bungkam
tanpa sebarang kata. “Abang Rash, kenapa bercuti dekat Kuching? Selalunya
melancong dengan abang Alex.”
“Saja je. Rindu dengan atuk dan nenek. Lagipun kami
dah lama tak balik Kuching.” Rash menjelaskan.
“The next holiday nanti kami nak rancang pergi Hong
Kong pulak. Nak jumpa dengan giant panda.” Alex menambah.
Ariana yang sedari tadi diam menghulurkan
handphonenya kepada Alex. Sengaja menayangkan gambarnya, Hannah dan Keen di
Hong Kong. Hannah senyum dengan gelagat
Ariana yang bangga menunjukkan gambar mereka kepada Rash dan Alex.
“Bila korang pergi Hong Kong, aku tak tahu pun.”
Alex dan Rash nyata tidak berpuas hati.
“Memanglah, Ni waktu awal tahun. Lagipun waktu tu
korang dekat Ausi.” Hannah tersengih.
Pada saat itu Hannah sama sekali tidak menyedari
akan pandangan Elman terhadapnya. Mereka terus berbual tanpa mengendahkan
pandangan Yoo. Telinga Yoo pulak sibuk mencuri dengar perbualan Ariana dan
rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment