Monday, 17 February 2014

Ceritera Di Kuching 5

Hari Isnin tiba lagi dan Ariana serta adik-adiknya sudah pun berada di sekolah. Tapi pergerakan mereka amat lambat. Maklumlah, semua pelajar ada Monday Blues. Masuk je makmal, cikgu Alisya sudah pun berada di tempat duduknya. Cikgu Alisya memandang mereka sekilas sebelum bersuara.

“Hari ni kita akan bedah tikus. Sebelum tu, cikgu nak bagitahu setiap kumpulan 6 orang and cikgu dah tentukan kumpulan korang. Cepat sikit kita bedah tikus ni.” Cikgu Alisya bersuara dengan penuh semangat. Teruja untuk membedah tikus mungkin.

“Teacher, its not fair.” Edrina bengang dengan tindakan cikgunya yang dianggap tidak adil.

“Cikgu dah pilih Edrina. Group pertama ialah Ariana, Hannah, Hani, Shaizan, Elman dan Arif. Group kedua pulak Yura Shazira, Edrina, Mary, Xiou Ma and Allan. Masuk dalam kumpulan sekarang!”

Apabila mendengar kata-kata Cikgu Alisya, Elman, Shaizan dan Arif terus memusingkan badan mereka untuk menghadap kumpulan Hannah. “Why must diorang ni. Aku lebih rela group dengan Mary dan yang lain lah.” Bisik Ariana ke telinga Hannah. Hannah hanya mendiamkan diri sahaja.

“So, before kita bedah tikus ni, siapa yang tahu tikus ada berapa lapisan?” cikgu Alisya mengemukakan soalan.

“Me.. fur and skin.” Yoo bangga dengan jawapannya.

“Kurang tepat.” Jawapan cikgu Alisya membuatkan Hani, Ariana dan Hannah ketawa terbahak-bahak. Sengaja bikin panas.

“The answer is fur, skin and fat layer” penuh yakin Ariana menjawab. Dia memang sukakan subject Biology berbeza dengan Hannah yang lebih sukakan Kimia

“Don’t act like you’re brilliant enough Yura Fahiza.” Hannah menyindir.

Serentak dengan itu wajah Yoo bertukar merah padam. Bengang dengan tindakan kembar itu yang menyindirnya secara terang-terangan. Belum ada lagi sesiapa yang berani mengata Yoo secara berdepan.

Tanpa mempedulikan pandangan lelaki di hadapan mereka, Hannah dan Ariana masih sibuk mengetawakan Yoo. Geli hati melihat wajah Yoo yang malu.

Apabila ketawa mereka reda, masing-masing sibuk dengan tugas sendiri. Setiap kumpulan diberi dua ekor tikus manakala tikus selebihnya disimpan oleh cikgu Alisya untuk kegunaan kelas lain.

Dari tadi Elman sibuk merenung wajah Hannah. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia sememangnya mengenali Hannah dan Ariana.

“Err..Hannah, passkan pisau tu.” Elman cuba berbual dengan Hannah. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

“Ya Allah. Handsomenya ciptaan Tuhan.” Hannah terpegun dengan ketampanan Elman.

“Hah? Apa?”

“Eh tak. Tikus ni handsome. Rasa nak peluk je.” Kalut Hannah membalas. Terlepas pulak pujian untuk Elman.

“Hahahaha. Bergurau pulak.” Ketawa Elman mengundang jelingan Yoo terhadap Hannah. Dia sebenarnya takut Elman akan berpaling pada Hannah.

“Dah tak payah nak bercengkerama. Bila nak start bedah tikus ni?” Shaizan mengusik. Usikannya mengakibatkan kepalanya diketuk oleh Elman.

Hannah sedaya upaya memastikan wajahnya kekal bersahaja. Ariana yang perasan perubahan wajah Hannah tersenyum. Faham dengan riak yang ditunjukkan Hannah. Hati tengah berbungalah tu. Ada pulak cakap tikus handsome tak logic betul Hannah ni.

Apabila melihat Cikgu Alisya keluar dari makmal, Yoo terus pergi ke meja kumpulan Ariana. Berani dia kacau Elman aku. Takde siapa pun boleh kacau Elman aku. Tak guna punya kembar. Lepas ni tahulah nasib korang. Desis Yoo perlahan.

“Cikgu suruh bedah tikus bukannya menggatal dengan boyfriend aku.” Tengking Yoo. Semua mata memandang ke arah mereka. Drama queen betul Yoo ni.

“Wei psiko. Mata kau ada problem ke? Diorang bedah tikus okay.” Ariana menyampuk. Pantang baginya melihat adiknya ditengking sesuka hati.

Yoo menjeling tajam wajah Ariana. Kalau ada api dah lama Ariana terbakar dek tajamnya pandangan mata Yoo. Yoo menapak perlahan-lahan ke arah Ariana. Tangannya terus menunjal kepala Ariana. Suhu kemarahan Ariana kembali melonjak. Semenjak balik Kuching, suhu kemarahan Ariana dan Hannah sentiasa melonjak naik.

“Aku declare war dengan korang, Izz Hannah Haikal, Izz Ariana Haikal dan Kyra Hani Dato’ Fikri.”

“Tak payah nak sebut nama penuh kami. Kami tahu nama kami cantik bukan macam kau ikan yu.” Hani bersuara sekaligus membuatkan Hannah dan Ariana terpaku. Belum pernah mereka mendengar Hani menjawab kata-kata Yoo.

Kata-kata Hani membuatkan, semua yang berada dalam makmal itu ketawa. Elman tidak terkecuali. Diantara mereka, Hannah dan Ariana lah yang paling kuat ketawa.

Nasib hari ni pakai baju sukan senang sikit kalau nak bergaduh. Hannah menendang kaki Yoo. Yoo hilang keseimbangan lantas jatuh terjelopok di atas lantai. Hannah dan Ariana bantai gelak.

“Kau tak penat ke Yoo. Sekali kau kacau kami berkali-kali kami akan balas. Cara halus atau kasar, kau pilih je.” Hannah tersenyum sinis ke arah Yoo.

Yoo bangkit perlahan-lahan. Mukanya merah padam menahan malu dan marah. “Hal ni takkan berhenti dekat sini. Aku takkan menyerah kalah dengan korang. Yura Fahiza Imran Asyrah takkan pernah kalah. Bare it in your mind.” Yoo pantas berlalu.

Sebaik sahaja cikgu Alisya masuk, semua berpura-pura menumpu perhatian dengan tikus. Apabila cikgu Alisya selesai membedah tikus, kumpulan Elman dan kumpulan Yoo pulak mula membedah. Masing-masing sibuk meneliti organ-organ dalaman tikus.

****

“Arghhh!!” jeritan Hannah membuatkan pelajar yang berada di loker milik masing-masing terkejut. Yoo, Edrina dan Shazira yang berada tidak jauh dari loker ketawa terbahak-bahak. Seronok kerana dapat menakut-nakutkan Hannah.

Ariana berkejaran mendapatkan adiknya. Risau hatinya apabila mendengar jeritan Hannah. Kalau Yoo dan gengnya yang punya angkara siaplah. “Kenapa?” soal Ariana kepada Hannah.

Hannah tidak menjawab sebaliknya menunduk untuk melihat benda yang terjatuh di kakinya. Dia sama sekali tidak tahu apa yang jatuh dikakinya. “Lah bangkai tikus rupanya. Buang masa aku je menjerit. Aku ingatkan apa tadi.” Hannah menggumam perlahan.

“Hahahaha. Lawaklah kau Hannah. Dengan bangkai tikus pun takut ke?” Ariana mengusik kembarnya.

“Bukan takut. Aku just terkejut je. Ingatkan apalah yang jatuh dekat kaki aku rupa-rupanya bangkai tikus. Buang karan je aku menjerit.”

“Marah ke?”

“Maunya aku tak marah. Kalau aku tahu siapa yang punya angkara siaplah.” Hannah ternyata bengang dengan perbuatan orang yang mengenakannya.

“Nak balas tak? Takde orang lain yang nak prank kita melainkan geng mak lampir tu.” Mata Ariana bersinar menanti balasan Hannah.

“Mestilah nak. Macam mana?”

“Diorang gunakan bangkai tikus tapi kita nak guna apa?”

“Tikus hiduplah. Kita curi tikus dekat makmal tiga ekor lepas tu kita letak dalam loker diorang.” Kalau idea untuk mengenakan orang bagi je dengan Hannah dan Ariana yang nakal mengalahkan anak jin confirm bernas idea yang diberikan.

“Bagus. Nanti kita tangkap gambar diorang. Kalau berjaya kita sebar gambar diorang satu sekolah.” Hannah nyata bersetuju dengan cadangan Ariana.

“Okay, aku spot Yoo. Kau dengan Hani spot Edrina dengan Shazira. Amacam?”

“On.” Mata Ariana dan Hannah bersinar teruja dengan plan mereka sendiri.

Ariana dan Hannah beriringan ke canteen. Mereka sudah membuang sepuluh minit dari masa rehat mereka. Masing-masing sibuk berkejaran ke arah Hani yang sedang memesan makanan. Kalau pasal makan laju je kembar ni.

“Kak, nak mee rebus 3 mangkuk, 3 biji burger, 3 teh ais and 3 chicken wing.” Ariana pantas memesan makanan. Hannah dan Keen pulak sibuk dengan handphone masing-masing.

Itulah sebab mereka suka Kolej Sri Mentari kerana mereka boleh menggunakan handphone mereka selagi bukan sesi pembelajaran.

“Banyaknya kau order?” Hani bertanya kepada Ariana.

“Lapar. Lagi pun aku order untuk Hannah dan Keen sekali.”

Sebaik sahaja makanan mereka siap dimasak, mereka terus duduk di meja yang dekat dengan tempat mencuci tangan. Hannah menadah tangan untuk membaca doa. Memang gilirannya untuk membaca doa.

“Say cheese.” Keen mengambil gambar Hannah, Ariana dan Hani untuk diupload di instagram miliknya. Edrina yang memandang ke arah mereka membuat muka meluat.

No comments:

Post a Comment