Monday, 31 March 2014

Hijiri VS Chua Ken

Evening already,

Terasa macam nak buat cerpen yang melibatkan action tapi cerpen tu dah bertukar jadi apa ntah. hard for me to describe the cerpen. so, i'm just going to post the cerpen here and here it is. *sigh*

Rania melangkah dengan selamba walaupun dirinya sedang diekori. Melalui handphone ciptaannya dia dapat melihat tiga orang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang mengekorinya sambil tangan mereka memegang sepucuk pistol. Pada pandangan kasar sekiranya berlaku apa-apa pastilah Rania tidak dapat melawan ditambah lagi apabila berada di lorong yang sunyi dengan hari yang mula menginjak ke malam. Tapi itulah Rania, perempuan misteri yang tidak takutkan apa-apa.

Tanpa sebarang amaran, Rania diserang dari belakang. Menyedari hal tersebut, Rania terus melompat tinggi dan menendang belakang lelaki tersebut. Bunyi picu pistol yang ditarik menyebabkan Rania meniarapkan badannya di atas jalan raya. Bergema lorong itu dengan bunyi tembakan. Rania memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya dan mengeluarkan sepucuk pistol yang sering ada dengannya. Tanpa sebarang amaran, laras pistol Taurus Model 82 dihalakan ke arah salah seorang dari mereka dan tanpa teragak-agak terus sedas tembakan dilepaskan. Tepat mengenai sasaran. Dua orang lagi yang tinggal.

“Siapa yang hantar korang? Baik korang cakap atau pun korang mangsa seterusnya.” lantang Rania bersuara.

“Carl Chua. Dia mahu kau mati. Kau tak lupakan siapa Chua?”

Carl Chua? Mark Chua? Diorang related ke. Ke Carl Chua tu abang kepada Mark Chua?. Mana mungkin dia lupa siapa Mark Chua, lelaki yang mati ditangannya. Lelaki yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya demi mendapatkan kuasa.

“Abang kepada Mark Chua yang mati tu ke?” ucap Rania bersama senyuman sinisnya.

“Ye dan kau takkan terlepas. Kau hanya selamat disebabkan umur kau yang baru 17 tu. Tapi Carl Chua akan pastikan yang kau mati tak lama lagi. Enjoy your life while you still can Rania Hijiri Abdullah.” Kata salah seorang dari mereka sebelum hilang dari pandangan.

Tak boleh jadi ni. Aku kena siasat siapa Carl Chua yang sebenarnya. Cara dia berdepan dengan lawan. Kehebatannya dan kekuatannya. Berapa jenis seni mempertahankan diri yang dia tahu dan keluarganya. Handphone dikeluarkan sejurus pistolnya disimpan kembali. Nombor seseorang segera didail dan Rania menunggu dengan penuh sabar. Dah masak dengan perangai orang yang dihubunginya. Apabila talian sudah disambung, segera Rania menyampaikan hasratnya.

“Haikal, aku nak kau siasat siapa Carl Chua. Aku nak semua maklumat mengenai dia dalam tempoh dua jam. Bayaran macam biasa.”

“Okay. Ada point penting tak tentang dia Hannah?”

“Dia abang Mark Chua. Tu je yang aku tahu.” Kata Rania sebelum mematikan talian.

Dalam tempoh dua jam, Haikal dapat mencari segala data mengenai Carl Chua setelah dia memecah masuk pangkalan data empayar Chua Ken. Apabila Hannah mengatakan Carl Chua ada mengena dengan Mark Chua dia segera terfikirkan empayar Chua Ken. Berdasarkan sejarah Hannah dengan Mark Chua dia telah mula menyiasat perihal Mark Chua tanpa pengetahuan Hannah jadi mudahlah dia untuk mencari maklumat tentang Carl Chua. Dia segera menyentuh keypad handphonenya yang menghubungkannya dengan account peribadi milik Hannah. Semua data Carl Chua berpindah ke account Hannah.

Rania yang baru selesai mandi setelah balik tadi segera mencapai handphonenya apabila melihat nyalaan merah dari handphonenya. Segera dia membuka account peribadinya yang hanya digunakan untuk berhubung dengan Haikal. Pewaris empayar Chua Ken rupanya. Mahir dalam karate, kung fu dan taekwando serta pandai buat bom. Umur baru 18 tahun dah berani nak bunuh aku. Ingat senang ke? Bisik hati kecil Rania.

Bagi Rania tiada apa yang perlu dia takutkan dengan Carl kerana pada pendapatnya mereka sama taraf. Dia mahir dalam karate, taekwando dan judo. Jadi tidak ada apa yang perlu dia bingungkan. Kalau Carl tahu buat bom dia pula pandai mencipta barang. Selain pandai mencipta barang dia juga berupaya mengubah bahan kimia menjadi senjatanya yang paling ampuh. Apabila mendengar cikgu kimianya bercerita mengenai kereaktifan kalium, litium dan natrium dengan air dia segera terfikir untuk menjadikan bahan tersebut senjatanya selain Taurus Model 82 nya.

Dengan susah payah, dia memecah masuk makmal Kimia sekolahnya sebelum mencuri balang yang dipenuhi oleh logam-logam tersebut. Segera dia membawa logam tersebut ke makmal milik papanya untuk menjadikan logam tersebut sebagai bom yang paling senang diperoleh. Bermacam-macam campuran yang dia cuba sehingga dia berjaya.

Pagi itu Rania tergesa-gesa pergi ke sekolah. Bag sekolahnya disandang di bahu kanannya. Setelah hampir separuh jalan melangkah, Rania kembali berlari kerumahnya setelah menyedari bag sandang yang selalu dengannya terlupa di rumah. Nasib baik takde siapa yang serang, kalau tak macam mana dia nak lawan sedangkan bom buatan dan pistolnya tertinggal dirumah. Bag sandang itu amat penting bagi Rania kerana bag itu menempatkan maklumat dirinya dan identity dirinya yang sebenar.

Sekali pandang, tidak ada seorang pun yang dapat meneka bahawa Rania memiliki bom dan pistol bagi mempertahankan dirinya. Mana taknya, apabila pergi ke sekolah, Rania akan memakai cermin mata tanpa degreenya dan dia akan memastikan dia membaca apabila mempunyai masa terluang. Selain itu, Rania juga tidak mempunyai ramai kawan dan semua orang hanya mengenalinya sebagai Hannah Abdullah, seorang gadis misteri yang sukar didekati dan merupakan anak yatim.

Mereka yang selalu menyerangnya sahaja yang tahu identitinya yang sebenar iaitu Hannah Rania Dato’ Hijiri Abdullah, anak kepada orang besar Jepun. Setakat ini, mana-mana musuh yang menyerangnya pasti akan mencarinya di sekolah tetapi pencarian mereka tidak pernah berhasil kerana tiada siapa yang kenal Hannah Rania Dato’ Hijiri Abdullah melainkan Hannah Abdullah.

Tanpa sedar Rania sudah sampai di sekolahnya. Tanpa menyapa sesiapa pun dia terus melangkah ke kelasnya. Kedatangannya menyebabkan wajah Alisa Zaryn berubah menjadi ceria. Gembira kerana orang yang sering dibulinya telah datang ke sekolah setelah dua hari menghilangkan diri. Cermin mata Rania ditariknya sebelum dia memecahkan cermin mata tersebut. Rania hanya mampu berdiam diri kerana sekiranya dia bertindak identitinya mungkin diketahui.

Sedang dia membaca novel yang berada dalam bagnya, kedengaran suara seseorang bertanyakan dirinya.

“Hannah Rania Dato’ Hijiri Abdullah ada? Kami sedang mencari dia ni?” tanya mereka kepada rakan sekelas Rania, Izwan.

“Takde. Yang ada hanya Hannah Abdullah, seorang anak yatim.”

“Boleh saya jumpa dia?” soalan mereka membuatkan Rania mengangkat kepalanya.

Selalunya, setelah mendengar jawapan seperti itu mereka akan terus berlalu dan petangnya Rania akan diserang hendap. Mendengar sahaja ayat yang dituturkan oleh mereka, Rania segera mencapai bag sandangnya dan mengambil Taurus Model 82 nya sebagai persediaan.

Izwan menunjukkan Rania sambil berkata “Itulah Hannah Abdullah.”

Mereka segera melangkah ke arah Rania sebelum merentap tudung yang dipakainya. Rambut Rania menjadi tatapan semua orang sekali gus mendedahkan identity dirinya yang sebenar.

“Hannah Rania Dato’ Hijiri Abdullah. Pandai kau menyembunyikan identity sebenar kau kan? Disebabkan kau ubah nama kau dan menukar perwatakan kau, hampir semua orang tak kenal kau tapi Carl Chua tak bodoh Rania. Kami dah lama menyiasat kau. Aku rasa Carl sedang menunggu berita kematian kau.” Kata salah seorang dari mereka sambil mengacukan pistol di kepala Rania.

“Baguslah kalau kau dah tahu. Tapi kau kena tahu bukan senang nak bunuh aku. Kalau kau dah siasat tentang aku, kau mesti tahu aku mahir dalam judo, karate dan taekwando bukan? Dan kalau kau bunuh jugak, papa aku pasti akan datang ke Malaysia dan memusnahkan ataupun membunuh Carl Chua, pewaris empayar Chua Ken.” Kata-kata Rania membuatkan lelaki tersebut menurunkan tangannya sebelum kawannya mengambil alih tugasan membunuh Rania.

Rania segera mengeluarkan Taurus Model 82 nya sambil mengacukan pistolnya ke arah kawannya. Kawannya cuba menembak Rania tapi tembakannya tersasar. Bunyi tembakan itu menyebabkan pelajar yang sekelas dengan Rania menjerit ketakutan. Rania turut melepaskan tembakan dan buat kesekian kalinya tembakan nya tepat mengenai sasaran. Rania melepaskan tembakan bertubi-tubi dan dalam sekelip mata semua penyerangnya tumbang.

“Kalau aku dapat bunuh Mark Chua dengan satu tembakan, inikan lagi korang.” Kata Rania sambil tersenyum sinis.

Apabila melihat sekeliling, semua rakan-rakanya melihatnya dengan pandangan yang bercampur-baur. Ada yang ketakutan dan ada yang memandangnya dengan pandangan pelik. Rania mengalihkan pandangannya ke arah Alisa Zaryn yang menunduk apabila menentang pandangan Rania.

Aku tak sangka pun yang Hannah ni banyak musuh. Kenapa lah aku buli dia kang tak pasal-pasal aku pula yang ditembaknya. Bisik hati kecil Alisa Zaryn.

Rania menapak ke arah Alisa Zaryn dan apabila dia sudah berdiri dihadapan Alisa Zaryn, tangannya laju menghentam pipi Alisa Zaryn.

“Seronok buli aku selama ni? Aku berdiam sebab aku tak nak identity aku terbongkar tapi identity aku dah terbongkar apabila cermin mata aku kau pecahkan. Sekali lagi kau kacau aku, kau akan mati di tangan aku.” Ugut Rania.

Mayat orang-orang Carl Chua di uruskan oleh orang suruhan Rania. Tiada sebarang jejak pun yang menunjukkan Rania membunuh mereka setelah semua bukti dibersihkan. Rania meninggalkan sekolahnya dengan perasaan bercampur baur. Nasiblah kelasnya terletak tiga blok jauh dari bilik guru jadi tembakan yang dilepaskan tidak didengari oleh mereka.

Kadang-kadang Rania rimas dengan kehidupannya. Disebabkan empayar Hijiri bermusuhan dengan empayar Chua Ken dalam bidang  perniagaan, Mark Chua menjadi gadaian. Mark Chua hanya mahu berbaik dengannya untuk mengambil kesempatan selain mahu membunuhnya agar empayar Hijiri tiada pewaris. Selain itu, empayar mereka juga bermusuhan kerana mereka ingin menerajui ekonomi di Asia Tenggara kerana sesiapa yang menerajuinya, merekalah yang paling berkuasa dan paling digeruni.

Sekiranya Carl Chua mati, maka empayar Chua Ken akan kehilangan pewaris dan seterusnya musnah. Begitulah juga dengan sebaliknya. Empayar Hijiri akan berkuasa dan Rania akan menjadi pewaris yang paling digeruni di seluruh asia. Rania menukar pakaian sekolahnya kepada yang lebih santai agar senang untuknya bertindak sekiranya diserang.

Kaki Rania mula melangkah ke arah lorong yang sering dilaluinya. Handphone Rania menjerit nyaring minta diangkat. Nama yang dipaparkan membuahkan senyuman di bibir Rania. Segera dijawabnya panggilan tersebut.

“Hello pa.”

“Hello Rania. Rania okay? Ada masalah ke kat sana?”

“Okay je. Selagi Taurus Model 82 dan bom buatan Rania ada, semua masalah settle pa”

“Kalau ada masalah call papa and kalau papa tak dapat datang, papa akan hantar orang. Papa dengar pewaris empayar Chua Ken nak bunuh Rania. Rania dapat handle tak?”

“Dapat pa. Dia baru je hantar orang serang Rania kat sekolah tapi orang-orang dia Rania dah bunuh. Mayat diorang Alif dan yang lain dah uruskan.”

Tanpa Rania sedari, langkahnya sudah diekori semenjak dia meninggalkan sekolah tadi. Kerana terlampau asyik bercakap dengan papanya, dia sama sekali tidak sedar laras pistol Astra A-70 dihalakan arahnya. Tembakan segera dilepaskan. Sedikit tersasar namun mengenai lengan Rania.

Tanpa berpaling, Rania turut melepaskan tembakan, mengenai paha lelaki tersebut. Apabila Rania berpaling, sedas lagi tembakan dilepaskan, tepat mengenai dada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terpelanting ke belakang dan mati serta-merta.

“Rania okay? Rania kena tembakan ke?” soal Dato’ Hijiri Abdullah cemas.

“Sikit je pa. Okaylah, Rania ada hal ni. Bye.” Kata Rania sebelum mematikan talian.

Muka Rania menyeringai sakit. Peluru yang terbenam di lengannya harus di keluarkan dengan segera. Kalau tak senang untuk pihak lawan menjatuhkannya. Inilah kali pertama anggota badannya terkena tembakan. Sakitnya susah hendak diungkapkan.

“Bos, Mike dah mati, tapi Rania terkena tembakan.” Kata Lee

“Mati lagi? Susah sangat ke nak handle budak tu? Nampaknya, aku jugak yang perlu turun. Kalau tak makan dengan pistol kau gunalah alternative lain. Susah sangat ke? Kau ambil chloroform dalam makmal aku. Watch and learn!!” Bentak Carl Chua.

Langkah kaki Rania mula tidak teratur. Darah yang banyak keluar dari lengannya membuatkan pandangannya mula berpinar-pinar. Tubuh Rania tidak mampu lagi bertahan dan saat tubuhnya ingin menyembah bumi, tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Pandangannya yang berbalam-balam membuatkannya tidak mampu untuk mengecam orang yang sedang menahan tubuhnya dari terjatuh.

“Are you okay miss?” kata pemuda tersebut kepada Rania.

“To..long han..tar saya ke hos..pital” ucap Rania tersekat-sekat.

“Takpe, biar saya hantar cik ke neraka. Berjumpa dengan adik saya, Mark Chua.”

“Carl Chua??”

“Yes its me my dear. Miss me?” lafaz Carl Chua sinis sebelum menekup wajah Rania dengan sapu tangan yang sudah diletakkan dengan chloroform.

Rania terkulai dalam dakapan Carl Chua. Carl Chua berasa sangat gembira kerana pihak musuh akhirnya berada dalam tangannya. Dengan segera Carl Chua mengarahkan orang suruhannya agar membawa dia dengan Rania ke rumah rehat keluarganya yang terletak di Cameron Highland.

Walaupun mereka sudah sampai di Cameron Highland, Rania masih tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke dalam rumah tersebut, segera dia menyuruh Lee menyediakan air sejuk khas untuk Rania. Tubuh Rania didudukkan di atas kerusi dan seterusnya diikat agar Rania, perempuan misteri yang licik itu tidak dapat melarikan diri.

Tanpa membuat sebarang bunyi, Lee menyerahkan jag yang penuh dengan air sejuk kepada Carl Chua. Tanpa sebarang amaran, air itu dijirus ke muka Rania. Rania mula sedarkan diri dan apabila melihat wajah Carl Chua dia segera meraba seluarnya untuk mencari Taurus Model 82 nya. Reaksi Rania sudah diduga oleh Carl Chua.

“Kau cari Taurus Model 82 kau ya?” ucap Carl Chua yang diiringi tawanya yang menyakitkan telinga Rania.
Rania hanya mendiamkan diri tapi matanya tajam menikam pandangan Carl Chua. Kalaulah ada pistol di tangannya sekarang,sudah lama Carl Chua jadi mayat.

“Cantik pistol kau. Aku tahu kenapa kau sayang sangat dengan Taurus Model 82 tu, selain untuk membunuh adik dan orang-orang aku, pistol itu juga mempunyai kaliber .38 Spl. Kapasiti enam butir peluru dan seberat 34 aun. Serta mempunyai panjang laras 3 atau 4 inci bukan? Tapi dapat ke pistol kau lawan Astra A-70 aku?. Untuk pengetahuan kau, Astra A-70 aku mempunyai kaliber 9 mm, .40 Smith & Wesson. Kapasiti peluru 8 + 1 dan enam inci panjang keseluruhan, manakala panjang laras ialah tiga setengah inci dan seberat 29 aun. Pistol yang diimport oleh European American Armory. Agak- agak kau dapat tak lawan aku dengan Taurus Model 82 kau tu?” sambung Carl Chua menerangkan mengenai pistol yang dibanggakannya.

“Aku tak kisah langsung pun pasal pistol kau tu. Yang pasti Taurus Model 82 aku tu dah banyak bunuh orang-orang kau. Setahu aku lah orang lelaki yang aku bunuh petang tadi, guna Astra A-70 bukan? Dapat je aku bunuh dia. Kau masih mentah rupanya, ini bukan pasal pistol tapi kemahiran bodoh.” Balas Rania sengit.

Perbalahan mereka terhenti apabila mendengar bunyi tembakan yang bertubi-tubi di perkarangan rumah rehat tersebut. Bermacam-macam prasangka buruk yang bermain dalam kepala Rania dan Carl Chua. Bunyi pintu bilik diterajang membuatkan mereka berdua berpaling.

‘Akif, Alif dan ramai lagi. Macam mana diorang boleh sampai di sini?’ bisik hati kecil Rania.

Akif dan Alif hanya tersenyum kerana tanpa Rania sedari, setiap langkahnya menjadi perhatian mereka, orang kepercayaan Dato’ Hijiri Abdullah. Mereka hanya boleh campur tangan sekiranya Rania ditawan pihak musuh atau pun apabila Rania nyaris dibunuh seperti yang berlaku di sekolah Rania siang tadi. Atas arahan itulah, mereka menyusul Rania ke Cameron Highland setelah Carl Chua menangkap Rania .

Carl Chua menerajang Akif, tapi Akif berjaya mengelak.  Alif segera melangkah ke arah Rania dan membuka ikatan tersebut. Setelah ikatan tersebut berjaya dileraikan, Alif membawa Rania keluar dari bilik tersebut dan meninggalkan Akif yang masih berlawan dengan Carl Chua. Semasa melintasi kereta Carl Chua, Rania perasan, tingkap kereta tersebut terbuka. Rania berfikir sejenak dan secara tiba-tiba dia mengeluar sesuatu dari bagnya sebelum melemparkannya ke dalam kereta Carl Chua. Alif hanya membiarkan tindakan tersebut. Dia membuka pintu belakang untuk Rania sambil menanti kedatangan Akif.

Sebaik sahaja Akif melangkah keluar dari rumah tersebut, Alif segera memandu ke arah Akif sebelum membuka pintu untuk Akif. Alif memecut laju setelah Akif masuk kerana Rania berpendapat Carl Chua akan mengejar mereka. Seperti yang diduga oleh Rania, kereta Carl Chua sudah berada di belakang mereka. Rania membuka tingkap sebelum melepaskan tembakan ke arah kereta Carl Chua. Tidak lama selepas itu, kereta yang dinaiki oleh Carl Chua meletup dengan sendirinya. Rania melepaskan nafas kelegaan kerana apa yang dirancangnya menjadi.
Bahan yang dilempar oleh Rania ke dalam kereta Carl Chua telah bertindak balas sebaik sahaja kereta itu mula bergerak. Tembakan yang dilepaskan Rania juga telah mempercepatkan proses letupan tersebut. Akhirnya, Rania berjaya membunuh Carl Chua pewaris tunggal empayar Chua Ken dengan dibantu oleh orang suruhan dan kepercayaan papanya.

Alif dan Akif segera menghantar Rania ke hospital setelah menyedari luka akibat tembakan di lengannya mula bertukar ke warna hitam kerana dibiarkan terlalu lama. Panggilan Dato’ Hijiri Abdullah segera dijawab oleh Alif apabila Rania tidak sedarkan diri.

“Hello Dato’. Rania tidak sedarkan diri dan kami sedang dalam perjalanan ke hospital.”

“Okay. Pastikan dia selamat dan aku nak korang sentiasa dengan dia dalam tempoh dia sakit ni. Aku tak nak ada orang lain lagi yang serang dia.” Tegas Dato’ Hijiri Abdullah.

“Kami faham Dato’. Carl Chua, pewaris tunggal empayar Chua Ken dah mati, tidak lama lagi musnahlah empayar Chua Ken dan empayar Hijiri akan terus menguasai ekonomi di Asia Tenggara.”

“Bagus. Minggu depan aku datang Malaysia. Rahsiakan kedatangan aku dari Rania.”

“Baik Dato’.” 

“Pastikan anak aku selamat. Aku ada benda nak dibuat ni.” Kata Dato’ Hijiri Abdullah sebelum mematikan talian.

Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh Dato’ Hijiri Abdullah dimana empayar Chua Ken, pesaingnya musnah dan dia semakin berkuasa. Puteri tunggalnya pulak akan menjadi pewaris empayar Hijiri yang paling disegani dan digeruni. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya dan memberikan penghargaan kepadanya dan orang-orang suruhannya. Mungkin pistol baru dan kenderaan amat diperlukan oleh anaknya agar mudah untuk anaknya pergi ke mana-mana sahaja kerana selama ini Rania hanya berjalan kaki sahaja. Inilah yang menyebabkan dia sering diserang hendap. Dato’ Hijiri Abdullah sanggup melakukan apa sahaja demi anak kesayangannya, Hannah Rania.

-END-

No comments:

Post a Comment